JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 November 2016

SELAMAT JALAN ROMEO...😆😊 ~___^

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Pada hari Jumaat yang lepas ofis saya menjemput Hj Shamsul ghau ghau untuk memenuhi slot Kuliah Dhuha.. banyak sungguh penghijrahan yang dilakukan .. bila mendengar ceramahnya tentang penghijrahannya.. ada yang menyentuh hati dan ada juga yg membuat kita ketawa tak kering gusi.. :D

Oleh kerana ada yg sebahagian dari mereka tidak dapat menghadiri kuliah tersebut kerana bertugas di callcentre, jadi mereka ajaklah Shamsul ni bergambar ditempat mereka.. sporting sungguh shamsul ni.. sempat juga bergurau dengan budak2 ni semua..

Tidak lupa juga saya membeli buku tulisan beliau yang tajuk Beza Berbeza.. satu penghijrahan .. yang mahalnya bila dapat tandatangan dari Shamsul tu kan.. saya suka baca bukunya sebab penulisan yang begitu santai dan menyentuh jiwa tentang penhijrahan nya itu :(


Dari banyak kata-kata yang Shamsul kongsikan membuat saya ingat dan tersentuh ialah..
"Kita boleh tolak bila orang suruh jadi imam.. juga boleh tolak untuk jadi ketua.. boleh tolak segalanya.. tapi satu yang kita tak boleh TOLAK.. dan terpaksa TERIMA .. iaitu bila Malaikat Izrail datang menjemput kita untuk masuk ke lubang KUBUR.. jadi tuan/puan yang ini kita kena bersedialah dengan AMALAN BAIK kita untuk kita menghadapinya.. jadi teruskan menuntut ILMU dan berhijrahlah kearah yang lebih baik, kata-kata ini juga untuk diri saya juga " Ujar shamsul..

18 ulasan:

  1. tu laa..sejak dah berubah berhijrah ni makin sejuk tgk muke die kan kak...

    kak, lepas ni boleh la jemput syamsul debat plak...best jugak kalo dgr die berceramah..kelaka abis....point2 ceramah die pun menarik...

    BalasPadam
  2. Suka PC tengok Hj Shamsul ni kak..moga beliau terus istiqhomah dalam mencari redha Allah.

    BalasPadam
  3. Suka tgk Shamsul Ghau-Ghau sekrg ni Kak.. alhamdulillah perubahan yg amat baik.. kagum dgn beliau... :)

    BalasPadam
  4. Shamsul memang seorg yg sangat humble. Apa lagi kini beliau lebih selesa berada dlm lingkungan para pemberi tazkiran macam ustaz Zul. Tazkirah dia lebih berkesan sebab selalu mahu org berhijrah utk menjadi lebih baik..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah tahniah hj shamsul. bukan ngau ngau tapi ghau ghau. :)

    BalasPadam
  6. SubhanAllah... indah jalan yang dipilihnya... :)

    BalasPadam
  7. Kemain hang ye Ti senyum sampai ke telinga dapat berselpie ngan artis hihi....Berapa Rm buku dia tu Tie?

    Sebenarnya satu tarikan jugak bila penceramah ni dah dikenali. Macam Shamsul Ghau Ghau ni. Untung dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah jer Nom..
      RM25 jer bukunya..

      Inilah pendapatan tambahan saya untuk beli pempers anak2 saya..
      Saya kawin dah berumur.. skrg dah 48 tahun..
      anak2 kecik lagi.. ujur shamsul..
      tu yg terdetik hati nak membeli bukunya Nom ..

      Padam
  8. akak teringin jugak nak dapatkan buku Shamsul ni
    memang dah lama tak tengok dia
    rupa nya dh berhijrah ya
    ALHAMDULILLAH
    mudahan pengakhiran hidup kita jugak termasuk dlm golongan yg di redhai Allah jua ameeen

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..
    Indahnya hidayah Allah...
    Bertuah kak yati dapat selpie lg dgn shamsul...
    Nak belik jugak buku tu bila jumpa...

    BalasPadam
  10. mesti awesome buku tu..tajuknya sudah menarik

    BalasPadam
  11. tgk ramai jgk artis yg berhijrah sama mcm samsul nih...
    sejuk nampak... sentiasa bersederhana...
    msti best buku tu kan kak... camne nk membeli nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah Dana..
      Sama ada dah ada dijual dikedai-kedai buku..
      Cuba jer lah intai2 dipameran buku nanti..
      Kot kot ada jual..

      Padam
  12. Bila tengok penghijrahan orang lain ke ara kebaikan memang terasa indahnya bila diberi hidayah oleh Allah. Semoga kita sentiasa tergolong dalam orang yang diberikan hidayah sehingga dijemput Ilahi. Aminnn

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..ramai artis yg dh berubah
    Berkongsi pula pengalaman mereka...perkara yg baik..blh diambil sebagai pedoman hidup juga...
    Dh ada buku, bagusnya

    BalasPadam
  14. Dia ada buku ye.. kena cari macam ni. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)