Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 Februari 2016

RESEPI APAM KELEDEK UNGU

Salam petang yg ceria kekawan :)

Buat apam keledek unggu pada hari sabtu petang.. konon nak bawa makan masa nak gader-gader dengan jiran tetangga group wasap tu.. saya ingat perjumpaan tu pagi rupanya petang pukul 2.00pm-5.00pm hahhaa.. punyalah rabun saya membaca mesej yg di post tu.. nampak sangat kilau emas kan.. *__*

Lepas tu hantar gambar kat group kata besok pagi akak bawa ni jer boleh tak.. lepas tu admin peringatkan.. petang lah akak oiii..

Anak-anak suka pulak .. sudah tingal sikit .. bila dia cakap petang lagilah budak2 nak ngap masuk mulut.. terpaksalah saya kena cari makanan lain utk dibawa petang ahad tu..


Saya ambil resepi ni di Blog My Kuali a.k.a kakrose  disini apam-keledek. Cuma kak rose guna keledek oren , saya guna keledek ungu yg itu hari beli.. adalah tinggal 3 biji tu.. jadi alang2 tinggal sikit tu elok lah di apam kan dia .. hahaha
Saya ni pun jenis yg malas tulis resepi.. jadi saya minta izin kak rose tempek resepi kat sini ye :)


RESEPI APAM KELEDEK


Bahan-bahan.

3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

2 cwn tepung beras (kak rose guna tepung gandum sepenuhnya...)
1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna oren* optional (kak rose x letak, tp cam pucat jer )

Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.



Lemak berkrim apam keledek ni kekawan.. ye lah gabungan dengan santan memang sedap manis jadinya..
Macam anak2 tak suka kan.. Nabil yg disuka sangat kelepa tu.. manis, masin dan lemak semua bergabung.. 3 ketui pun tak cukup mak hainom oiiii :D


Buat Sahabat tersayang... CARI SAYA YE KALAU TIADA BERSAMA :)



C/P dr seorg sahabat...buat peringatan diri sendiri...jua sahabat2 yg tersayang... menusuk qalbu dan menyentuh rasa...😪...

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya,dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik.Air matanya tergenang.Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika hang tidak nampak aku di syurga,tanyalah Allah di mana aku,tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya.Saya membisikkan,"Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga."Kami menangis bersama,entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital,saya terkenang pesanannya.Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis,"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu,maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku,"Wahai tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga."Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia.Maka mereka pun bertanya kepada Allah,"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami,berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka,lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dg sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu,mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan,selalu berpesan dg kebenaran.Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola,teman memancing,teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak,kurangkan masa dg teman yg pada garis dunia,carilah teman dan kawan dg mereka yg akan mencari kita disyurga,kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah,pelbagaikanlah usaha dan harapan,moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejam mata,carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga,jika tiada,mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga,memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri,bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya.Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?
Wallahu a'lam

Sumber : WhatsApp

Sabtu, 27 Februari 2016

KONGSI REZEKI DGN SEMUT

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hujung minggu..
Minggu yg sibuk bagi saya :)



Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu....dulu sangat2.
Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan.
Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami.
 ( Alhamdulillah)

Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas " table top". Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini.

Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini..

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu.

Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Sumber : Facebook

Jumaat, 26 Februari 2016

SANYUM PATANG ... Faham ke tidak *__*

Salam Petang yang ceria kekawan..

Masa adik saya post wasap ni .. semua orang dok gelak2 dan mula lah keluar cakap minang dalam group tu.. Bila saya post kat wasap geng sekolah semua dok komen tergeliat lidah membacanya..

Kalau kekawan tak faham boleh mintak tolong blogger waeyenee.. Eye Nee lagi pekat minang inyo hahhaha



Penerbangan Minang Air.

Peramugari berucap di depan sebelum flight berlepas.

