JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 11 November 2016

UJIAN ITU MENAMBAH IMAN

Assalamualaikum
Utk renungan bersama. Semoga kita terus dirahmati Allah SWT..

Seorang  pemuda datang pada ibunya dan mengeluh tentang banyak permasalahan dalam kehidupannya.

Ternyata ibunya hanya diam saja, seolah tidak ingin mendengarkan keluh kesahnya.
Bahkan si ibu masuk ke dapur dan anaknya terus bercerita sambil mengikutinya.

Si ibu lalu memasak air.
Sampai airnya mendidih, lalu si ibu menuangkan 'Air Panas Mendidih' itu ke dalam 3 gelas yang telah disiapkan.

Di gelas pertama ia masukkan LOBAK, di gelas kedua, ia masukkan TELUR, dan di gelas ketiga, dia masukkan TEH.

Setelah menunggu beberapa, ia mengangkat isi ketiga gelas tadi, dan hasilnya:
* LOBAK yang KERAS  menjadi LEMBUT,
* TELUR yang mudah PECAH menjadi KERAS
dan ...
* TEH menghasilkan aroma yang HARUM.

Lalu si ibu menjelaskan :
“Anakku ... MASALAH DALAM HIDUP ITU BAGAIKAN AIR MENDIDIH. Namun, sikap kitalah yang akan menentukan dampaknya.

Kita boleh memilih menjadi Lembik seperti Lobak, mengeras seperti Telur, atau harum seperti Teh.

Lobak dan telur bukan mempengaruhi air, tetapi malah berubah karena air mendidih itu, sementara TEH malah mengubah AIR, membuatnya menjadi HARUM.

”Setiap Masalah, selalu tersimpan Mutiara Iman yang berharga. Sangat mudah untuk bersyukur saat keadaan baik-baik saja. Tapi apakah kita dapat tetap percaya saat pertolongan Allah seolah tidak kunjung datang?

Ada 3 reaksi orang saat masalah datang :
* Ada yang menjadi lembik, suka mengeluh (seperti lobak tadi) dan mengasihani diri sendiri.
* Ada yang mengeras (seperti telur), marah dan berontak kepadaTuhannya.
* Ada juga yang  semakin harum (seperti teh), menjadi semakin kuat dan percaya padaNYA.

Ada kalanya Allah SWT sengaja menunda pertolonganNYA.
Apa tujuannya?
Agar kita BELAJAR PERCAYA dan SETIA!
Kerana tidak pernah ada masalah yang tidak dpt Allah Ya Fattah selesaikan..

Selamat menjalankan amanah & t/jawab dgn sebaiknya... Semoga kehidupan kita diberkati Ilahi... aamiin.

Sumber WhatsApp
Ujian datang dengan berbagai cara.. sakit juga ujian.. dah seminggu saya rebah .. pergi klinik tekanan darah ok.. cuma bacaan rendah.. Allah hendak kita berehat dan berzikir kepadaNya.. terlalu sibuk dgn kehidupan kerja yg tiada penyudahnya.. jadi kena ambil juga cuti utk rehatkan badan ni..

10 ulasan:

  1. Jelas semuanya terletak di tangan sendiri
    Tepuk dada tanya iman

    Semoga cepat sembuh Yati. Ujian dtg sesekali bagi mendekatkan diri kita lebih dekat kepadaNya.

    BalasPadam
  2. PERKONGSIAN YG BERMENAFAAT..MOGA YATI SEGERA KEMBALI CERGAS DGN BNYK BEREHAT

    BalasPadam
  3. Moga kita semakin tabah mengharungi ujianNya..moga akk segera sembuh ya..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian kak yati...

    semoga kak yati segera sembuh...ujian yg dtg menjadikan kita lebih tabah...

    BalasPadam
  5. Selalulah kita mengambil iktibar ini ..kerana ini lah pedoman hidup kita yang banyak tersasar dari tanggungjawab kita iaitu menjadi Hamba Allah s.w.t. Kerana dunia..kita lupa dengan tanggungjawab kita sebenar

    BalasPadam
  6. Semuanya bergantung pada iman di dada masing-masing akhirnya..

    BalasPadam
  7. Thanks atas perkongsian kak..ya Allah, akak tak sihat ker? take care kak.. jaga diri bebaik...

    BalasPadam
  8. Setiap ujian ada hikmahnya..moga kita kuat
    Moga cepat sembuh..mmg disuruh byk berehat tu, take care tau

    BalasPadam
  9. Sorilah Ti, datang sini lambat. Tak tau pun hang sakit. Moga cepat ye Ti.
    Namanya pun hidup, mestilah tak lari dari masalah. Moga kita setgar teh Ti mampu mengharumkan dan menangani masalah yg mendatang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)