Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 5 Oktober 2015

PETUA CEGAH BAYI JAUNDIS/DEMAM KUNING

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi hendaknya..
Diambil dari FB dan dikongsikan disini.. semoga memberi manfaat buat semua :)


PETUA CEGAH BAYI JAUNDIS / DEMAM KUNING
Silalah cuba mana-mana petua berikut...
1. Susu kambing :
Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
2. Buah delima / pati delima :
Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
3. Madu :
Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
4. Buah kurma :
Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
5. Air kelapa muda :
Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.
6.Daun belimbing buluh dan daun teh boh (dr pembaca) :
Rebus daun belimbing buluh campur dgn daun teh boh dlm 2uncang sampai kuning. stlh mandikan bayi bilas dgn air rebusan tadi yg suam kuku. Jgn lap biar kering dibadan.

12 ulasan:

  1. Risau bila anak kena jaundice ni.. tq sharing info ni kak.. sllu tau yg ttg susu kambing je tu... yg lain tu baru tau... :)

    BalasPadam
  2. tq utk share petua2 nih kak....

    yelah kalu anak kene jaudis mmg lah risau... mana kene amik darah tiap ari, mana kene bwk pi kenek lg huhuhu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah mmg tgh cari info ni psl nak elak nak jaundis nie.. thanks for sharing :D

    BalasPadam
  4. Anak2 zura semua kena Jaundis lepas lahir. beza sekejap ngan lama jer.
    doctor kata kalo mak darah jenis O anak memang senang kena jaundis.

    BalasPadam
  5. Cuma satu benda aja saya nak nasihatkan...kebelakangan ini ramai parents yang bagi baby mereka yg masih kecil ( bawah 6 bulan) minum susu kambing, dengan alasan ianya sunnah Rasul SAW, dan elok utk cegah jaundice.

    Perlu faham beberapa perkara:

    1- Susu kambing, susu lembu, susu soya..dan apa jua susu ...selagi boleh kena elak di beri pada baby, selagi boleh sebelum umur mereka capai 6 bulan. Hati bayi masih belum kuat utk proses, dan beri susu2 ni tingkatkan risiko utk pelbagai masalah seperti eczema, mudah kena jangkitan ( sebab tak menyusu badan sepenuhnya, takdapat immunity dari ibu)

    2- Tiada kajian saintifik yang boleh sokong dakwaan beri susu kambing, mengurangkan jaundice.

    3- Rasul SAW sendiri di beri susu kambing setelah usia baginda agak besar, iaitu selepas 2 tahun ( ini apa yg saya baca hasil kajian sarjana Islam)

    BalasPadam
  6. Dari tiga anak kakak yg no. 2 kena Yati. Siap masuk balik ke hospital terlentang belengging cuma pakai pampers & tutup mata dgn kapas. Atas di letak lampu. Ingat lagi tapi masa tu tak ada blog tak adalah gambar...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, anak2 tak pernah kena tahan wad sebab kuning.. sikit2 tu normallah tapi sekejap je kena.

    BalasPadam
  8. As Salam..
    Semua anak saya kena kecuali sorang

    BalasPadam
  9. Hampir semua anak saya pernah kena demam kuning. Tapi saya lebih percaya ubat doktor dari petua2 orang tua yg kadang2 agak tak masuk akal...

    BalasPadam
  10. Dah tak sempat nak try CH .....sebab dah tak boleh mengandung lagi hihi......
    Bagi yg bakal mengandung tu eloklah cuba sebab boleh kata semua baby akan kena demam kuning ni kan

    BalasPadam
  11. huhuhu....boleh ambil sebagai peringatan utk akan datang nie. minggu lepas di beri harapan & impian cuma beberapa hari sebelum di muktamadkan belum rezeki kami lagi. pernah sebelum nie dah 2x impian mencapai sehingga sebulan & hampir 2 bulan.... rezeki hanya setakat itu. Insya Allah.... ada yang terbaik di masa depan

    BalasPadam
  12. Masa baby sy kena ariru lupa nk mandikan dgn daun belimbing padahal ada. Dulu yg nmbr 3 mmg tau mandikan dgn daun tu bidan bagi. Smua yg disebut sy amalkan tp nk kena tetap kena. Redha je la. pakar kanak2 kata bacaan rendah sgt tp klinik kesihatan kata tinggi suruh dtg hari2. Malas sy nk pikir.. So sy dgr ckp doc pakar je la asal baby elok sihat dah le. Debab dah skrg .

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)