JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 11 Februari 2016

I KNOW WHAT YOU DID LAST CHINESE NEW YEAR 2011 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari isnin pagi tu dikampung en suami mereka dah merancang hendak ke Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam.. dan pagi selasa tu ada pulak notifikasi dari FB.. see you memories 5 years ago.. 

Rupanya kami sekeluarga pergi ke Bukit Cerakah jua 5 tahun yg lalu juga pada cuti raya cina 7 Feb 2011..
Gambar diatas tengah menaiki tram utk masuk kedalam taman pertanian itu..

Mula-mula tram tu berhenti ke tempat ternakan ikan air tawar seronok mereka memberi makan ikan. Masa tu Nabil berusia 4 tahun.. suka sangat smpi tak nak naik dari situ hehehe..
Pastu sementara menunggu tram dtg lagi utk ke rumah iklim 4 musim tu dorang buat exercise.. ;)

Ditempat rumah iklim 4 musim tu penghujung musim sejuk.. tengok snowman tu dah mencair.. saya terpaksa pegang nabil tu.. dia menangis nak turun pergi main snowman tu.. comel jer tengok dia tu :)

Tengok nabil mencari apa dlm beg tu.. hahaha dah lapar dan penat exercise tu.. tu dia jumpa kerepek pisang.. lepas tu jalan keluar sikit ada gerai menjual aiskrim.. maka makan aiskrim kami melepaskan haus tu..

Jadi hari selasa 9 Feb 2016 hanya nabil dan kak nabilah yg mengulang moment 5 tahun lalu.. najeeha ada tuisyen pagi tu.. saya dan abahnya hanya menghantar mereka berdua kesana.. sebab saya nak menyidai kain dan mengemas rumah.. abahnya tak larat sebab sakit kaki memandu smlm ;)
Jadi mereka pergi dengan adik2 ipar saya jer..

Gambar2 ni saya ambil dari wasap group keluarga en suami.. permulaan berjalan tu budak2 lah yg didepan.. mereka tak menaiki tram.. memang nak jugle tracking kata mereka..

Tapi byk tempat yg mereka singgah.. sempat juga memberi rusa makan tu..

Naik pula keatas menara tinjau budak bertiga ni :)

Bila dah kepenatan mereka duduk berehat pula.. ~__^

Memulakan hiking.. konon kata kak nabilah nak jalan short cut hahaha.. sampai terbongkok2 adik ipar saya tu memanjat *__*

Last sekali tentunya lompat bintang mereka ini selepas sampai semula di tempat asalnya dan berjaya mengakhiri juggle tracking mereka  *__*

Mereka keluar dari situ pukul 12.30 tengahari.. terus menuju ke restoran utk mkn tenghari hahaha sure kehausan dan kelaparan mereka ni..
Sekian lah entri mengulangi moment CNY 2011..
Tunggu entri esok saya pula buat apa ptg tu dgn Najeeha ;)

18 ulasan:

  1. Moment indah berulang kembali Yati.
    Jungle tracking pula dengan keluarga seronoklah.
    Dah penat-penat isi pulak perut ramai-ramai - memanglah best:)

    BalasPadam
  2. nak ke sini tapi tak berkesempatan lagi.

    BalasPadam
  3. Tak pernah aku sampai kesini lagi T...rasanya dari rumah dalm 15 ker 20 minit kalau ikut hiway ELMINA tu aku rasa...

    BalasPadam
  4. Kalau jln pelan2, ok lah kot. Enjoy the moment.

    BalasPadam
  5. seronok nya kak....

    bgs jgk fb ada app blh tgk memory tuh kan... lahai dkt nyer ngn umah akak tmn pertanian tuh... pg tiap2 minggu pun blh...

    bila dh besar2 masing2 tkamo naik tram ek nk jln je... mau semput kalu dana hehehhe...

    BalasPadam
  6. xpnh smpi lg bkt cerakah..pasni mai tmn botani kt putrajaya lak kak...hehe

    BalasPadam
  7. kikiki...baca tajuk je saya dah tergelak...seronok kalau dok mengimbau kenangan lama...kebetulan sangat kan kak...dari yg kekecik kejap je dah nampak beso...saya pulak yg semput tengok diorang mendaki...hahaha

    BalasPadam
  8. seronoknye buat aktiviti gini...falsya dh lama sgt dh xberiadah gini..hehee

    BalasPadam
  9. seronok kan, tapi sekarang bukit cerakah ada lagi ke?

    BalasPadam
  10. seronoknye kak..... lieya last ke bukit cerakah tu time belajar2 kat uitm dulu...mmg dah lameee gilee tak kesane...dulu jakun2 masuk umah iklim die tu...tak tau le skrang ade lagi tak..sebab tak ramai pi sane dah kan.....

    BalasPadam
  11. Seronoknyer tak pernah sampai lagi..

    BalasPadam
  12. memang penuh la aktivitnya...
    jemput singgah di Blog kita tau,kita ada buat GA...
    jangan lupe join & support!!

    BalasPadam
  13. bukit cerakah tu lama benar saya tak ke sana...dulu pegi pun dgn member2 masa belajar kat uitm dulu...teringin nak pergi balik...seronok tgk family akak...

    BalasPadam
  14. Seronok dpt berjalan ramai-ramai gini

    BalasPadam
  15. Seronok dpt berjalan ramai-ramai gini

    BalasPadam
  16. tetiba teringat cerita senario...i know what you did last raya..kalau tak silap tajuknya

    BalasPadam
  17. Bagus jugak ada FB ni kan CH, boleh jugak mengimbau kenangan lama.
    Rasa mcm tak sangka anak anak semua dah besarkan. Kejapnya masa berlalu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)