JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 24 November 2016

HOMEMADE AISKRIM STRAWBERRY WITH SYRUP STRAWBERRY... Step by Step πŸ˜ŠπŸ˜†❤πŸ“πŸ¦πŸ¨

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Bila saya duduk cuti duduk rumah berbagai homemade yg saya nak cuba hihihiπŸ˜†☺.
Ini gara2 teringat aiskrim strawbery yg kat Cameron Highland tu hari lah.. 
Saya buat ni masa hari sabtu petang tu.. sebab esok petang ada gadering parti utk birthday Novemberian katanya.. 

Resepi cukup mudah kekawan.. pastu sedap pulak lemak berkerim πŸ˜†πŸ˜Š

Bahannya :-
- 3 cawan coffemate
- 3 cawan susu strawberry
- 3 sudu besar susu pekat manis

Caranya :-
1. Kisar semua bahan tadi didalam alat pengisar.. selama 10 minit.. biar dia sebati bersama.

2. Kemudian masuk kan dalam bekas tupperware. letak dalam bahagian atas.

3. Kemudian apabila aiskrim dan keras, kisar lagi dalam 10 minit.. CH buat petang tu kan.. malam dalam pukul 10, CH keluarkan utk kisar lagi agar ais lebih lembut dan halus. CH buat sekali kisar jer.. kalau nak lembut lagi buat 2 3 kali kisarnya.

4. Kemudian masukan dalam bekas kecil2 ni dan frozen kan semalaman.

Nabil ni bersemangat nak rasa.. tengahari ahad tu sibuk nak makan aiskrim ni dgn sirap strawberry tu..

Sirap strawberry ni saya buat pagi sabtu tu.. ni gara2 nak menghabiskan strawberry yg saya frozeen kan tu masa gi Cameron Highland tu.. tengok berapa lama saya simpan.. alhamdulillah elok lagi.πŸ˜†πŸ˜Š
Jom intai pulak resepi sirap strawberry ni ala ala Hasley Syrup tu.. tapi lebih sedap yg CH buat ni hahaha πŸ˜‚πŸ˜ƒ

RESEPI SIRAP STRAWBERRY
Bahannya :-
- 1 bekas plastik strawberry .. lebih kurang 1/2 kg 
- 1 cawan air
- 1 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar tepung jagung

Caranya :-
1. Kisar buah strawbery bersama air sehingga sederhana halus.
2. Kemudian masukan dalam bekas periuk.. 
3. Kemudian apa bila mendidih masukan gula dan tepung jagung yg telah dibancuh dgn setengah cawan air.
4. Gunakan api yang perlahan.. masakkan sehingga sirap memekat.. pada tu boleh lah rasa.. kalau nak manis lagi tambah lah gula.. saya suka masam masam manis macam ni..

TadaaaaπŸ˜‰πŸ˜‰
Dah siap aiskrim dan sirap strawberry yg sedap itu πŸ˜†πŸ˜…
Siapa nak puji kalau bukan diri sendirikan.. ehhhh nak habaq ang.. nabil habis lima bekas tau.. saya masuk dalam bekas kecil tu dapat 40 bekas..

Inilah yang lahir novemberian... adik ipar saya yg atih tu satu keluarga november.. suami dan anaknya.. 
Macam2 hidangan yg dibawa secara potluck.. saya bawa kuih kole kacang.. yg itu saya tempah kat jiran saya.. serious sedap weyyy..

Buat kat taman yg najeeha sambut itu hari.. ramai yg hadir.. tambahan kak ipar dari Sa ah tu pun ada.. sebab daftar anak masuk UIA kat PJ tu..

