JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 April 2016

CARA BUAT AISKRIM GORENG... emmm dapnyaaa Mama..

Salam petang yg ceria kekawan :)


Hero saya ni.. kalau bab aiskrim memang dia lah yg merasmikan dulu.. dah sekarang musim panas.. lagi lah kan.. hendak mencari ais ajer kan.. sebenarnya buat aiskrim goreng ni dah lama.. hasil saya buat aiskrim cempedak tu di entri ini.. 


Buat aiskrim goreng ni hasil kak Nabilah dia..(mengulangi setelah 3 tahun berlalu kak nabilah buat aiskrim goreng ni aiskrim goreng kak nabilah) cer tengok jari comel diatas yg tengah mengelim tepi roti tu.. banyak dapat dia buat ais krim goreng ni .. lebih kurang 10 keping kot.. dia dapat buat.. puas adik2nya makan..
Caranya senang sangat kekawan :)
1. Ambil sekeping roti. Letak aiskrim ditengah-tengah roti tu.
2. Lepas tu ambil sekeping roti lagi, letak diatas roti pertama yg diletak aiskrim tu.
3. Ambil cawan plastik, tekan ditengah-tengahnya (macam gambar)
4. Maka jadi bentuk bulat.
5. Keluarkan dari roti yg ditekan tadi.
6. Klimkan ditepinya supaya melekat.
7. Masukan dalam plastik.Simpan dalam petiais beku selama 4 jam.
8.Aiskrim selepas di bekukan.
9. Panaskan minyak , betul-betul panas, kemudian masukan roti aiskrim tu.Kemudian tutup api, goreng sehingga kekuningan.
10. Angkat dan toskan dalam penapis.
11. Siap utk dimakan.


Kalau kita simpan dalam petiais beku lagi lama lagi bagus, yg ini saya goreng dah seminggu dalam petiais tu, ada yg tinggal 5 keping aiskrim roti tu.. jadi ais dia macam padat..
Masa nak makan pun mudah tak lah cepat cair.. emmm sedap terasa lagi rangup bila di gigit.. maka habislah aiskrim cempedak saya yg sekian lama bertapa di dalam freeze tu :D

22 ulasan:

  1. resepi ni tgk lama dh..buat je blum

    BalasPadam
  2. anak sy pun suka buat aiskrim goreng ni.. mmg betul.. simpan dulu bagi beku.. lagi lama lagi lmbt cair lepas kita goreng tukan.. dappp

    BalasPadam
  3. amboi sedapnya ais krim goreng tu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. NAK TRY BUAT..TAPI TAK TERBUAT JUGAK

    BalasPadam
  6. panas2 ni...makanan macam ni mmg terlajak laris

    BalasPadam
  7. Senang rupanya buat aiskrim goreng ni ya yatie....tapi kat rumah akak ni kalau anak2 ada tak sempat nak menggoreng dah licin aiskrim dalam bekas.

    BalasPadam
  8. Nmpk cm mudah ni,mkn pun semudah ais krimmm..tk smpt nk goreng dh hbis dh..tgok2 bkss kosonggg

    BalasPadam
  9. mudah sangat buat aiskrim goreng kan.. anak-anak saya pun suka :))

    BalasPadam
  10. Nmpk mmg mudah tp tak buat2 lg huhu..
    Sedapnyaaa

    BalasPadam
  11. SEDAPNYA AISKERIM GORENG...BOLEH CUBA NI...

    BalasPadam
  12. Dalam fridge kak Zai ada 2 tuperware icecream blhlah mencuba.

    BalasPadam
  13. Dah lama tk buat aiskrim goreng mcm teringin la pulak

    BalasPadam
  14. pandai kakak nabilah..nmpk kembung cantik je aiskrim goreng dia.sy pernah buat dua kali je.macam leceh la kena bekukan lama.jenis tak sabar nk makan camni la.hehe

    BalasPadam
  15. Nampak sedap jer ;)
    nie nanti nak try buat

    BalasPadam
  16. Lama dah tau dan baca tentang resepi aiskrim goreng ni tapi tak pernahlah membuatnya, CH. Untung betul CH sekarang ni ada little chef kat rumah. CH dah boleh gantung apronlah kalau macam ni gaya! Pencen terus memasak pun dah boleh dah ni!

    BalasPadam
  17. dulu pnh buat..pastu mls dh sbb xtau nk buat apa dgn belen² roti lps tekap dgn cwn tu..haha

    BalasPadam
  18. Senang jer rupa buatnya ek CH....kalau beli bukan main mahal tu CH....
    Hang tak palah CH...ada chef boleh harap....

    BalasPadam
  19. Senang jer rupa buatnya ek CH....kalau beli bukan main mahal tu CH....
    Hang tak palah CH...ada chef boleh harap....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)