Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 9 Februari 2016

DAGING MASAK MERAH ALA THAI




DAGING MASAK MERAH ALA THAI
300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak
Cara penyediaan

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.
SUMBER : FACEBOOK

5 ulasan:

  1. kaknoor pernah mkn daging merah ala thai ni tpi tk pernah buat pun, dok fikir jugak diaorang letak apa mcm pewarna je tpi rupa nya sos saja sbb yg kaknoor mkn merahnya ya Allah.

    BalasPadam
  2. sedapnya boleh cuba ni utk mkn dgn nasi r roti...

    BalasPadam
  3. alamak aihh sukanya menu ni..selalu tapau kat kedai je..tak reti masak

    BalasPadam
  4. Betul apa yg KN ckp tu,kekadang depa letak pewarna kot,tu yg jadi merah daging tu...

    Tp ni mmg menu faveret kita ni CH..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)