Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Oktober 2015

MASAK LEMAK CILI API OTAK LEMBU.... Ambooooiii Eksotik Sangat ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi serta diberikan kesihatan yang baik hendaknya..


Mana dapat otak lembu ni ????
Apa lagi bukan masa majlis korban FIL tempohari di kampung en suami.. Masa tu saya tengah masak lemak perut .. jadi tengah masak tu en suami pun kata.. kan ada otak lembu tu .. campur jer lah masak dalam tu..

Bagi tak nak otak lembu tu pecah .. kena bungkus dulu dengan plastik.. lepas tu bila dah keras otak tu.. baru lah di buka.. jadi merisa lah kepedasan nya..
Orang2 yg suka makanan eksotik jer yg mampu nak makan... saya tolong masak jer.. dan rasa sikit-sikit jer.. en suami dan adik ipar serta biras lelaki yg suka ni..
Nabil bila dikatakan itu otak lembu.. terperanjat dia.. "Boleh makan ke mama..? Nabil takut lah tengok" tanya nya... tergelak semua orang di meja makan masa tu..
"Nabil nak makan ayam masak merah tu jer lah .. yg lain tak nak"... tambahnya lagi.. hehehe.. 

Kekawan pernah makan tak otak lembu ni.. selalunya masak apa yg best ye :)

Jom kita tengok resepinya.. laaa sonang kan masak lomak cili api jo ~__^

RESEPI MASAK LEMAK CILI API OTAK LEMBU
Bahannya :-

  • Otak lembu
  • 20 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci halia* (*dikisar)
  • 2 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 mangkuk cawan santan cair
  • 1 mangkuk cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Masukan santan cair kedalam periuk bersama serai yg dititik. Kacau sebentar.
  2. Kemudian masukan otak lembu yg telah di bungkus dengan plastik. Apabila otak dah mula keras, boleh lah dibuka plastik itu.
  3. Masukan asam keping, garam dan daun kunyit, bila dah mendidih, masukan pula santan pekat.Kacau selalu supaya dan pecah santan.
  4. Rasa garamnya, boleh juga di tambah ajinomoto jika suka, setelah cukup rasanya. Boleh di hidang.

11 ulasan:

  1. tak berani kak nak makan..memang eksotik sangat nih..

    BalasPadam
  2. tkpernh mkn otak lembu tp perut, lidah menu exotik tu pernh mkn

    BalasPadam
  3. salam jumaat...
    nieyl x penah lagi masak atau makan otak lembu...

    BalasPadam
  4. huhuhu..memang tak makan lah klu sy kak... kalau en Kuling mgkin suka... hehe.. jenis yg eksotik sikit...

    BalasPadam
  5. Assalam...

    pernah termakan otak lembu ni masa cuti kat bandung thn lepas... x tau pun tu otak lembu..dah settle makan baru member2 cite...ngaahahha

    BalasPadam
  6. Kakak otak lembu pun xpernah tengok yatie...makan memang tak bolehlah rasanya !.kakak rasa anak dan somi kakak boleh mkn kecuali yg sulong tu.

    BalasPadam
  7. Kakak otak lembu pun xpernah tengok yatie...makan memang tak bolehlah rasanya !.kakak rasa anak dan somi kakak boleh mkn kecuali yg sulong tu.

    BalasPadam
  8. assalam yatie, nampak macam sedap je
    tapi sehingga umur gini akak belum pernah makan otak lembu ni
    ketinggalan

    BalasPadam
  9. Tak pernah tengok rupa selepas ianya di masak.. dan tak pernah rasa..

    BalasPadam
  10. Wah. Mesti sedap ini. Lama dah tak merasa otak lembu.

    BalasPadam
  11. Akk ada beberapa kali masak. And so far, lakulah sbb family akk mkn otak ni. Highly sought biasanya. Makan juga sikit2. Kolesterol tinggi dik oii... Sekarang kalau ada otak, sedara mara hantar kat akk soh tolong masak. Tp akk tak bungkus. Lebur kan jer dlm periuk. Api slow, lama sikit ambik masa. Letak daun kunyit banyak sikit nk bagi wangi. Podeh kena kaw....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)