"Kepado atuek nenek apak amak mamak aciek abang adiek smuo.
Kapatabang ro janih boing tujueh tigo tujueh ampek ratuih. 
Juo awak ado duo urang pilot dan ampek urang anak kapal.
Ado satu pintu gadang kek balah dapan dan ado satu pintu kaciek kek belakang buleh guno kok ado belaku cameh. 
Setaruih ea den nak tunjuekan caro menabek tali pinggang. 
Madok kek den...
Iko pantieng...
 Jangan talopong jo..
Ambiek perhatian...
Tabek tali pinggang sampai babunyi badatiek tapi jangan katek bana. 
Kang tabik lo kantuik. 
Huru haro satu kapal kang.
 Salisieh malaikat ampek pulueh ampek, kok jadi kejadian cameh, ontok2 jo yo. 
Indak payah tepakiek telolong. 
Jalan elok2 ka pintu. Kok parlu terajun, terajun jo. 
Alah ado pelampueng gatah manunggu ke bawah. 
Itu jo. Kok ado yang innyu kacang mintak jo. 
Panghujueng eah selamat terabang ngan minang air. 
Kok batamu di lain kali."
 HAHAHA

Sumber : WhatsApps

TERHINDAR AZAB KUBUR....

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Terhindar Dari Azab Kubur,Cukup Lakukan Ini Tiap Malam Hanya 2 Menit

Jika aku memberitahumu cukup melakukan hal berikut ini selama dua menit… Dua setengah menit setiap malamnya, maka tidak akan ada azab kubur untukmu.

Siapa yang ingin melakukan ini? Setiap malam selama dua setengah menit? Segala yang harus kau lakukan adalah membaca Surat Tabarak, surat ke-67 (Surat Al-Mulk), cukup baca itu setiap malam.

Maka ketika kau meninggal, mereka akan menguburmu, dan kau akan berada di kuburmu, tapi tidak ada azab kubur untukmu karena kau membaca Surat Al Mulk setiap malam.

Sebagian riwayat menyebutkan untuk membaca Surat Sajadah juga, tapi sebagian riwayat hanya menyebutkan Surat Al Mulk saja.

Aku ingin memudahkannya padamu, cukup Surat Al Mulk saja.

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, ““Barangsiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur).  Dia adalah salah satu surat di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.” (HR. An Nasai).

Dari Ibnu Abbas, ia berkata; “Sebagian sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat kemah di atas pemakaman, ternyata ia tidak mengira jika berada di pemakaman, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokalladzi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan) “, sampai selesai. Kemudian dia datang kepada Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata; “Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat kemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surat Tabarok (surat) Al Mulk sampai selesai, ” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.” Abu Isa (HR. At Tirmidzi).

Sumber : WhatsApp

p/s Semoga saya istiqomah utk mengamalkannya..

Khamis, 25 Februari 2016

JANGAN PANIC... ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Selalunya saya lah yg paling panik bila metek minyak dah sampai penanda E tu.. dalam hati berdebar2 semoga cepat lah cari stesen minyak.. bila baca yg ini .. baru lega *__*
Jangan panic jika indicator fuel anda menyala di julat E.
Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.
2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.
3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.
*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Sumber : Facebook

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Aci tak saya tempek gambar Puding Roti Marble Coklat ni pagi-pagi hahaha :D
Ini memenuhi permintaan jeeha utk dipotong sikit puding roti tu.. Sebenarnya saya nak bawa puding di kerumah biras saya tu.. entri disini.. oleh kerana najeeha nak pergi tuisyen dulu pada pukul 3.00pm-5.00pm.. so dia minta nak merasalah puding tu.. kesian juga kat dia.. mana tahu habis lak masa di majlis tu nanti.. majlis tu mula pukul 4.00pm-6.00pm.. sedangkan najeeha habis tuisyen pukul 5.00pm dan en suami menjemput dia pun pukul 5.00pm dan sampai rumah biras saya tu pukul 5.30pm..
Mujurlah saya bagi dia rasa sebab memang habis pun puding roti tu ~__^


Saya masih menggunakan resepi dari Hanamemories.. saya buat kali pertama pada 2012.. oleh kerana kelembutan dan lemaknya rasanya resepi ini saya tak mencuba resepi yg lain..
Cubalah kekawan sedap.. pastu mudah sangat utk menyediakannya tu.. Jom intai resepi..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

1st source : hanamemories
2nd source : Izahdaut
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.


