Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 20 Oktober 2015

GULAI PUCUK UBI DENGAN IKAN MASIN

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Bila baik dari demam ni.. pekena gulai pucuk ubi dengan ikan masin.. perghhh boleh bertambah nasi dalam pinggan kan kekawan.. itulah yg terjadi saya suami isteri makan tengahari ahad yg lalu.. anak2 pun suka pulak gulai ikan masin ni.. pada hal saya ada masak lauk lain utk mereka tu.. hendak juga makan apa yg mama dan abah sedap makan tu kan ~__^

Alhamdulillah pucuk ubi yg diambil dari kampung en suami tu elok lagi.. ialah saya bungkus dengan suratkhabar elok2.. pastu simpan dalam petiais belah simpan sayur tu.. jadi tahan lah 2 minggu pucuk ubi tu dalam petiais.

Jomlah kita tengok resepi yg paling mudah untuk masak gulai pucuk ubi dengan ikan masin ni..

RESEPI GULAI PUCUK UBI DENGAN IKAN MASIN

Bahannya :-
  • 1 ikat pucuk ubi (direbus dahulu)
  • 1 ekor Ikan masin duri sederhana besar.(dipotong2 kecil dan rendam sekejap)
  • 2 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 15 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah kecil*
  • 3 cm kunyit hidup* (*dikisar atau ditumbuk)
  • 1 btg serai dititik.
  • 1 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masukan santan cair bersama bahan kisar , serai dan ikan masin.
  2. Bila sudah mendidih masukan pucuk ubi yg telah direbus tadi.
  3. Lepas tu masukan santan pekat, asam keping dan daun kunyit. (sentiasa dikacau supaya tak pecah santan)
  4. Rasa masinnya, jika tidak cukup masin bolehlah ditambah sedikit garam.
  5. Siap untuk dihidang.
Senangkan.. Selamat mencuba ^__^




16 ulasan:

  1. Salam kak... wahhh peberet sy ni pucuk ubi ikan masin..klu masak, mesti nasi bertambah... hihi

    BalasPadam
  2. Sedap ni..tak pernah masak macam ni tapi kalau orang masakkan sy suka.hehe

    BalasPadam
  3. 15 biji cili padi itu yg menyengat tu Yati. Sedap memang sedap ni:)
    Sedap masa makan tapi kalau jenis perut tak tahan macam kakak ni habislah.

    BalasPadam
  4. Memang menyelerakan ni yatie ,buat makan tengahhari perggh sedapnya.

    BalasPadam
  5. Memang menyelerakan ni yatie ,buat makan tengahhari perggh sedapnya.

    BalasPadam
  6. blom brekpes ni tengok makanan memang seksa kak..lapar terus jadiknya..
    ikan masin duri kalo buat gulai memang sedap..

    BalasPadam
  7. Ya Allah sedapnye kak..smbl berbaringan nie dh terbayang dh kalau ade don mata pun sodappp..

    BalasPadam
  8. assalam...pagi2 dah skodeng blogg...

    sedappppppppppppppppppppp tuuu.....

    BalasPadam
  9. perfect combo sangat..
    kalau ikan masin diganti dgn ikan sardin pun sodap ;)

    BalasPadam
  10. fav kaknoor ni yatie pucuk ubi ikan masin mmg terlajak larisss ni

    BalasPadam
  11. Tengok pucuk ubi tu teringat pokok ubi kayu bunda yang ada 3 pokok tu....ikan masin pun ada, nanti hujung minggu ni anak2 semua balik bolehlah buat...

    BalasPadam
  12. sedapnya..kecur air liur..

    BalasPadam
  13. ish2 kak... kalu dh lauk kampung nih mmg menambah2 la jwbnya... biar pun simple camne pun....

    BalasPadam
  14. Masyaallah sedapnya CH....faveret kita juga ni weyh. Selalukan dah balik KL baru teringin nak masak pucuk ubi, bila kat kg tengok pun malas hihi.. Dasar sungguh kan mak ni CH....

    BalasPadam
  15. Saya tak makan pucuk ubi tapi bab ikan masin ni saya memang suka kalau buat masak lemak dengan nenas. Oh, meliur tetiba bila teringat, CH!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)