JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 29 November 2016

NASI DAGING AIR ASAM .. step by step .. emm dapnya..😆❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)


Saya buat Nasi Daging Air Asam ni pada hari khamis yang lalu... masa tu saya cuti.. bila post kat group Aweks Blogger tu sama pulak menu dengan Datin Jilapah.. tapi dia guna ayam.. yang Datin CH ni guna daging hahahha... 
Nak buat nasi daging air asam ni dah lama teringin.. buatnya renyah juga kan.. jadi elok kita manfaat kan cuti2 CH yg berbaki ni.. CH punya resepi memang mudah lah kan.. dah kata nak cepat dimasak sedap dimakan hihihi..

Jom kita intai resepi CH yg amat mudah ini.. dalam tempoh 1 jam semua dah tersedia diatas meja.. cepat ke tak cepat ni.. apalagi yg membantu cepatnya adalah si periuk Noxxa tu.. rebus daging tu 30 minit jer hahaha.. nasi pula masak 3 minit gebu muai lembut jer nasi tu :)

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM

Bahannya :-
- 2 cawan beras Basmathi jenama Bernas (rendam selama 30 minit, kemudian toskan)
- 1/2 kg Daging batang pinang 
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat/susu cair (CH guna santan sebab hari tu ada dengar Prof Muhaya kata santan adalah lemak baik HDA bagus)
- 3 biji bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 inci halia dihiris
- 2 sudu besar rempah kurma diratakan sukatannya
- rempah 4 sekawan ~ 1 biji bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih dan sedikit kulit kayu manis
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang serai 
- 1 helai daun pandan
- garam secukup rasa


Caranya :-
1. Rebus daging sehingga empuk (CH guna noxxa, mula tu stir fry untuk mendidihkan air, lepas air mendidih masukan daging, tukar kepada Highpresure kepada 30 minit, jangan pula lupa tutup periuk tu, tukar tombol diatas kepada pressure nanti tak empuk pulak daging tu)

2. Sementara tu tumis bahan hiris dan rempah helba dengan minyak sapi tu, kemudian bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan lepas itu tumis sekali dengan bahan2 tadi.

3. Kemudian masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tu kedalam kuali bahan yg ditumis tadi, masukkan juga daun pandan dan serai yg dititik, kacau sebati.

4.Kemudian alihkan beras kedalam periuk noxxa , air rebusan daging tadi sukat 2 cawan dan masukan dalam periuk noxxa dengan 1 cawan santan serta masukkan garam, rasa masinnya, secukup rasa. Daging rebus tadi tu masukan sekali kedalam periuk tu, gaul mesra bersama beras tu.

5. Kemudian setkan ke highpressure selama 3 minit, (beras saya kan 2 cawan jer, masa ikut sukatan beras tau)kemudian alihkan tombol ke pressure, tunggu sehingga beep beep berbunyi pastu releasekan ke steam tu, biar wap keluar. 

6. Lepas tu gemburkan nasi dengan kayu copstick tu, kemudian tutup semula periuk , biarkan pada warm selama 15 minit, lepas tu boleh diangkat dan dihidangkan.

Air asam saya cukup mudah kekawan.. saya kisar aje dalam pengisar tu jer macam sambal belacan tu.

RESEPI AIR ASAM
Bahannya :-
- 1 biji cili merah
- 7 biji cili padi
- 1/4 belacan dari yg bulat tu.
- 1/2 biji tomato.
- 1/2 biji tomato dipotong dadu.
- Sedikit garam

Caranya :-
- Goreng cili dan belacan sehingga wangi jangan hangus pulak tau.
- Lepas tu masukan dalam pengisar tomato, cili dan belacan yang digoreng tadi dan letak sedikit air masak.
- Kemudian letak dalam mangkuk dan masukan tomato yg dipotong dadu tu.

Saya buat juga jelata untuk diregukan dengan nasi daging tu.. bertambah selera nak memakannya. tapi bahan apa yang ada dalam petiais saya tu je hihi :D

RESEPI JELATA
Bahannya :-
- 1 batang timun potong empat kecil2 tu
- 1 batang karot (ikut kekawan nak potong macam mana)
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji cili hijau dihiris
- 1 biji bawang merah di hiris
- Garam dan gula

Caranya :-
1. Masukan bahan-bahan yang dipotong dan dihiris tadi kedalam mangkuk.
2. Kemudian letak garam dan gula mengikut rasa kekawan lah, lepas tu gaul mesra semua bahan tu. Kemudian masukkan kedalam petiais sebentar.
3. Siap untuk dihidang.

Balik en suami dan anak-anak petang tu, terus nak makan, lagi pun memang dah terhidang pun atas meja untuk dimakan jer.. Nabil lah paling suka, "Mama masak apa ni, nasi minyak ye, sedapnya bau?" tanyanya. Bertambahlah mereka makan petang tu. 

Ini pinggan saya masa tengahari tu, feling sorang2 jer makan, menikmati sungguh nasi daging air asam ni .. emmm dapnyaaaa..

SELAMAT MENCUBA ^__^





17 ulasan:

  1. Puas hati apa yg teringat-ingat nak dibuat dah tercapai
    Suami dan anak-anak pun suka - berbaloi masak kan Yati

    BalasPadam
  2. terus rasa lapo kak oi... huhuhu
    mana nk cari ns daging kt kl nih

    BalasPadam
  3. CH, nak tahu tak, lepas Tin CH dgn Tin J dok pos dlm WA nasik daging/ayam ni..suami saya pulak tersebut-sebut nak makan nasi daging. Hish! macam terbau-bau jer hidung en suami tu, kan. ^__^. Tp 'kerajinan' belum ler lagi meresap dlm diri bininya ini nak buat nasi daging...

    BalasPadam
  4. Rajinnya Yati...kakcik ni nasi ayam pun dah lama tak buat... :)

    BalasPadam
  5. Sedapnya kalau makan panas panas 😃

    BalasPadam
  6. wow kak...alhmdulillah dah terlaksana keinginan ya... :)

    BalasPadam
  7. Sedapnya...nak cuba weekend nanti.

    BalasPadam
  8. Sedapnya kak.. BIalalah roh rajin masak saya ni nak sampai...

    BalasPadam
  9. Amboiii....jelatah tu siap berukir lagi ye CH. Ukir bunga lagi!! Rajin melampau ni namanya weyh...

    Tulah kan tak sangka pulak kita boleh sama menu ye CH.

    BalasPadam
  10. lama x masak nasi daging ni
    lau msk ni sllu buat daging black pepper air asam dan sambal ikan bilis terangkat abis

    BalasPadam
  11. teringin plak nak makan nasi daging air asam ni, tapi malaslah nak buat, apa kata Yati tolong buatkan lepas tu jemputlah kengkawan makan... hehhehhe,

    BalasPadam
  12. Wow!. It look so yummy!.
    Esok lusa nak buat jugalah saya..
    Tq atas perkongsian resepi Kak Yt.

    BalasPadam
  13. Salam 😍😍😍

    Sedapnye nasi ni. Xpernah buat lagi. Periuk noxxa tu brp ringgit yer d psrn?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)