Saya tak potong tu dirumah siap-siap.. saya bawa bekas tupperware tu sekali ke rumah biras saya tu.. senang kerja saya.. potong kat sana dan guna bekas pinggan dia utk dihidang hehehe :D


Tu dia.. duduk bersama dengan nona manis dan agar-agar sirap bandung saya tu.. 
Tapi yg mula-mula habis puding roti marble coklat tu :D

p/s Keputusan darah saya mengenai tiroid saya tu ada sikit mengecewakan kerana naik balik bacaan tapi tak banyak.. tapi semua tu salah saya sebab saya tak makan ubat yg diberikan oleh doktor apabila saya merasai tiroid saya dah normal pada bulan sudah.. moral of story saya kena juga makan ubat tu wlpn dah normal sebab ianya belum pulih sepenuhnya..

Rabu, 24 Februari 2016

WW :: SALAH FAHAM DALAM RUMAHTANGGA..

Assalamualikum kekawan..
Semoga kita semia berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ;)

Adatlah dlm rumahtangga tentu ada salah faham.. sebolehnya kita selesaikan dengan cara yg berhikmah dan akal yg waras.












Sumber : Facebook

P/s hari ini saya ada appointment doktor lagi.. harapnya keputusan darah tiroid saya seperti bulan sudah juga Normal. Aamiin.

Selasa, 23 Februari 2016

IKAN MERAH MASAK TAUCHU

Salam petang yg ceria kekawan :)

Masak tauchu masa hari ahad itu hari.. ni mengisi permintaan nabilah dan najeeha.. sibuk dok mengulang .. lama tak makan mama masak tauchu.. en suami tak makan masak tauchu ni.. jadi saya masakan asam pedas ikan merah ni.. suka lah hati anak beranak ni bila masakan dipenuhi..
Saya pun menambah sama juga nasi dipinggan hahaha..
Bila nak balik madrasah tu.. kak nabilah suruh letak juga ikan merah masak tauchu ni sepotong.. emmm sedapnya mama.. pada hal dah makan tengahari tadi tu..
Habis nasi seperiuk anak beranak makan.. selalunya ada jugak berlebih :D


Resepi saya memang cukup mudah dan ringkas jer kekawan.. petang ni boleh lah kekawan balik mencuba kalau terliur tengok tayangan diatas ye hahaahah..


RESEPI IKAN MERAH MASAK TAUCHU 


Bahannya :-
  • 4 keping isi ikan merah sederhana besar 
  • 4 sudu besar tauchu
  • 7 tangkai kacang panjang - potong 1 1/2 inci
  • 1 labu bawang besar kunig
  • 11/2 cawan air
  • 4 biji cili hijau - belah 2
  • Garam
Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian digoreng ikan tersebut hingga masakan, angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak goreng ini, lepas tu goreng bawang besar yg dimayang bulat sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan pula tauchu, kacau sebentar lepas tu masukkan air, kacang panjang, cili hijau dan masukan garam,rasa masinnya sebab tauchu tu pun dah masin.
  4. Selepas tu baru dimasukkan ikan yg digoreng tadi, kacau mesra.
  5. Angkat , siap dihidangkan bersama nasi putih panas....







Nur Khayrah Amanda Turn 3...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Alalh dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Inilah besday gel yg keletah sangat.. suka sangat tengok perangainya.. elok jer .. thema masa tu princess.. nampak meriah sangat saya tengok..

Bermacam-macam makanan yg menarik perhatian kanak-kanak.. lebih2 lagi kanak2 perempuan kan..

Kak Nabilah tak banyak mengambil gambar.. kebanyakan ambil dari WA mari sembang keluarga.. ^__^
Tengok saya dan mak ngah sedondon tudung dan baju tu .. apa taknya beli ditempat yg sama kan ~__^

Sporting sungguh anak-anak ni mengikut thema princess tu dan pelbagai watak kartun perempuan kan..
Tempat yg paling ramai kanak2 beratur ialah di tempat aiskrim tu.. Nabil dah berapa kali mengulang kesitu :P

Gambar makan tak sempat nak ambil sebab tuan blog kedaun ni sibuk makan hahaha..

