JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 September 2014

JOM MENUNGGANG KUDA.. kegembiraan Nabil yg MELETOP.... :)

Assalamualaikum kekawan..
Selamat hari Isnin.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.. sihat serta ceria :)

Pada hari sabtu baru ni saya mengikuti rombongan sekolah Nabil ke Horse Show di Sungai Besi berlangsung dari 27 - 29 September 2014.. jadi pembantu guru pengiring kerana kekurangan guru untuk mengawasi anak2 ni, jadi saya bersama tiga ibu lain sukarela menjadi pembantu.. Horse Show ini dirasmi oleh Sultan Trengganu Sultan Mizan.. Sultan Mizan ni kan peminat sukan berkuda kan.. 


Bersama sahabat baiknya Alif.. 
Kami sampai disini lebih kurang pukul 8.30am pagi.. exited anak2 ni bila ada trip macam ni kan.. Nabil seawal pukul 5am dah bangun.. semangat sungguh..

Bermacam-macam jenis pertunjukan kuda disini kekawan.. tak banyak gambar yg saya ambil.. sebenarnya leka sama menengok pertunjukan itu ehe :)

Saya ada dua anak murid jagaan saya iaitu Adam dan Ehsan jadi campur dengan Nabil dan Nabilah , ada 4 lah anak semua.. Najeeha dengan group guru lain.. luas juga kawasannya... puas lah pergi berjalan dan bermain dengan kuda-kuda ni..

Part ni lah yg menjadi kegembiraan Nabil iaitu menunggang kuda.. suka betul dia dapat tunggang kuda yg besar dan tinggi ni.. bila saya tanya Adam dan Ehsan.. mereka nak naik kuda tak.. mereka kata gayat lah auntie.. :)

Kakak Nabilah pun sama ambil kesempatan utk menunggang kuda tetapi geli apa bila terkena bulu kuda .. boleh menjerit pulak diatas kuda tu.. hahaha semua orang tergelak kan dia :D

Kami semua separuh hari aje disitu.. pukul 1pm kami dah bertolak pulang.. sampai dirumah dah dekat pukul 2pm.. itulah aktiviti kami dihujung minggu baru ni..

Kekawan buat apa pula dihujung minggu lalu :)

23 ulasan:

  1. Seronoknya tengok Kakak Nabilah & abg Nabil naik Kuda ni Kak.. teringin gak nak bawa Pa'e menunggang Kuda suatu hari nti...
    kami duk rumah ja kak weekend baru ni...:)

    BalasPadam
  2. Tersenyum falsya tgk gambar kakak nabilah atas kuda..betul2 geli tuh..hehehe..falsya last naik kuda time kecik2 dulu..

    BalasPadam
  3. menariknya..kalau anak2 saya mungkin geli kot..hehe..pergi zoo pon takut2 je nak pegang haiwan yang jinak (^_^)

    BalasPadam
  4. kelakar tgk aksi anak dara menjerit tu hehe..

    BalasPadam
  5. Menunggang kuda adalah aktiviti yang sangat elok. Budak2 memang suka tapi ada yang alah dengan bulunya. Comel kan dan macam2 gaya bila kanak2 kat atas kuda.

    BalasPadam
  6. wahhhh..seronoknya kak! kelakar tgk kakak nabilah terjerit tu..hehehe

    BalasPadam
  7. wahhhh menariknyer.... acik lia ingt Nabilah menangis atas kuda, rupanyer menjerit jer... hebat, berani juga tunggang kuda wpon geli2 yer...

    BalasPadam
  8. seronoknya... Si Haziq anak sy berani..kembar plak takut

    BalasPadam
  9. muka kakak Nabila tak boleh blah T...hahaha...Nabil steady jer kan...

    BalasPadam
  10. Sukan berkuda tu kan sukan Rasulallah, kalau diamalkan pasti bagus. Cuma kita mampu naik kuda bila ada sesuatu pertunjukan saja, nak beli mahal bukan main dan susah penjagaannya...

    BalasPadam
  11. elok digalakkan sukan berkuda dari kecik...baik diteruskan lepas ni...tahniah nabil n nabilah...

    BalasPadam
  12. berani Nabil..seronok dia dapat naik kuda kan

    BalasPadam
  13. Nabil kan Hero mestilah tak takut. Nabillah macam kakak ni Yati geli. Itu yg dia menjerit tu. Nasib baik tak terjun turun:)

    BalasPadam
  14. waaa....best nyaa...tapi kalau naik kuda ni gayat sgt2...

    BalasPadam
  15. Beranilah Nabil. Kalau saya pun belum sempat pegang kuda, dah menjerit geli. Kira respek juga kat Nabilah dapat naik kuda baru terasa geli. Kami duk di rumah je hujung minggu yang baru ni. Paling-paling pun cari port makan. Oh, itu bab sedih yang tak mahu dikenang rasanya!

    BalasPadam
  16. Untung nya Nabil.dpt naik kuda betul.

    BalasPadam
  17. Wah seronok aktiviti tunggang kuda ni...kalau sy zaman kecik2 dulu rasa macam pahlawan je bila naik kuda...hihihi berangan!

    BalasPadam
  18. Memang teruja sangatlah budak2 tu dapat tunggang kuda betul....
    Selama ni tengok kat tv jerkan...

    BalasPadam
  19. ank2 paling seronok kalauboleh ikut pergi lawatan anjuran sk...maklumlah pergi bersama kwn2.....

    BalasPadam
  20. Seronoknya naim dapat tunggang kuda...
    Anak2 saya pun dah lama minta nak naik kuda... tapi belum ada peluang lagi....
    Kami lepak2 kat rumah jer hujung minggu hari tu... Dah mula sejuk, jadi liat betul nak keluar rumah... hihihi

    BalasPadam
  21. saya tak pernah bawa bebudak naik kuda
    macam takut pula kalau diorang jatuh...hehe
    alasan kan
    tapi sebenarnya dok tengok anak happy gini, kita pun rasa sonok kan

    BalasPadam
  22. bersemangat Nabil menunggang kuda, mesti jadi kenangan terindah buat Nabil bila besar nanti..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)