Melompat kegembiraan besday boy n girl tu..
Yang mak ngah pun lahir november juga.. udah disuruh melompat juga.. sporting tu.. umur 61 tahun daya lagi melompat tu πŸ˜†πŸ˜…πŸ’•❤

21 ulasan:

  1. singgah pagi khamis
    hari ini x dan nak baca lagi bz
    nanti anum singgah ya

    BalasPadam
  2. wow kak...menarik sgt2...

    lieya penah sekali je buat sekrim homemade nie....senang dan sedap kan....akak punye lagi special siap homemade syrup strawberry lagi hah....

    suke aktiviti sambut besdey ramai2 tu kak...syok...ade alasan nak buat potluck..gather2 jumpe2..borak2....makan2 kan....mmg patut jadikan aktiviti bulanan tuh....

    BalasPadam
  3. wat sdiri eskrem leh mkn puas2..tk pernh try lg

    BalasPadam
  4. bestnya..homemade ice-cream..seronok gather ramai2, sambut birthday...mengeratkan silaturahim...

    BalasPadam
  5. Masih nampak muda lagi walaupun dah 61 tahun.... Hepy Bezday semua moga korang dalam limpahan rahmat Allah...

    Betul sangatlah tu Ti, dpd terbiar eloklah diselesaikan aje buah stroberi tu....kang jadi tempoyak stroberi pulak hahaha....
    Hari tu si bongsu ada gak buat aiskrim, sudahnya duk dlm fridge sampai sekarang....

    BalasPadam
  6. Hebatlah MakNgah... umur dah 61 tahun pun masih boleh posing melompat lagi. Kita ni yang muda nak lompat katil pun terseliuh kaki ^_^

    CH ni kalau duduk rumah memang macam-macam dia DIY tau. Untunglah sapa duduk sebelah menyebelah, asal tercium bau masakan luar biasa aje, silalah beri salam ajak borak. Mesti dapat sebekas ^_^

    Ahah, ni nak habaqlah CH... bukan riak ke apa (kehkehkeh...) aiskrim homemade ni kita dah buat lama dulu. Sebekas kita buat sebekas tu kita kena makan hari habiskan. Anak-anak tetap nak aiskrim RM1 yang uncle Bangla jual tiap petang tu!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum CH..lama tak jenguk sini..
    Bila la mood rajin cam CH ni nak datang..teringin jugak nk buat aiskrim sendiri..
    wahh..seronoknya tengok semua orang happy tu..rasa nak melompat2 jugak..

    BalasPadam
  8. lama tak berhomemade icecream. sedap tgk yg akk buat ni

    BalasPadam
  9. wahh..memang sedap ni kak..kesukaan ramai ais krim strawberry.. kena simpan resepi, abg Pae suka ..hehe

    BalasPadam
  10. Thank you for the recipe CH.. pas ni tak yah la beli kat luar giteww.. buat dekat rumah jer kan..

    BalasPadam
  11. Puas hati makan airtangan sendiri... :)

    BalasPadam
  12. bestnya kak bt sekerim sndiri

    pastu potluck bday ngn adik beradik akak tu mmg meriah la kak...
    pastu tang lompat tuh mmg spoting heheheh

    BalasPadam
  13. Nak screen shoot lah simpan, nnt senang kot nk buat. Nak tau dah bape byk resepi saya screen shoot tapi buatnya idak jugak.

    Best sgt eskrim strawbri dgn syrup dia, umak aiiii..mmg tak tolakla kalo CH nak bagi, mwehehe

    BalasPadam
  14. Rajinnya...saya dah beli bahan nak buat aiskrim tapi tak terbuat..

    BalasPadam
  15. Sedapnya. Strawberi segar dari cameron highland pulak tu

    BuT aiskrim sendiri. Woww. Mabeless.

    BalasPadam
  16. belum pernah try buat aiskrim yatie
    makan aiskrim selalu beli je hahaha
    malas betul kann

    BalasPadam
  17. Thanks for the recipe CH.. tengok jer strawberry tu terus rasa nak pergi cameron highland..dah lama MK tak ke sana giteww sibuk dengan kerja katanya

    BalasPadam
  18. wahh..meriahnya..

    nampak sedap ja strawberry tu hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)