JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 11 Ogos 2016

RESEPI PASTA FARFALLE GORENG MUDAH & SEDAP 😆😀😄 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat pasta goreng ni .. pagi Isnin yg lalu.. memenuhi permintaan kak Nabilah.. minggu ni dia tak dapat balik dan juga outing.. jadi kesian lah kat dia.. suruh telefon hari-hari.. padahal dah dekat 2 tahun duduk kat madrasah tu masih lagi homesick.. pastu bila telefon nak cakap dengan semua orang pulak.. mama bagi phone kat jeeha nak cakap dengan dia :)
Pastu passing pulak kat Nabil.. tapi Nabil ni kuat menyakat kakaknya.. suka cerita dia makan apa.. kekadang tak ada pun.. saja buat kakak dia sedih ajer.. pastu pas pulak kat Abah.. bila cakap dengan abah ni siap lah.. kena tazkirah sikit.. tapi dia suka ajer :D

Bahan-bahan malam tu dah siapkan.. jadi pagi terus ajer goreng.. yg menyediakan bahan tu sudah tentu kak Nabilah :)
Mama ni sibuk lah menggosok baju bagai.. bagi resepi kat dia.. pastu dia sediakan ajer.. pasta farfalle tu pun dah siap rebus.. simpan dalam freezer.. saya punya resepi simple jer kekawan.. ikut tekak sendiri.. siap letak sos spaghetti lagi hahhaha..

Jom lah intai resepi saya yang mudah ini kekawan :)

RESEPI PASTA GORENG SEDAP 

Bahannya :-
- 300 grm pasta farfalle (ikut suka kekawan lah nak guna apa ye)
- 3 ulas bawang putih - cincang dadu
- 1 biji bawang besar - cincang dadu
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 3 keping burger ayam ramly - hancurkan
- 5 sudu besar sos spagghetti Adabi..
-  2 batang karot merah - di sagat memanjang
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Rebus pasta sehingga lembut, toskan dan ambil 1 cawan air rebusan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang dan cili kisar sehingga wangi, kemudian masukan daging ayam yg dicincang tadi kacau sehingga daging masak.
3. Kemudian masukan karot yg disagat tadi bersama air rebusan pasta. Masakan karot sehingga lembut dan letak garam secukup rasa.
4. Lepas tu masukan sos spagghetti kacau mesra, akhir sekali baru dimasukan pasta farflle yg direbus tadi. Kacau sehingga sebati bersama bahan tumis tadi.
5. Angkat siap utk dihidangkan.


Jadi pagi tu semua orang sarapan pasta goreng ni lah kan.. Nabilah siap bawa satu tupperware utk dibawa ke madrasah.. bila tengok kakak bawa bekal.. yang 2 orang tu pun sama nak tapau gak.. hehehe.. 
Semalam petang talefon kak nabilah lagi.. siap tanya saya.. mama rehat Jumaat pukul berapa ye.. nanti tengahari mama datang lah tengok kakak, pastu belikan kakak lauk Ikan pari masak asam pedas.. nampak sangat genetik Melaka + Muor tu kuat pada seleranya hahahha.. ye lah nanti mama hantarkan.. InsyaAllah.. pastu suruh hantar pukul 12.30 tghri.. eeehhh mama keluar pukul 12.15tghri lah kakak.. tunggu mama pukul 1.00pm lah ye..
Itulah anak-anak kan.. rindu pada keluarga  kuat sangat :)

12 ulasan:

  1. Anak-anak ni kalau pasta semuanya suka kan Yati.

    Kalau boleh sampai dalam setengah jam ok tu Yati. Kalau kakak selang sehari pergi pun tak apa kalau dekat gitu. Kita pun puas hati dpt tengok dia...

    BalasPadam
  2. saja nak bermanja2 dgn mama abahnya serta adik2 kan..

    BalasPadam
  3. hiihihihi nk wat cmane kak... nk bermanja lg kan

    geram nengok pasta farfalle nih, dana selalu panggil pasta reben je kih2... comei sgt pastanya

    BalasPadam
  4. hahaha..kelakar la nabil tu kak..kuat menyakat...comel je tau anak2 akak ni...

    BalasPadam
  5. wahhh kak..yang ni saya tak pernah try lagi nie~

    BalasPadam
  6. Pompuan agaknya lain sikit kot.....homesix manjang. Ke sebab maknya punya air tangan yg buat dia jadi cenggitu. Mesti hang masak sedap sangat tu CH....

    BalasPadam
  7. nampak sedap... saya belum pernah try pasta Frafalle lg.. klu spegeti, makaroni, spiral goreng biasa saya masak...

    BalasPadam
  8. Kak Zai dah lalui anak2 yg berjauhan. Yg lelaki kurang sikit tp perempuan lain sikit tambah lg sibongsu.
    Sedap nampak pasta yg Yati masak.

    BalasPadam
  9. Hero2 Nur masak pasta apa tetap licin..itu yg seronok bila masak ni..yg ni belum try lg nampak sedap juga ni

    BalasPadam
  10. Rajinnya kak nabilah masak
    Camnalah ni nak bg k.long kat rumah ni rajin skit erks... jarang sangat mood rajin dia datang

    BalasPadam
  11. Biasalah CH kalau dah 'berjauhan' dengan keluarga. Dengan seisi rumah nak bercakap, nak melepaskan rindu. Saya dulu pun kalau telefon rumah mula-mula cakap dengan abah, lepas tu minta panggil mak. Siapa lagi ada kat rumah semua nak cakap juga. Berpuluh-puluh habis duit syiling guna telefon awam tau.

    Saya suka segala pasta. Rumah saya memang simpan stok, bila jemu makan nasi, ber'pasta'lah kita anak beranak. Tapi malangnya Bubbly Abang aje yang tak suka, macam selalu!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)