JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 2 Jun 2014

Kenyang Perut NABIL dengan NASI MINYAK

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah, semoga sihat dan ceria selalu :)

Jemputan Perkahwinan 25/5/2014
Bila cuti sekolah bermula .. apa lagi jemputan kenduri kahwin disana sini lah kan.. Gambar diatas adalah perkahwinan anak sepupu di Taman Tun Dr Ismail.. dibuat kendurinya di masjid .. bagus masjid ni siap dewan utk buat kenduri kahwin..

Kami semua datang awal untuk sama menyaksikan pernikahan Nuruh Hikmah ni.. sebelum tu sempat juga kami bergambar dengan mak di mimbar masjid yg cantik dekorasi dindingnya ehe :)

Jemputan perkahwinan 31/5/2014

Pada hari Sabtu kami memenuhi jemputan kahwin anak kawan en suami.. kata en suami "kena pergi ni dah 13 tahun tak jumpa".. konon nak pergi awal.. tapi adalah pulak kerja yg kena buat pagi tu.. so kami pergi pukul 12.30tghr.. kami sampai sama dengan pengantin lelaki .. jadi ikut berarak sama.. ramai kekawan yg en suami dah balik sebab ada yg nak pergi undangan lain.. en suami sebenarnya nak berjumpa dengan kawannya yg sorang lagi yg hampir 20 tahun tak jumpa.. kata kawan bapa pengantin tu.. dia ada kecik baru umur 6 bulan setelah 15 tahun berkahwin.. Alhamdulillah .. berkat kesabarannya dan berusaha akhirnya dikabulkan Allah seorang anak lelaki.. en suami sempat bercakap dalam telefon jer.. ucap tahniah..

Suka Nabil dengan kumpulan Qasidah ni.. sambil ikut sama nasyid Al Hanana tu...

Perkahwinan 31/5/2014

Last sekali petang tu balik rumah emak di Kuang .. memenuhi perkahwinan anak jiran sebelah rumah mak.. jadi dia tumpang khemah dihalaman rumah mak, dah macam rumah mak pulak kendurinya.. meriah sungguh.. pertama kali mengawinkan anak.. dah tu Tok ketua kampung.. tu yg ramai hadirin .. hingga pukul 6.00pm masih lagi yg datang..
Nabil kata "Alhamdulillah kenyang perut Nabil makan nasi minyak"
ehe tahulah itu kegemaran nabilkan.. setiap kali mesti ambil rendang ayam atau daging regu nasi minyaknya itu..
Semalam ahad jiran sebelah pulak buat kenduri doa selamat, tahlil dan menyambut Ramadhan.. ialah dah masuk Syaaban.. semua sibuk booking tarikh di surau utk buat kenduri..

Kekawan pergi mana hujung minggu.. memenuhi undangan perkahwinan juga ke :)

19 ulasan:

  1. Kak Long hubby kakak pun sama Yati setelah 15 tahun baru dpt satu anak dan itulah satu-satu yg dia ada hingga kini. Dah bujang dan kerja pun...

    BalasPadam
  2. Assalam yatie..acik pun sama..pi kenduri setiap sabtu dan Ahad sekarang ni..sampai 15jun nanti jemputan nya

    BalasPadam
  3. sabtu ahad lepas memang penuh kenduri kahwin je

    BalasPadam
  4. Jm pun kalau ada jemoutan kahwin..In Sha allah mesti pegi..makan nasi kenduri ni rasa lain dari mkn nasi di rumah hiksss

    BalasPadam
  5. musim cuti skolah kan
    banyak la kendurinya
    kami gak dok umah je hehe, jaga zakwan :)
    kak, zakwan umo 6thn thn ni

    BalasPadam
  6. musim cuti sekolah memang meriah dengan kenduri kendara.. alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. seronoknya nabil dapat makan nasik minyak yer..makan sampai puas kan nabil...hehe

    BalasPadam
  8. Sama lah T..jemputan disana sini..sampai ada yg tak sempat nak pergi pun...Tp aku la ni dah malas nak ambik gamba..kalau tak boleh buat 1 N3 kan...

    BalasPadam
  9. bederet2 jemputan bila masuk cuti sekolah ni..

    BalasPadam
  10. Musin cuti sekolah ni ramai la yang naik pelmin kan. Ada yang tiap tiap minggu dapat makan ns myk. Erm sedapnya. Tp akk x de dpt jemputan kawin pun. X de kenduri kut.

    BalasPadam
  11. wahhhh mmg meriah Nabil makan nasi minyak yer.... Alhmdlh...

    BalasPadam
  12. lama xmakan nasi minyak kenduri.. huhuhu.. duk bintulu ni selalu miss kenduri2 kt semenanjung..

    BalasPadam
  13. Salam Kak.. musim cuti sekolah ni mmg kenyang lah makan nasi minyak..ehhe..
    tapi kat Sabah kak, jarang org buat nasi minyak time kenduri khawin.. so, mmg jaranglah dpt makan...

    BalasPadam
  14. alhamdulillah dapat rezeki makan nasi orang kawin,
    meriah kan :)

    BalasPadam
  15. yahana..na semua suka.
    luth lg lh.
    slmt pgntin bru buat pengantin.

    BalasPadam
  16. wahh..seronok nye pergi umah orang kawin yer kak...hihi...
    kak nk tnye ape yg cc tu kak??acu x faham ni...blur...hihi..

    BalasPadam
  17. Seronoknya pergi rumah orang kahwin. Dapat makan nasi minyak. Samalah saya dengan Nabil. Suka betul nasi minyak tapi kesiannya tak pulak dapat banyak undangan :)

    Saya pun baru je pergi ke Kuala Selangor, jalan-jalan menghibur hati anak-anak :)

    BalasPadam
  18. Napelah kawen dekat nak puasa ni.....Takut ada yg terbabas pulak kang....hehe...Lama tak makan nasi myk kenduri CH...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)