Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 16 April 2016

RESEPI MUFFIN COKLAT MUDAH

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hari Sabtu..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..
Biasalah saya ni suka sekodeng FB ni cari resepi.. pastu dapat pulak kawan yg suka share resepi kat wall..
Suka sangat resepi ni dia sukat guna cawan.. tak payah nak timbang2 kan hehehe.. nampak sangat kerajinan disitu.. ok macam biasa kita save dulu..




RESEPI MUFFIN COKLAT

BAHAN2:  
-1 3/4 cawan tepung gandum
 -1/4 cawan serbuk koko   
-1 cawan gula perang 
-1 sk baking powder
 -1 sk soda bikarbonat
 -1/2 sk garam 
-1 cawan fresh milk 
-1 biji telor - pukul sikit 
-1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan
 -1 sk esen vanila -choc chips secukupnye 

CARANYA: 

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. 

2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips. 

3.Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak. 

tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menghasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok.. 

Sumber : Facebook

4 ulasan:

  1. yati guna cawan biasa ke cawan yg dikhaskan utk menyukat bahan2..

    BalasPadam
  2. assalam
    sy fail buat muffin ni
    suka tgk bila gebus camni,,,sedppp

    BalasPadam
  3. Lama lah pulak tak membaking CH. Yelah...sejak letrik rumah naik mencanak ni. Seram pulak nengoknya hihi...

    BalasPadam
  4. Hari tu kan saya tengok promo power mixer, tetiba rasa semangat nak membaking (sebab nak beli mixer baru...hehehe!)

    La, senang ni nak buat! Kalau setakat tak tahu nak bekalkan anak apa untuk bekalan sekolah, harus-haruslah try ni juga!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)