JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 18 Mac 2014

PARK CHOY GORENG SOTONG MUNGE ;)

Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)

Apa khabarlah MH370 dah 11 hari berlalu, namun perkhabarannya tidak kunjung tiba.. setiap waktu menanti berita... walaupun tidak ada kaum keluarga yg terlibat ... fikiran ini terus berfikir...
Ya Allah ungkailah kekusutan kami ini...
Mohon pertunjuk dari Mu ya Allah...



Ini sayur dinner semalam... saya bila masak dua menu sudah cukup untuk weekdays ni... goreng ikan sambal berlado dan sayur.. untuk semalam saya masak sayur park choy... anak-anak lebih suka sayur ni dari sayur sawi... sawi memang tak adalah dalam stok saya sebab en suami pun tak suka sayur sawi...
Selalunya saya masak park choy ni dengan telur taufa tu.. hari ni tukar selera dengan sotong pulak.. pastu sotong tu buat munge-munge.. anak dara dua orang tu suka menolong buat munge-munge tu hehe :)

Jom intai resepi mudah saya ni...

RESEPI PARK CHOY GORENG SOTONG

Bahannya :-
  • 1 ikat sayur park choy ( hanya batangnya di potong memanjang, biarkan sayur tu sehelai camtu)
  • 5 ekor sotong di potong tepinya (garamkan)
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak dan goreng sebentar sotong, kemudian angkat, ini utk sotong tidak liat.
  2. Kemudian tumis pula bahan hiris hingga wang, selepas tu masukan sos tiram dan air.
  3. Masukan pula sayur park choy, kacau sehingga sayur lembut, kemudian baru dimasukan sotong tadi, kacau mesra dan terus angkat.
  4. Siap dihidang bersama nasi panas .... emmm dapnya :)

17 ulasan:

  1. Nampak menarik je dengan ada sotong comel ni. Kalau anak saya yang mmg suka makan sayur ni, agaknya habis sepinggan dimakan kalau hiasan cantik macam ni

    BalasPadam
  2. alohai..comel betul sotong n timun ek..kat tepi tu..

    BalasPadam
  3. alahai rajinnya ...cantik betul hidangan...saya pun suka sayur park choy ni tapi anak2 tak suka makan sayur..ada tips tak nak bagi diorang suka sayur..kalau masak ngan sotong camtu saya gerenti depa kutip sotong je huhuhu

    BalasPadam
  4. cantik sotong bunga tu yatie..acik tak pernah pulak nak buat bunga2 ni bila masak sotong

    BalasPadam
  5. comel pulak jadinya rupa sotong dan pangkal batang park choy tu...

    BalasPadam
  6. Kalau kakak pun biasa pak choy masak dgn taufu telur yg lembut
    Anak dara kan suka cantik-cantik. Sotong pun dia nak jadikan bunga:)

    BalasPadam
  7. Rajinnya siap buat sotong bunga hihihihihi

    BalasPadam
  8. alahai kak..rajinnya buat bunga tu.
    sawi..saya pun tak suka. pahit la.
    sawi jepun tu okla jugak.

    BalasPadam
  9. rajinnya yati buat munge2 kat sotong tu..Hehe

    BalasPadam
  10. canteknya sotong tu...siap jadi bunga lagi...kreatif sgt...

    BalasPadam
  11. sy pun suka sayur ni...sawi tu cuma buat dlm rencah mee goreng @ celur utk mee kari. buat cantik2 baru berselera makan kan k. yati...

    BalasPadam
  12. rajinnye hias sotong jadi bunga bunga.

    BalasPadam
  13. lahaiiii...comel sgt...nak makan pun rasa sayang...hihi

    BalasPadam
  14. Tambah seleralah bebudak makan kalau cenggitu CH.....sotong pun siap bermunge munge hehe...

    BalasPadam
  15. rajinnya anak dara tolong ibu dia kat dapur..

    BalasPadam
  16. Rajin anak dara buatkan sotong munga munga… kat bradford ni lagi la xjumpa sawi…

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)