Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barokah , semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Sumber : Google |
Cara naikkan pahala bila harga barang naik
Harga barang ini, ada masa naik ada masa turun. Mungkin disebabkan harga pasaran global, mungkin juga disebabkan oleh penentuan pemerintah setempat.
Apa pun sebabnya, kita boleh pilih untuk memburu pahala atau menempah dosa .
Pahala masa harga barang naik:
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ajar kita, bila ditimpa musibah untuk istirja' dengan menyebut:
"Inna lillahi wainna ilaihi raji'un"...
Istirja' ini juga disebut dalam Al-Quran:
{الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة : 156]
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Dan Baginda Sallallahu alaihi wasallam ajarkan untuk tambah:
"Allahumma'jurni fi musibati hazihi, wa akhlif li khairan minha"...
Tambahan itu bermaksud: "Ya Allah, berilah kepadaku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya"...
Nabi Sallallahu alaihi wasallam beritahu siapa baca istirja' dan tambahan itu, "Pasti Allah beri pahala kepadanya dalam musibahnya itu dan gantikan untuknya sesuatu yang lebih baik daripadanya."
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rahimahullah dan secara penuh boleh dilihat di sini:
سمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقول: ما من عبدٍ تصيبُه مصيبةٌ فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون . اللهمَّ ! أْجُرْني في مصيبتي وأَخلِفْ لي خيرًا منها - إلا أجَره اللهُ في مصيبتِه . وأخْلَف له خيرًا منها . قالت : فلما تُوفِّيَ أبو سلمةَ قلتُ كما أمرني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ . فأَخلَفَ اللهُ لي خيرًا منه . رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ .
الراوي: أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 918
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Jom kita beriman dengan dalil ini dan mengamalkannya!
Yakinlah dengan gantian yang Allah Taala janjikan untuk kita melalui lisan NabiNya!
Adapun dosa bila harga barang naik:
Caranya ialah dengan:
1. Memaki hamun pemimpin dan kerajaan...
Ini kerana orang yang beriman sifatnya ialah "Bukan banyak melaknat, banyak menuduh, bercakap kotor dan bercakap keji"...
Dalilnya:
ليسَ المؤمنُ بالطَّعَّانِ ولا اللِّعانِ ولا الفاحشِ ولا البذيءِ .
الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: الوادعي - المصدر: الصحيح المسند - الصفحة أو الرقم: 853
خلاصة حكم المحدث: صحيح
2. Mempersendakan pemimpin dan kerajaan...
Dalilnya:
{وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ} [الهمزة : 1]
Maksudnya: Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.
3. Mengumpat pemimpin dan kerajaan...
Ini kerana jika kita menyebut sesuatu tentang pemimpin di belakangnya, dalam keadaan memang dia buat perkara itu namun dia tidak suka kita menyebut perkara itu; sememangnya kita telah mengumpat.
Adapun bila kita menyebut sesuatu tentangnya yang dia tidak buat; maka kita telah membuat tuduhan palsu (buhtan).
Dalilnya:
أتدرون ما الغيبةُ ؟ قالوا : اللهُ ورسولُه أعلمُ . قال : ذكرُكَ أخاكَ بما يكرهُ ، قيل : أفرأيتَ إن كان في أخي ما أقولُ ؟ قال : إن كان فيه ما تقولُ ، فقد اغتبتَه . وإن لم يكنْ فيه ، فقد بهتَّه
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2589
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Pilihan di tangan anda:
Setelah mengetahui hal ini, terpulanglah kepada anda untuk pilih menaikkan pahala atau menaikkan dosa...
Harga barang itu dah memang naik pun, tapi adakah nak pahala atau dosa?
Saya yakin anda akan pilih pahala...
DFO
1 Safar 1438h
1 Nov 2016
Sumber : WhatsApp
terima kasih atas perkongsian!
BalasPadamYa ayat tu sgt membantu
BalasPadamsejuk hati baca entry ni.. salam jumaat!
BalasPadamSalam Jumaat kak yati.. tq atas perkongsian.. sekurang2 dpt meredakan suasana panas skrg ini.. nak tak nak, kena juga bersabar....
BalasPadamsejuk hati Minah Kiwi baca entry ni .. tak de la rasa beban sangat time harga naik. Yang penting kita kena sabar and redha and ini semua sudah di tetapkan oleh Allah s.w.t and ada hikmah di sebaliknya.
BalasPadamInsyaAllah didik jiwa dgn takdir-Nya innalillah
BalasPadamMekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Diam ada lah lebih baik.
BalasPadamInnalillahhiwainnailaihirojiun...
BalasPadamin sha Allah kak...
BalasPadamSebagai manusia biasa mungkin sedikit rasa lega dgn pengisian begini tapi hakikatnya bila pergi shopping akan terasa juga dek kenaikan harga yg bagaikan tak ada kesudahannya...
BalasPadammmg redho kak tp...
BalasPadamtq share kak
sedih nie tau....sedih. hahahaha
BalasPadamsalam jumaat.
BalasPadamWahhhhh....baguslah entry ni Ti.
BalasPadamIndahnya Islam tu kan. Disetiap musibah, ada panduan yang boleh kita jadikan contoh teladan untuk menanganinya.
Tp dah namanya manusia, marhaen pulak tu ..... ada kalanya rasa sakit dengan kenaikan yg tak pernah turun kan Ti.
Entry yang membina, positif dan memberi ilmu bermanfaat untuk pembaca.. Muhasabah diri.
BalasPadamhttp://www.reenri.com
dalam lucu kartun tu.tersirat makna yg mendalam
BalasPadamrasa terbeban sangat dengan kenaikan minyak masak..Innalillahhiwainnailaihirojiun
BalasPadam