Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada hari ahad yg lepas kak lang mencadangkan agar diletak penghalang papan di pusara mak.. ini kerana bila hujan air hujan akan membawa tanah ke bawah dan membuat pusara mak menjadi mendap..
Pusara mak ni bawah bukit dan tempat laluan air.. jadi senang sangat mendapnya.. pusara arwah abah diatas bukit tu.. selang dua baris dari pusara mak ni..
Memulakan meletakan papan di pusara mak.. masa tu saya, uda, kak lang serta anak menantunya datang membantu untuk membuat pusara sementara ini.
Uda meratakan tanah di tepi-tepi pusara itu supaya mampat..
Alhamdulillah .. siap pusara sementara mak.. dah tanya pada adik yg buat batu nisan arwah abah tu.. dia kata tunggu 3 bulan.. bila nak mampat baru kita pasang..
Oh...kena tunggu mampat Baru boleh buat eh...takpe la Kak..janji boleh buat bg elok nanti...salam takziah....alfatihah
BalasPadamAlhamdulillah siap juga pusara sementara arwah mak akak... memang kena tunggu tanah mampat baru boleh letak nisan kan...
BalasPadamAl-Fatihah untuk arwah emak Yati. Kak rose pun baru tempah batu nesan untuk arwah bapak dan kata tukang tu mmg kna tunggu tanah mampat baru boleh pasang rumah n batu nesan tu...ingatkan ari tu arwah boleh dapat rumah baru menjelang Aidiladha... rupanya kena tunggu lg. Al-Fatihah untuk arwah bapak.
BalasPadamalhamdulillah...dipermudahkan segala urusan....
BalasPadamal fatihah...moga Allahyarhamah sedang tenang dan bahagia di jannah Allah....
Alhamdulillah siap sudah wlpun utk sementara.Urusan batu nesan ni kakak dan suami adalah pengalamn sebab sentiasa selalu jga pusara mertua dn mak juga abng,kena tengok2 tanah mendap jika hujan ..memang tak boleh terlalu awal pasang batu nesan.
BalasPadamAlhamdulillah siap sudah wlpun utk sementara.Urusan batu nesan ni kakak dan suami adalah pengalamn sebab sentiasa selalu jga pusara mertua dn mak juga abng,kena tengok2 tanah mendap jika hujan ..memang tak boleh terlalu awal pasang batu nesan.
BalasPadamAl-fatihah...semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 mukmin
BalasPadamalhamdulillah... gotong royong sama2 lg rasa puas hati...
BalasPadamalfatihah bt arwah mak akak
alhamdullilah
BalasPadamAl fatihah..
BalasPadamTerima kasih menulis tentang hal ini...saya perlu take note...utk persiapan kita semua yang akan mati
Al-Fatihah buat si arwah.
BalasPadamSuch a blessed family.
As salam yati
BalasPadamKt ats bukit..ni dkt kundang ker...knor tk ingat tmpt tu..tk silap arwah kakak knor juga dikebumikn disitu ..kuang kut..
Walaikumussalam k.nor
PadamAtas bukit dekat kuang batu 17 tu k.nor..
Masuk kat lorong beringin tu..
Alahai tengok entri ni rasa pedih pulak hidung kita CH.....haih..... Gitulah.....bila mak dah pergi, hanya pusaralah yg dapat kita lawat ye CH.... Hujan tak awak kat kubur tu?
BalasPadamSedih dan terharu dgn persepakatan keluarga dlm mengurus kubur mak Yati
BalasPadamMoga doa anak-cucu mak dia tenang di sana.
Al-Fatihah buat arwah mak k.Yati.
BalasPadamAl-Fatihah...kasih sayang dia hinga ke syurga.
BalasPadamAlhamdulillah...sama2 gotong royong kan... kerja jadi cepat...memang biasa nyer camtu lah tunggu tanah mampat dulu baru letak nisan...
BalasPadamalfatihah...
BalasPadamSemoga doa dari anak kepada kedua-dua ibu & bapanya tidak pernah putus-putus terutama setiap kali selepas solat
BalasPadamAl fatihah.. Semoga Roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT. Sedih baca cerita ni.
BalasPadamKejap je siap bergotong royong kan..
BalasPadamKdg2 kebumi arini esok lusa dah mendap nak nak kalau hujan. Ni pula laluan air, lagi la. kubur arwah atok dulu pagi2 dorang dh call ayah kata kubur atok berlubang. Panik kami. Rupanya mendap