Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 April 2016

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)




Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. 






















Pada 9- 20 Mei 2016 peperiksaan pertengahan bagi sekolah Najeeha dan Nabil bermula, lebih kurang lagi dua minggu . Kenalah bersiap sedia mereka berdua tu.. Najeeha sekarang masih lagi memahami teknik-teknik utk soalan-soalan KBAT ni.. 
Diatas adalah perkongsian dari group Cikgu Sekolah Malaysia di Facebook, semoga dapat membantu kekawan yg mana ada anak yang akan mengambil UPSR 2016 dengan format baru ni..

Sama cemasnya seperti PT3 dulu diperkenalkan, ramai ibubapa yg terpaksa menghantar anak tuisyen sebab kita ibubapa tak faham lagi format baru ni. 

Semalam perjumpaan dengan guru baru lah faham serba sedikit, sekarang ni saya praktis Najeeha buat latih tubi dan lihat jawapan dibelakang, ini bukan bermakna meniru kata saya, kita perlu tahu apa jawapan yg betul, seperti Nabi S.A.W bersabda ikutlah aku, makna tiru rasulullah kerana itu lah yg betul, kita perlu buat jawapan yg betul, bila dia praktis apa yg saya katakan , alhamdulillah ada peningkatan dalam ujiannya, baru ni dia kata 
Bahagian penulisan dia dapat 80% selalu sebelum ni lingkungan 60% sahaja, Bahagian A 8/10, Bahagian B 11/15 (disini saya lihat dia lemah dan perlu dipraktiskan lagi) dan Bahagian C 21/25( dulu disini dia selalu dapat 11-15 sahaja, skrg dah ada peningkatan).

Kita sebolehnya tengok kemampuan anak2 , jangan paksa dia, contohnya kalau buat latihan maths , buat yg senang dulu, jadi bila mereka buat betul selalu, mereka jadi bersemangat, jangan kita mulakan dengan soalan yg susah , nanti bila dia buat asyik salah ajer, mereka akan boring dan kata maths susah. Kata guru tu, soalan KBAT ni biasanya dalam 3 4 soalan sahaja, yg selebihnya mudah dan sederhana ajer.. jadi kita jangan bagi mereka stress dengan soalan KBAT ni, macam Bahasa Melayu ni, ayat ajer yg membezakan dia mendapat markah, samada 2 atau 1, jika penggunaan ayatnya gramatis dan menepati bahan / tugasan yg diberikan dapatlah mereka markah penuh. 

Bagi saya, saya hanya mampu berdoa, berusaha untuk membantunya dan bertawakal kepada Allah utk mereka terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Semoga anak2 kita yg akan mengambil UPSR pada tahun ini diberikan kemudahan dan berjaya hendaknya. Insya Allah.

14 ulasan:

  1. Najeeha dan Nabil terang hati inshaAllah berjaya dan sudah menunjuk peningka5an dalan ujian alhamdulillah. thanks atas perkongsian Hadis tu dear.

    BalasPadam
  2. anak aida next year.
    thn ni upkk dulu.
    risau hati ni tentang format kbat ni kak.
    dpt tak anak aida lalui nyer dgn sukses.
    sian dia...

    BalasPadam
  3. SEMOG NAJEEHA N NABIL MAMPU MELEPASI UJIAN...BAGI KAK BACA AJEPUN DH PENNG APALAGI NK FHM HEH..HEH..

    BalasPadam
  4. Samalh mcm anak2 kt rmh bz nak exam mggu dpnn tak hbis2 mmd dok peringat doakan mmd..doakan mmmd..

    Ujian2 sblum iman soffea agak jatuh tgga no 2 sblum nya no 1..kita buat yg terbaik ye anak2..upsr 2016

    BalasPadam
  5. All the best utk Najeeha...
    Takpe kak, anak pompuan mudah sikit nak guide...

    Kalau Irfan, haru juga bila suruh dia ulangkaji...
    Macam2 alasan... At some point, malas juga nak paksa dia...
    Tapi dlm masa yg sama, rasa bersalah juga kalau biarkan aje..
    Dilema sungguh..

    BalasPadam
  6. Calang-calang budak tidak mampu menepati kehendak soalan Yati
    Kena banyak buat latihan yg mampu mencabar minda baru kehendak KBAT dpt dicapai.

    BalasPadam
  7. Saya yang 'bijak' ni pun jadi pening dibuatnya. Tugasan saya dalam mengajar anak lagilah berat sebab anak di sekolah Cina. Walaupun saya tak faham sepatah pun perkataan Cina, mujurlah pengalaman jadi pelajar dulu banyak membantu. Sistem sekarang ni memang sungguh mengancam kemahiran anak-anak memahami.

    Semoga Najeeha sukses hendaknya dalam peperiksaan yang akan ditempuh ya, CH.

    Apa-apa pun, saya nak ucap terima kasih dengan perkongsian ni kerana lebih celik mata tentang sistem KBAT ni!

    BalasPadam
  8. Aduh sekarang ni format pun dh lain.byk yg berubah..jadi parents ni kenalah peka kan..aiman pun h dajah tiga..tup2 3 tahun lg upsr..gerun jugak cmna la ye nti.fikir kedepan sungguh.hehe

    BalasPadam
  9. Tinggal beberapa bulan lagi tapi dah mula terasa debaran kat hati ni.

    BalasPadam
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

    BalasPadam
  11. Kalau melihat pada soalan2 KBAT ni ia memerlukan pelajar itu berfikir di luar kotak dan kreatif.

    BalasPadam
  12. tq share yer... nnti nak bagi tau Adik tentang ni !

    BalasPadam
  13. Insyaallah .....moga Najeeha terang hatinya dan bersemangat untuk belajar.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)