Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 5 April 2016

Siapa nak jadi JURULATIH Saya hihihi ....~___^

Salam petang yg ceria kekawan :)




Fikirkan...

Semua peninju profesional memiliki JURULATIH.
Bahkan, petinju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki JURULATIH iaitu ANGELO DUNDEE yang membantu MOHAMAD ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa orang sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH.
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "DIA TIDAK DAPAT LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut: "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup ini, kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita, seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain YANG :
✅ MENASIHATI
✅ MENGINGATKAN
✅ MENEGUR

... jika kita MULAI melakukan SESUATU kesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
✅ Menerima KRITIKAN.
✅ Menerima NASIHAT.
✅ Menerima TEGURAN.

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat.

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Jom kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN...

sharing is caring 😊☺😀😃

Sumber : WhatsApp

8 ulasan:

  1. betul tu kak, kita perlukan kawan yang boleh melihat kekurangan kita untuk diperbaiki

    BalasPadam
  2. Kawan yang baik akan bantu kita untuk memperbaki diri kita.

    BalasPadam
  3. kita bukan sempurna n perlukan seseorang utk betulkan kesilapn n memotivasikan kita.

    BalasPadam
  4. Entri blog ko pun dah boleh jadi jurulatih ku Tie...Terima kasih berkongsi nasihat dan teguran selama ni ye Tie....

    Jangan jemu pulak baca entri mak yg banyak merapu tu ek

    BalasPadam
  5. Kalau suruh diri sendiri menilai diri, memanglah nampak perfect aje. Yang kurang perfect tu tak nak mengakulah. Betul juga tu, CH. Walaupun ada jurulatih, belum tentu jurulatih tu lebih hebat daripada kita tapi tetap juga kita memerlukan seseorang sebagai jurulatih kitakan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)