Isnin, 22 Februari 2016

AGAR-AGAR SIRAP BANDUNG

Salam petang yg ceria kekawan :)

Pagi tadi entri Mee Bandung , petang ni kita cuci mulut pula dengan agar-agar sirap bandung ni .. ye dak..


Kisah buat agar-agar sirap bandung ni sebab nak dibawa ke majlis hari jadi anak buah biras saya tu.. macam tak best jer datang berlenggang macam tu kan.. jadi mencari lah resepi yg mudah utk dibawa kesana. Saya buat lah agar-agar sirap bandung tu dan puding roti marble coklat tu.. Tengok duduk semeja bersama lain-lain pencuci mulut .. eehhh sebelahnya nona manis lah.. kat situ lah saya merasa si nona manis.. memang sedap lah sangat..

RESEPI AGAR-AGAR SIRAP BANDUNG

Bahannya :-
  • 1 peket agar-agar serbuk
  • 1 tin susu cair
  • 6 cawan air
  • 1 sudu teh perisa ros
  • 1 cawan gula pasir
  • Sedikit pewarna merah.
Caranya :-
  1. Didihkan air dalam periuk, lepas tu masukan serbuk agar-agar, apabila dah tak berketul masukan pula gula. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukan perisa ros, pewarna merah dan kacau sekata.
  3. Akhir sekali baru dimasukan susu cair. Kacau sehingga mendidihkan, selepas tu terus tutup api.
  4. Masukan agar-agar kedalam acuan yg disukai.
  5. Selepas sejuk sedikit boleh disimpan didalam petiais.
  6. Siap utk dihidang.

Akak Orang MUOR ke ? ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

"Akak menantu orang Muar je " ^__^ FIL akak orang Muar, Sg Mati hahahaha..
Hari tu balik kampung en suami mengajak jalan2 di Muar ke Tanjung Emas.. tapi sayang musim hujan.. tengok tu ambil gambar pun dari dalam kereta jer gambar buah durian tu tanda dah sampai Muar tu.. 

Hainom .. mak Muar kat mana ye ?

Jadi dalam hujan2 tu kami anak beranak berlari-lari lah ke medan selera di Tanjung Emas tu.. Dalam menunggu adik ipar pergi solat asar , en suami menggamit memori pulak dengan mee sanggul/siput goreng bersos ini. En suami kata dulu2 itu lah jajan masa sekolah *__*

Merenung jauh Nabil Sg Muar tu.. kekonon en suami hendak mengulangi memori menaiki bot menyelusuri Sg Muar ni tapi sayang tutup pula dan hari hujan.. ada juga en suami bercerita dia menaiki River Cruising ini hingga ke suatu tempat.. tapi saya dah lupa pulak hahhaha.. sebenarnya hampa tak dapat naik bot tu.. tu yg bila en suami cerita macam dengar tak dengar ajer.. T__T


Jadi kami hanya pusing-pusing jalan di Bandar Muar tu.. adalah tengok istana hinggap Sultan Johor tu.. tak ambil gambar pun sebab hari hujan dan jalan2 tu pun dalam kereta jer pun.. Ambil gambar dari jambatan sungai Muar ni pun nampak rintik-rintik hujan dicermin.. kalau tidak tentu cantik permandangan waktu senja tu :)

Konon kat sana nak pekena Mee Bandung Muar tapi orang ramai sangat.. adalah gambar sultan Johor pun makan di gerainya itu.. patutlah penuh, jadi kami tak jadilah nak makan disitu .. penyudahnya balik semula ke Jalur.. adik2 ipar saya yg singgah cari mee bandung ditempat lain yg terkenal juga di Muar tu..

Ingat tak entri saya di SINI ada buat mee bandung menggunakan pes dari Muar tu lah.. tapi beli kat adik di ofis ni.. dia orang muar.. bapanya buat pes dan jual , jadi saya beli 2 pes tu. Masa kawan saya nak datang tu saya buat lah mee bandung muar ni..
Dengan menggunakan periuk Noxxa ni cepat lah saya memasak tulang daging tu.. 25 minit siap sudah..

Jom intai step menggunakan noxxa ni..


