Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 10 April 2016

RESEPI JUS JANTUNG SIHAT

Assalamualaikum kekawan..
Selama berehat dihujung minggu..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..
Tadi jalan kat Facebook.. adalah pulak resepi ni.. parking dulu kat sini.. elok utk lolestoral juga ni..



RESEPI JUS JANTUNG SIHAT (pencair kolesterol)

BAHAN-BAHAN
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
3 cawan madu asli

CARA
Campurkan jus lemon, jus halia, jus bawang putih dan cuka apple. Masak dengan api yg kecik selama 45min. (Agak-agak hingga tinggal 3 cawan) Sentiasa kacau agar campuran ini tidak berkerak. Padam api, dan sejukkan. Campur kan madu, kacau rata dan simpan didalam bekas yg bertutup.

SUKATAN MINUM

Ikut resipi asal hendaklah diminum 1 sudu makan selepas bangun tidur ketika perut kosong dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur.  (kalau rasa xleh nk telan kalau minum direct, bleh campurkn jus dlm segelas air). Kalau pesakit gastric, kena makan dulu, Jgn ambil jus ni time perut kosong. Pada yg belum ada sakit jantung, ambik satu sudu teh sahaja sehari.... Rasanya masam2 manis. Amalkan selama 30 hari utk melihat perubahan. Apapun, bersederhanalah dlm apa jua

KHASIAT JUS JANTUNG SIHAT

Selain amat sesuai utk pesakit jantung yg mempunyai masalah jantung tersumbat, Jus Jantung Sihat juga mempunyai byk khasiat2 lain spt;

- menurunkan kadar kolesterol dalam darah
- Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
- Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
- Menurunkan tekanan darah tingi
- Melancarkan peredaran darah
- Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
- Melawaskan penghadaman
-  Merawat sakit dada
- Merawat asthma, resdung, gout
- Memulihkan pesakit stroke
- Menambah tenaga
- Membuang angin dalam badan
- Membuang kahak dan mencairkan lemak
- membantu melegakan sakit kepala
- Melegakan kebas tangan dan kaki

TIPS PENTING!!

1. Guna cawan yg sama utk menyukat

2. JANGAN  menambah kadar jus dengan air terutamanya, bawang putih kerana bawang putih merupakan elemen terpenting dalam membantu menurunkan kolestrol dalam darah. Kandungan allicin dan d-sulphite dalam bawang putih mampu menyingkirkan kolestrol dan menghalang pembentukannya. Utk info tambahan, kita perlukan hampir 2kg bawang putih utk dptkan 1 cawan jus bawang putih.

3. Halia perlu dibersihkan betul2 kerana jika kulitnya tidak dibuang, jusnya akan berwarna gelap dan kelihatan kotor. Bersihkan kulit halia betul2 barulah jus yang diperah akan kelihatan cantik warnanya. Anggaran halia adalah 500gm

4. Gunakan madu asli. Beli dengan penjual yg dipercayai. Penggunaan madu tiruan boleh mengundang penyakit lain spt kencing manis.

5. Gunakan periuk kaca atau  periuk tanah liat. JANGAN gunakan periuk 'steel' kerana ia ibarat 'memakan zat' bahan jus ini.

6. Tips mudah utk menyukat bahan bagi memastikan ia telah menjadi 3 cawan dari sukatan asal iaitu 4 cawan ialah; sblm mulakan proses memasak, masukkan hanya 3 cawan bahan dalam periuk. Tak kisah bahan apa yg masuk dulu. Cth; masukkan jus lemon, jus halia & jus bawang putih. Lihat aras bahan tersebut dlm periuk. Aras tu yg akan jadi panduan aras bahan 3 cawan. Kemudian masukkan cuka dan masak kira2 45min. Bila paras bahan dah turun hingga aras panduan tadi, tutup api. Proses ini penting sbb ratio bahan mesti lah sama dengan madu 3:3

6 ulasan:

  1. baik utk jantung bagus sgt tu.

    BalasPadam
  2. Nampak lemon, epal dan madu tu, okeylah dah boleh cuba baik. Bila nampak halia dan bawang putih, belum apa-apa dah give up nak save resepi ni, CH. Heheheh!

    BalasPadam
  3. Pernah baca pasal ni .....hajat dihati nak buat untuk diri sendiri. Tapi belum terbuat buat ni ha. Agaknya kalau tak de madu Asli tu kita kurangkan sukatan madu pun bolehkan CH....

    Kena makan sesuatu jugak ni...darah pun mcm naik jee huhu

    BalasPadam
  4. Nak cuba buat..persoalannya, blend bwg putih dn halia tu x guna air ke...atau bhn2 tersebut kna tumbuk pastu ..perah utk dptkan jus m6

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)