JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 22 Oktober 2015

PUDING ROTI PELANGI

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria ^__^
Ini kes baru balik sekodeng FB.. jumpa pulak puding roti pelangi..
Boleh juga buat petang minggu ni utk kudapan petang..
Kita save dulu kat sini ye :D


RESEPI PUDING ROTI

Bahan-Bahannya:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 biji telur
5 keping roti
20 gm agar-agar tali
1 liter air
2 sudu makan gula

Cara Membuatnya:
1- Blend susu cair,susu pekat,telur dan roti.
2- Masak agar2 dan gula hingga larut kemudian tapis.
3- Masukkan bahan2 yg diblend tadi kedlm agar2 dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian masukkan warna yg berlainan.
5- Tuangkan selapis2 dalam acuan,tvnggu sehingga lapisan tadi agak keras barulah dimasukkan lapisan seterusnya.
6- Sejukkan sebelum dihidangkan.

14 ulasan:

  1. macam senang je tapi nak melapis tu kalau penyakit M datang memang selapis je la warna dia hahaha

    BalasPadam
  2. cantiknya kak.... sekali pun tak penah cuba nk bt hehehe... tgk mcm ssh je... almaklum dana ni kalu cuba sekali tak jd, mmg takde lah nk bt lg...

    BalasPadam
  3. nampak sedap tu kak.. makan sejuk2 ni..nyummm.... kena simpan gak resepi:)

    BalasPadam
  4. Ini bukan saja cantik tapi sedap..

    BalasPadam
  5. Menawan tertawan boleh dipraktikkan..hehe..

    BalasPadam
  6. ADEHHH MENGODANYA.. LAME X BUAT ...

    BalasPadam
  7. Lama dah tak buat. Tapi selalunya dua warna ajer. koko dengan original colour.

    BalasPadam
  8. Lama dah tak buat. Tapi selalunya dua warna ajer. koko dengan original colour.

    BalasPadam
  9. Ini Kompom bukan genre masakan aku ni T....seni2 melapis-lapis ni boleh buat darah aku mendidih cepat...sebelum puding roti jd lempeng baik baca jer resepi dan layan betapa indahnya warna2 itu...#koygmasakakuygpanas....hihi...

    BalasPadam
  10. assalamualaikum, kak ana singgah petang ke sini dan dijamu resepi sedap dan cantik, salam ukhwah dari anajingga.com :)

    BalasPadam
  11. Nampak menarik dan sedap aje. Bab nak lapisan berbeza itu aje yang kurang sikit kesabarannya, CH. Tapi takpalah, saya nak save juga resepi ni. Mana tau datang mood rajinkan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)