MEE BANDUNG BY NOXXA

Bahan untuk Kuah :-
  • 300 gram daging dan tulang - potong nipis-nipis rebus bersama 3 mangkuk air
  • 4 biji telur
  • 1 ikat sawi
  • 1 peket fishball - dipotong dua
  • 1 peket fishcat - dipotong nipis
  • 3 biji tauhu - dipotong
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan 3 mangkuk air kedalam periuk noxxa, kemudian tekan butang stirfry , tunggu hingga air mendidih baru masuk kan daging bagi MEMATIKAN darah daging tu. (Jangan masuk daging bersama-sama utk rebus kerana kita memasak sama daging dgn darahnya.)
  2. Apabila sudah elok daging tu direbus sebentar, off kan semula, kemudian tekan pula PRESSURE selama 35 minit , pusing kan tombol diatas periuk itu ke Pressure dan tekan butang Onn/Off tu. Tunggu sehingga bif berbunyi. Lepas tu lepaskan wap nya. Nanti secara atomatik dia bertukr kepada warm.
  3. Kemudian masukan pes kedalam periuk bersama , fishball dan fishcat , tukar pula kepada stirfry kacau hingga mendidih.
  4. Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji ( seeloknya pecahkan dalam mangkuk yg lain baru di tuang kedalam periuk, takut nanti terkena telur yg busuk kan)
  5. Perlahankan api tunggu sehingga telur masak, kemudian masukan sayur sawi dan tauhu yg dipotong-potong (saya masukan sekali dalam kuah, kalau kekawan nak celur letak asing pun boleh)
  6. Rasa garamnya, jika kuah pekat sangat boleh ditambah sedikit air. Bila dah masak tekan butang on/off, kemudian tekan butang warm. Biarkan sehingga nak dihidang nanti.
Bahan utk hidangan :-
  • 2 bungkus mee kunig - di celur sekejap
  • daun sup - dihiris
  • cili merah - dihiris (boleh juga dihidang dengan cili hijau jeruk)
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
(kalau kekawan tak ada pes boleh intai resepi di entri ini Mee Bandung Muar Sedap )



Memang sedap pes yg kawan saya jual ni.. terasa makan mee bandung dari muar tu hehehe..
Tu yg keluar dari mulut isteri kawan saya tu masa nak balik .. 
"akak orang Muar ke? sedap sungguh mee bandung akak buat tu" tanya nya..
" ehh tak lah dik.. akak guna pes yg akak beli dari adik kat ofis yg kebetulan dari muar" jawab saya ~__^
Saya regukan dengan mee watan.. lagilah terasa halus dan lembutnya bila memakan.. anak2 pun suka, saya tengok memang sedap jer mereka makan sambal menambah.. :)


Ahad, 21 Februari 2016

Siapa KELUARGA Buat Kita..



Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi....

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Sumber : WhatsApp

Sabtu, 20 Februari 2016

HANDPHONE Punya PASAL La Ni... Ye Ke ? ;)



HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yang mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.

Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.

Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran

Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim.

Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini.

Dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

Jangan jadikan handphone seperti dadah addictive. Jangan jadi "mangsa" handphone. Ada yang accident kerana melayan handphone. Bala pula menimpa! Sebaliknya jadikan ianya sebagai PEMBANTU. PENYELAMAT. PEMUDAH dan PELENGKAP!

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 19 Februari 2016

MEMORI CUCUR UDANG.. rindunyaaaa :)

Salam petang yg ceria kekawan :)

Tajuk entri kemain lagi Memori cucur udang... hehehe lagu dangdut memori daun pisang kan .. tak payah merapu yati ooiii.. perut dah berdangdut tengok cucur udang minta di makan kan.. *__*


Ini projek bersama dengan kak nabilah, teringat nak makan cucur udang pulak jadi merajinkan diri untuk mencucur.. resepinya turun temurun dari arwah mak saya.. dah lah mudah sangat cuma kena rajin kan diri ko tu yati oiii hehehe :)
Jom intai resepi..

