JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 18 Ogos 2016

RESEPI SUP KAMBING POWER 😆😉 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Tulang kambing ni sebenarnya .. lebihan masa kambing panggang di perjumpaan jiran tetangga masa raya tu hari.. hahhaha tengok lama bertapa dalam frezee saya kat frozen tu.. masa tu kita orang balik last.. dok mengemas tempat majlis tu.. adik yg dok panggang kambing tu kata.. ambil kak tulang kambing ni sedap buat sup..
Jadi saya baru masak hari minggu yang lalu.. maka jadi lah sup tulang kambing yg power.. sedap jidan ni hihihi..

Resepi saya cukup mudah kekawan.. ditambah pula menggunakan periuk noxxa tu.. lagi lah bertambah cepat saya memasaknya..
Jom intai resepi saya yg mudah ini..

RESEPI SUP TULANG KAMBING POWER

Bahannya :-
- 1 kilo tulang selangka kambing (banyak isi bahagian ni kan)
- Rempah herba 4 sekawan. bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
- 2 inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 4 biji bawang merah *ditumbuk 
- 1 bungkus sup bunjut tulang
- 2 biji tomato
- 1 batang serai di titik
- daun sup
- hirisan limau nipis

Caranya :-
1. Tumis bahan yg ditumbuk didalam periuk noxxa dengan menekan butang stir fry ( tak perlu guna minyak sebab lemak di tulang kambing tu akan keluar)
2. Lepas tu masukkan tulang kambing, air secukupnya, sup bunjut dan garam. Kemudian tekan butang HP (High pressure) selama 25 minit. Tunggu selepas bunyi bip.. release kan wap.
3. Kemudian tekan kepada butang stir fry lagi utk masukan serai, serbuk lada hitam dan daun sup serta tomato.
4. Apabila dah elok masak dan lembut daging tutup semula dengan menekan butang on/off tu..
5. Siap utk dihidang

Banyak dah berjasa periuk noxxa ni kepada saya.. serta mempercepatkan masa saya memasak.. dulu2 kalau masak tulang mahu sampai 4 jam.. ni dalam 25 minit dah siap dihidangkan :D

Penggemar sup ni kan Nabil dan en suami.. apa lagi tengahari tu kemain dua beranak membalunnya hahhaha.. menu sampingan pun ada masa tu.. tomyam ayam utk najeeha dan buncis goreng telur pecah .. 
Bertambah sedap sup ni sebab dagingnya ada rasa perapan kambing panggang tu kan.. emmm sekali hadap jer kami sekeluarga hahhaha.. 

16 ulasan:

  1. sedapnye sup kambing tu...guna noxxa tu cpt je siap

    BalasPadam
  2. WAH SEDAP SGT NAMPAK SUP KAMBING YATI TU

    BalasPadam
  3. ada noxxa semua jd mudah dan cepat kan

    BalasPadam
  4. Pelbagai guna noxxa ni...hr tu gi umah MIL sambut besday dia..MIL berdemo pula noxxa ni kat kami...bagusla
    Dpt hirup sup kambing sedapnyaaa

    BalasPadam
  5. mmg fav kambing2 ni...sedapnya, makan dgn roti pun sedap..teringat sup kambing Jln Doraisamy..

    BalasPadam
  6. Abang baru gitau akak suruh buatkan sup kambing untuk anak2 sebab kalau beli tak puas mereka mkn.Tengok pulak resepi yatie baru ingat semula apa yg dihajat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat cepat kak..
      Sampai kan hajat hati kanda akak tu..
      Sedap kak sup kambing ni hihihi

      Padam
  7. Mentang mentanglah hari Jumaat, bukan main lagi ko ye Tie, mengembek siang malam kejenya hihi.....Tulang tulang ni, bahagian rusuk memang Teringpaling power ek. Adoiiii mak dah terbayang dagingnya lerai dari tulang Tie...sedapnya.
    Teringin pulak nak beli periuk Noxxa ni. Berapa RM ko beli Tie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi power sikit nom malam jemahat ni..
      Tu sebab makan kambing jer hahhahaha..

      CH beli dulu RM680.00
      3 kali bayar..
      Skrg rasanya dah naik RM720 Nom..
      Tu la masa CH beli awal sama CH tak mahu..
      Ni dah naik harga..

      Mahu tak sedap bila daging lembut terlerai dari tulang tu nom..
      Perghhh rasa nak masak lagi jer ni..

      Padam
  8. Wah sedapnyer nampak gambar sup kambing tu...
    Bunda biasa makan yang gulai ngn panggang jer...

    BalasPadam
  9. Memang power ni.apa2 tulang je klu buat sup memang sedap.kambing pulak..memang terbaiklah

    BalasPadam
  10. Hari ni pun menu sop kambing. Kambing kampung, tapi pakai
    periuk biasa aje.

    BalasPadam
  11. Harga ahli sekarang RM719, effective 1 june 2017.Retail rm863. Jom join ahli dapat harga RM719-Rm30 diskaun ahli baru. Sapa nak harga kaseh sayang wasap ibu di 019-2494819. TQ

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)