JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 20 November 2016

10 FAKTA MENARIK MENGENAI BAYI DLAM KANDUNGAN 😍😙

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya. Aamiin 😊
Rasa tertarik pula membaca fakta ini di facebook tu yg share juga disini.
Teringat pula perbualan dgn Nabil pada suatu petang.
" Mama mengapa Nabil tiada adik lelaki atau abang ?" Tanyanya..
Wah soalan cepu emas Nabil ni 😆😎
Pastu saya jawab " Nabil sepatutnya rasa bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan adik beradik, cuba Nabil fikir, Nabi Muhammad s.a.w lagi lah, tiada adik beradik, lepas tu membesar sebagai anak yatim piatu yg dijaga oleh datuk dan pak cik nya sahaja, tetapi nabi tetap bersyukur dan sabar dengan ketentuan Allah"
Jawapan ala ala ustazah dari pada mamanya membuatkan Nabil diam berfikir.
" Ye lah mama, betul tu, mungkin nabil tengok Alif seronok dgn adik-adiknya bermain sama"balasnya..
" Tak pa lah, Nabil kan ada adik2 saudara , anak mak atih.. anak mak uda.. anak pak cu " kata saya
" tapi itu bila balik kuang atau gi rumah dorang barulah boleh main sama" tingkahnya..
Ehhh tak puas juga tu.. 😆😅
Pastu baru saya teringat seorang ibu ni sanggup cari blog saya dan meninggalkan komen yg anaknya muhammad hendak sangat berjumpa nabil, mereka kenal masa tadika di Maahad Tahfiz Al Tazkar.. masa tu nabil umur 6 tahun dan muhammad ni berumur 5 tahun.. tapi sayang tak dapat jumpa juga sebab keluarganya telah berpindah. Bila tanya gurunya.. nabil masa tu lebih suka bermain dgn adik2 umur bawahnya.. sifat seorang ada padanya.. pandai pulak memujuk.. guru tadikanya smpi skrg masih lagi rindu dgn nabil.. suka juga telefon.. Nabil suka cakap, suka masa umur 6 tahun boleh jadi imam solat dgn adik2 katanya.. berjiwa pemimpin nabil ni rupanya 😊
Ehhh tiba2 berceloteh panjang pulak.. jom fakta dibawa.



10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda :

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat

#copypaste
#semogabermanfaat

Sumber : Facebook

8 ulasan:

  1. BAYI KECIL ADALAH RAHMAT DUNIA..SUKA BACA KISAH NABIL ANAK SOLEH NI

    BalasPadam
  2. Comelnya terbayang2 baby dalam kandungan.. Hihihi

    http://www.reenri.com

    BalasPadam
  3. MasyaAllah..indah...tersangat indah..

    BalasPadam
  4. Waunkagumnya ciptaan allah. Tak pernah tahu tentang kehidupan dalam rahim. Kita semua ada pengalaman.
    .
    Dah lupa saja

    BalasPadam
  5. Inilah kuasa Allah s.w.t .. kita patut bersyukur kerana kita adalah seindah maklukh di dunia ini

    BalasPadam
  6. Apa lagi Ti! Beranaklah sorang lagi!hihi...

    Patutlah yek kalau ibu beremosi waktu mengandung, anak dalam perut pun terasa kesannya...

    BalasPadam
  7. Nabil nak jadi abang tu CH. Apa kata cuba tunaikan hasratnya tu? Hahaha!

    Sembunyi bawah meja nampak ^_^

    Indahnya ciptaan Allah tukan, CH. Dari dalam kandungan lagi bayi dah mula belajar tentang kehidupan. Indahnya kalau dikenang saat-saat tu kembali!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)