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP DAN LEMBUT

Bahannya :-
- 2 cawan tepung gandum
- 1 3/4 cawan air suam
- 4 pokok kucai dihirisan  (potong 1 inci)
- 1 mangkuk kecil taugeh
- 1biji bawang besar dihiris
- 1 st garam .. seeloknya rasa dulu ye
- 1/4 st serbuk kunyit
- sedikit udang yg dipotong dadu (utk masuk dalam bancuhan adunan)
- 20 ekor udang sederhana besar (saya ada udang kecil jer tu yg letak sampai 4 ekor)

Caranya :-
1. Dalam satu bekas, masukan tepung gandum, buat lubang di tengah, masukan sedikit demi sedikit air suam, kacau rata, ulang sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair ye, dan kacau sehingg sebati.
2. Kemudian masukan kunyit dan garam kacau sekata, lepas tu masukan bahan hiris, taugeh dan udang di potong dadu tu. Kacau sehingga bahan mesra.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, panaskan senduk selama 1 minit dalam minyak panas tu, kemudian tuang dengan sudu bancuhan tadi kedalam senduk sehingga 3/4 senduk tu, lingkarkan udang diatasnya, jika udang besar cukuplah seekor kalau kecil boleh lah letak banyak :)
4.Rendamkan senduk tadi ke dalam minyak panas tu, biarkan mengeras sikit dan tanggalkan dari senduk tu(guna garfu utk cungkil sedikit). Goreng hingga kekuningan. Angkat cucur udang yg telah masak dan toskan.
5. Ulang proses diatas sehingga bahan adunan habis.

RESEPI SOS LADA CUCUR UDANG
  Bahannya :-
- 6 biji cili merah
- 1/4 cawan gula merah
- sedikit cuka makan
- 3 ulas bawang putih
- secubit garam

Caranya :-
1 . Kisar cili dan bawang putih hingga halus.
2. Tuang dalam periuk, masukan gula dan garam. Masak dengan api yg perlahan sehingga pekat.
3. Kemudian masukan sedikit cuka, kacau dan masak lagi sehingga sos pekat. (Saya suka cair sikit jadi saya tambah sedikit air)
4. Setelah masak sos lada ketepikan untuk disejukan.


Kenapa saya katakan memori yg saya rindu.. apalagi teringat arwah mak lah.. dulu-dulu masa kami kecik dan bersekolah, arwah mak meniaga kedai minum dan makan. Arwah mak berkedai pada sebelah malam dan pagi pergi menoreh getah lagi, gigih betul arwah mak kan, anak-anak ramai jadi perlu lah membantu arwah abah utk membesarkan anak2. 
Jadi petang tu kami adik beradik perempuan akan menolong mak dikedai, menyediakan bahan utk dijual, selalunya mak jual goreng pisang, mee hoon goreng tauchu( aduh ini pun teringin nak makan) dan cucur udang ini.
Petang saya akan tolong arwah mak kemas kedai, siap mop lagi lantai tu, arwah mak memang bersih, kata nak beri orang makan kan..kenalah bersih kedai tu. Selalunya Kak Andak dan Kak Ateh tolong buat air dikedai tu.. Kak Angah tolong memasak, saya cuma tolong cuci cawan dan pinggan ajer.. sambil tu menghantar  makanan yg dipesan oleh pelanggan, masa tu saya darjah 3 atau 4 rasanya..
Selalunya kedai tutup pukul 11.00 malam.. tengok keadaanlah.. kalau ada perlawanan bola sepak lagi meriah kedai arwah mak ni.. ramai yg datang menonton perlawanan bola tu di TV.. tak adalah kedai ni menyediakan layar TV yg besar macam kat restoran mamak tu hehehe. ~__^

Petang tu saya menikmati lah cucur udang yg menjadi memori yg dirindui sekarang ni.. Cucur udang  arwah mak saya ni rangup dan lembut hingga ke esoknya.. Panaskan dalam microwave masih lagi lembut.. simpan pula resepi ini utk anak2 saya pula kan.. ^___^

PUASA ISNIN & KHAMIS ~ Mereka USA baru mengkaji , Kita Dah Perolehi 1400 tahun yg lalu..

Assalamualaikum kekawan..

Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kali seminggu-- Isnin dan Khamis.

Sumber : WhatsApp