JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 25 Februari 2016

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Aci tak saya tempek gambar Puding Roti Marble Coklat ni pagi-pagi hahaha :D
Ini memenuhi permintaan jeeha utk dipotong sikit puding roti tu.. Sebenarnya saya nak bawa puding di kerumah biras saya tu.. entri disini.. oleh kerana najeeha nak pergi tuisyen dulu pada pukul 3.00pm-5.00pm.. so dia minta nak merasalah puding tu.. kesian juga kat dia.. mana tahu habis lak masa di majlis tu nanti.. majlis tu mula pukul 4.00pm-6.00pm.. sedangkan najeeha habis tuisyen pukul 5.00pm dan en suami menjemput dia pun pukul 5.00pm dan sampai rumah biras saya tu pukul 5.30pm..
Mujurlah saya bagi dia rasa sebab memang habis pun puding roti tu ~__^


Saya masih menggunakan resepi dari Hanamemories.. saya buat kali pertama pada 2012.. oleh kerana kelembutan dan lemaknya rasanya resepi ini saya tak mencuba resepi yg lain..
Cubalah kekawan sedap.. pastu mudah sangat utk menyediakannya tu.. Jom intai resepi..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

1st source : hanamemories
2nd source : Izahdaut
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.


Saya tak potong tu dirumah siap-siap.. saya bawa bekas tupperware tu sekali ke rumah biras saya tu.. senang kerja saya.. potong kat sana dan guna bekas pinggan dia utk dihidang hehehe :D


Tu dia.. duduk bersama dengan nona manis dan agar-agar sirap bandung saya tu.. 
Tapi yg mula-mula habis puding roti marble coklat tu :D

p/s Keputusan darah saya mengenai tiroid saya tu ada sikit mengecewakan kerana naik balik bacaan tapi tak banyak.. tapi semua tu salah saya sebab saya tak makan ubat yg diberikan oleh doktor apabila saya merasai tiroid saya dah normal pada bulan sudah.. moral of story saya kena juga makan ubat tu wlpn dah normal sebab ianya belum pulih sepenuhnya..

14 ulasan:

  1. Resepi Yati sebenarnya lebih kurang dgn puding roti kakak semalam Yati
    Bahan semua sama cuma Yati guna coklat
    Budak-budak suka makan ni..

    BalasPadam
  2. sedap sangatlah tu klu tak takkan la boleh habis awal..pernah buat pusing nim.memang sedap..mujur najeeha dh rasa ye..klu tak boleh kempunan.hehe

    BalasPadam
  3. mesti sedap bangat tu kak pasal tu laju je abis...puding2 roti ni saya blom penah cuba buat lagi..nak kene try gak la...tapi kene ikut turn dulu la sebab kek carrot yg kenkonon nak buat tu pon tak lepas2 lagi...mungkin buat hari ni kot kalau rajin...kikiki...cantiknye puding sirap bandung tu :)

    BalasPadam
  4. mabellesnya kak...terngin pula nak membuatnya untuk berbuka

    BalasPadam
  5. Cantiklah puding roti tu CH...belang belang mcm kuda belang hihi.... Teringinlah nak try.....kalau guna milo pun boleh jugak tu ek.

    Gitu rupanya cara nak buat puding berbelang belang. Mak baru tahu weyh

    BalasPadam
  6. PUDING ROTI YG CANTIK N SEDAP NI BOLEH CUBA TKSH KONGSI RESEPI...JGN ABAIKAN UBAT YATI IKUT NSHT DOKTOR..

    BalasPadam
  7. dah lama tak buat puding roti ni..... teringin pula rasanya....
    Jangan lupa makan ubat tau....

    BalasPadam
  8. Wow..terliurnya saya, kalau rumah dekat mesti saya tanpa malu nak minta rasa sekeping, hehehehe...

    BalasPadam
  9. Rasanya puding roti sekali pun PC belum pernah buat kak...in sha Allah boleh cuba..

    BalasPadam
  10. yummy....dah lamer xmakan....nk cuba la hujung minggu nie....thanks for the share...

    BalasPadam
  11. Anak2 sy yg org kata sdp blm tentu dia nk mkn. Adoiii la...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)