Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 26 Oktober 2015

SAYA DAH CUBA ... ASAM PEDAS TULANG BY NOXXA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Saya masak Asam Pedas Tulang pada hari sabtu yg lalu. Ini tulang daging korban yg masih tersimpan kat dalam freeze tu. Jadi nak explore Noxxa ni.. saya mulakan dengan memasak asam pedas tulang. 

Mula-mula saya nak menggunakan ni.. kira kelakarlah.. saya asyik telefon jer adik yg jual Noxxa ni.. macam mana nak guna.. pada hal dah tengok CD macam mana nak masak.. tapi tahap keyakinan tu rendah bebenar.. takut jer nak mencuba.. sampai en suami saya pun tolong membantu..

Akhirnya siap juga Asam Pedas Tulang saya ni.. ye lah 30 minit dah siap masakkan.. selalunya saya kena empok kan daging tu hampir 3 jam.. mahu habis saya punya gas.. Alhamdulillah sekarang dah senang kerja saya. Kena ada rajin dengan tak rajin jer kan kekawan.. ^__^

Jom intai resepi Asam Pedas Tulang ni guna Noxxa hehehe :D

RESEPI ASAM PEDAS TULANG

Bahannya :-
  • 1 kilo daging tetel campur tulang
  • 5 biji bawang merah kecil*
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*(kisar bahan yg bertanda*)
  • 1 mangkuk cili kering kisar(ikut kepedasan anda)
  • 1 sudu kecil asam jawa adabi + 1 cawan air
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • Garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masuk minyak kedalam inner pot , kemudian tekan mode Stirfry, lepas tu tekan butang on, tumislah bahan yg dikisar sehingga naik bau wangi selama 5 minit. Lepas tu tekan butang off.
  2. Kemudian masukan daging dan tulang, gaul sebati, kemudian masukan semua bahan-bahan tadi,garam dan tuang air  sehingga menutup tulang daging tadi.Lepas tu tutup periuk sehingga ketat, kemudian tekan butang High Pressure sehingga 30minit, tekan butang on. 
  3. Apabila telah masak release kan wap dan tekan butang of, buka tudung periuk.
  4. Kacau bahan sebentar dan rasa garamnya, jika tak cukup masin , tekan stir fry, on, dan tambah garam. Jika semua telah sesedap rasa. Boleh di offkan.
  5. Siap untuk dihidang.

18 ulasan:

  1. salam kak... amboii dah rasmi ye periuk baru Noxxa...
    teringin nak beli jugak periuk ni.... hihi
    lapar nengok asam pedas tulang tu... nyum...

    BalasPadam
  2. Bila dah biasa nanti Yati akan biasa dah malas nak guna periuk biasa
    Sebab guna ini guna minyak pun kurang dan masak pun cepat.
    Cepat nak relaks kan kita bila balik kerja.
    Daging utk Asam pedas pun cepat empok kan...

    BalasPadam
  3. Wa masa mula2 nak guna pun sama gak....sibuk google step by step hehhee..tulang pun sedap masak asam pedas ek...belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  4. asam pedas tulang dah merasmikan periuk baru la ya

    BalasPadam
  5. terliurnya tengok asam pedas tu.. meleleh air mata tengok periuk noxxa tu. sy takut makin gemuk kalu ada periuk tu.. hihi

    BalasPadam
  6. Kak Zai pun guna pressure cooker klau masak tulang. senang dan jimat masa.

    BalasPadam
  7. kat umah ada jer periuk tu..xreti nak guna..:)

    BalasPadam
  8. Salam CH. Lama betul tak singgah sini. Sorrylah, saya tersampuk sawan pengantin. Hahaha!

    Tak tahu mana satu lagi tempting ~ asam pedas tulang siap dengan tetel tu ke atau periuk Noxxanya ^_^

    Saya ni nasib baik tak rajin masak, kalau tidak semua peralatan yang memudahkan 'trip memasak di dapur' saya kumpul!

    BalasPadam
  9. Sedapnyaa asam pedas tulang tuh..senang dah skrg kan kejap je dah masak..

    BalasPadam
  10. sedapnya..besa tulang buat sup ja..masak asam pedas tak pernah makan..perak betui la kan.hehe..

    ununglah ada periuk ni
    serbaguna mudah n jimatkan gas.hihi

    BalasPadam
  11. selamat ber noxxa yatie
    akak pun sampai skrg pun kalau nk masak guna noxxa mesti cari2 resepi dulu biasa lah benda baru kan, lama2 ok lah tu
    btw nmpk sedap asam pedas tu, hari ni masak sup tulang korban tpi belum sempt update lgi busyy bebeno

    BalasPadam
  12. Nampak macam mudah jer....ramai dah mengguna kan noxxa ni... macam best jer...

    BalasPadam
  13. Nur baru ni masak sup tulang...3,4 jam gak rebus...senang guna noxxa...jimat dn cepat..

    BalasPadam
  14. Noxxa ni kalaulah murah nak jgk la sy beli. Huhu..

    BalasPadam
  15. Noxxa ni kalaulah murah nak jgk la sy beli. Huhu..

    BalasPadam
  16. WAHH HUTUNGNYA ADA PERIUK NI ... AIM NAK BELI JGK KALAU ADA REZEKI.. KIRA REWARD DIRILAH TU KIKIKIKI

    BalasPadam
  17. Kita tak pernah masak asam pedas tetel ni CH....mcm tetiba terus nak cari tetel dengan periuk Noxxalah pulak hihi.....Ceh!! macam le banyak duit dan dan tu nak cari Noxxa ....

    Mahal ke dak periuk Noxxa tu CH....mcm senang je ek nak masak daging...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)