Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 13 Februari 2016

NONA MANIS SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. Biasalah saya ni bila hujung minggu selalu sekodeng FB.. pastu jumpa pulak kuih yg teringin nak cuba.. jadi save dulu kat sini :)



NONA MANIS
Resepi Oleh: Azlita Aziz
Dicuba Oleh: Julaina Sani
Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan
Bahan B
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)
Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat
* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih
Bahan C
1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.
Sedap tau! dia tak manis sangat secukup rasa dengan lemak manisnya.. cuba lah...



7 ulasan:

  1. boleh buat banyak n simpan dlm peti ais sdp dimakan bla2 saja ni...

    BalasPadam
  2. ingtkan dah cuba Yatie memang sdp kueh ni kaknoor dh cuba duluuuu

    BalasPadam
  3. Salam kenal.... nampak sedap je. Teringin juga nak cuba buat kuih ni.

    BalasPadam
  4. mesti sedap ni...lemak2 manis gitu...saya kalau kuih kukus2 camni memang feberet

    BalasPadam
  5. balik kmpg baru ni pertama kali merasa kuih nona manis ni kak..dia macam kuah lompang tp lg sedap la kan sbb ada santan ditengahnya..sebelum ni tak tahu pun namanya nona manis..kebetulan pulak balik tempohari abah ada belikan kuih ni

    BalasPadam
  6. sedapnya kak...kalaulah akak ni jiran saya..nak je order..sebab saya malas buat kuih..tapi nak makan,,

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)