JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 5 Februari 2016

Biar RUGI di Dunia Asalkan UNTUNG di Akhirat ~ KWSP 11% --> 8%... Kenapa perlu pilih 8% ?

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg sihat hendaknya..

P/S saya ulang semula entri saya semalam untuk hari ini untuk perbincangan.. sesiapa yg ada pandangan yg untuk dikongsi boleh tulis diruang komen.. HR saya bagi tempoh sehingga 25 Febuari 2016 untuk staff membuat pilihan..


Salam petang yg ceria kekawan :)

Tengahari setiap hari Khamis ada kuliah zohor di pejabat saya. Ceramah selalu diadakan di surau pejabat selama 30 minit. Dalam ceramah itu ustaz yg bertugas di Sektor Syariah di tempat kerja saya ini telah menyentuh isu kadar penurun caruman pekerja..

Setelah ustaz bermusyarah bersama 2 orang lagi panel mereka memutuskan untuk dicadangkan kepada pekerja untuk memilih 8% ini kerana pelaburan yg dilaburkan oleh KWSP ada yang tidak mengikut syariah.. seperti surat dibawah. 


Jadi supaya kita tidak terus melabur kepada pelaburan yg haram dengan pengurangan ini kita dapat mengelak utk melabur 3% kepada KWSP. Ustaz kata ambilah duit dan simpanlah ditempat lain yg halal syariah. Yang pertambahan cukai yg terpaksa dibayar , rebetkan kepada pembelian buku atau sedekah yg boleh ditolak cukai seperti wakaf. Ini diambil kira kerana pada tahun 2018 kita akan diwajibkan semula mencarum 11% itu tidak boleh nak dibuat apa.. terpaksa akur pemerintah.


Saya ada terima kiriman wasap kawan bila saya share ceramah yg saya dengar zohor tu pada mereka.. dorang pun bagi pendapat masing2, salah satu print screen diatas tu..

Saya ada membuat entri semalam rugi-oooo-kekawan-cer-baca
Bila memikirkan kata-kata ustaz itu saya memilih 8% dan menambah potongan simpanan di tabung haji. Itu adalah jalan yg terbaik supaya saya UNTUNG disana.





14 ulasan:

  1. oh gitu pulak ye kak...saya kene bagitau cik boss la nampak gayanye... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah malinda kena fikir semulakan..
      Akak ada juga dgr motivasi kewangan suruh ambil dan simpanan sebagai wang mudah cair..
      Contohnya sekiranya pengurangan itu kita dpt RM250 sebulan. Utk tempoh 2 tahun kita dah ada simpanan mudah cair RM6 ribu. Mana tahu ada kes terdesak nak guna duit.
      Jika kita simpan di KWSP sukar kita keluarkan kecuali kita tunggu usia 50thn atau bersara.

      Padam
  2. Saya nak minta izin sharekan pada org lain, boleh? At least membuka peluang perbincangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Aziela.. sharelah semoga kita dpt bincang sebelum 25hb feb ni..

      Padam
  3. saya dah tak bekerja memang tak ada caruman KWSP ni..

    BalasPadam
  4. tapi, dengar kata kat tabung haji pun ada krisis jugak... hurmh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tabung haji kan kan emmmm..
      Mana nak simpan lagi kan SN ;)

      Padam
  5. Akak dh msk skim pencen...dah xd caruman kwsp...

    BalasPadam
  6. tabung haji pun sukarnk percaya la ni

    BalasPadam
  7. Kakak memang potong 11% dah decided confirm Yati. Sebenarnya kalau Yati mengikuti perkembangan perbankan di negara kita termasuk TH memang duit kita ni kita simpan bawah bantal aje Yati. Yati boleh telusuri terus kemana arah pelaburan TH. Tapi bila dalam dunia hari ini ia menjadi wadah simpanan bagai 'terpaksa' bagi membolehkan kita utk menjalankan rukun Islam ke5 kita kena ikut.

    Sama juga dgn KWSP ini. Sebagai rakyat yg bagai 'terpaksa' kita tidak ada jalan lain. Seperti juga ASNB cuba Yati telusuri satu-satu ngeri kita dibuatnya. Fatwa kerajaa S'nogr memang dah tegas dividen ASNB diragui tapi kalau macam Johor ni masih tidak ada ketegasan.

    Sejujurnya sebahagian duit tabungan keluarga kakak memang diTH tapi apa kuasa kita? Begitu juga ratus-ratus tabungan di KWSP apa kemampuan kita? Banyakkan sedekah itulah satu jalan yg termampu oleh kita kan...

    Wallahu'alam..

    BalasPadam
  8. alamak lieya skim pencen kak...tak sure pasal nie...tapi bagus akak share gini, nanti lieya nak bgtau abah lieya ....die keje private....

    BalasPadam
  9. hmm..yelah. Tak terfikir pasal ni pulak. Walaupun dah tau pelaburan kwsp mmg tak patuh syariah. Gd sharing! Lebih baik halakan ke TH.

    Tapi..kalau jenis tak disiplin simpan duit, mmg elok la masuk terus kat kwsp. Bila nak keluarkan, amik hak kita je. Yg dividen kwsp boleh salurkan ke bhg dana tak patuh syariah (kat pusat zakat)

    BalasPadam
  10. Saya rasa saya tetap dengan 11%, CH. Kalau ada lebihan pun nak kena kuat semangat, jangan tengok duit tu dan terus laburkan ke tempat yang sepatutnya. Kalau nak difikirkan semuanya (ikut syariah atau tidak) saya rasa betul kata Kakzakie tu. Memang akhirnya tak satu pun yang ikut syariah. Paling selamat memang simpan bawah bantal, bawah karpet tapi itulah, kalau tak nekad, habis semua bawah bantal, bawah karpet tu kita buat shopping pulak!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)