JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 5 Februari 2016

GULAI IKAN PARANG PUCUK PEGAGA

Salam petang yg ceria kekawan :)


Kita mak2 ni bila balik kerja selalu fikir apalah nak masak petang ni.. punya mencari idea utk memasak.. macam saya lah.. balik kerja letak barang2 terus terjah petiais .. apa lauk ada tengok ada ikan parang .. buka laci petiais tu ada pulak pucuk pegaga.. dalam hati kata buat masak gulai ikan parang dengan pucuk pegaga ni ok jugak.. asyik asam pedas je.. dua hari lepas baru masak asam pedas hehehe.. 

Jadi gigih lah menumbuk cili.. punya nak rasa feling2 masakan kampug gitew.. mula menumbuk ala2 wanita melayu terakhir hahaha.. yg pasti memenuhi selera saya kan.. en suami pun suka juga masak gulai ni tapi no 1 tetap asam pedah.. dah orang Melaka + Johor kan hehehe..

Jom lah intai resepi saya yg mudah ni.. 15 minit siap masak.. sebab semua bahan dah tersedia tinggal nak masak jer.. santan pun saya dah siap perah dan simpan siap2 dalam petiais tu.. macam tu lah mak2 yg bekerja.. bila hari minggu siapkan benda2 yg nak masak bila weekdayskan.. :)

RESEPI GULAI IKAN PARANG PUCUK PEGAGA

Bahannya :-
  • 2 potong ikan parang
  • 2 biji bawang merah kecil *
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 Biji cili merah*
  • 5 biji cili padi*(ikut pedas yg kekawan hendak ye) * ditumbuk lumat.
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 ikat pucuk pergaga
  • 1 btg serai dititik
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
Caranya :-

  1. Masukan santan cair dan bahan tumbuk, kemudian masukan ikan parang. Kacau selalu sehingga ikan hampir masak baru masukan santan pekat.
  2. Kemudian masukan pucuk pegaga, asam keping,serai dan daun kunyit, garam secukup rasa.
  3. Bila dah elok mendidih dan ikan pun masak. garam dah secukup rasabolehlah ditutup apinya.
  4. Siap untuk dihidang makan sama nasi putih panas.

16 ulasan:

  1. adoi sedapnya kakak..lama tak makan pucuk pegaga ni

    BalasPadam
  2. pas tu goreng plak ikan masin..sure meletop

    BalasPadam
  3. Lama betul tak jumpa ikan parang ni. Saya quite expect tau makan ikan parang. Alhamdulillah, belum pernah tercekik tulang ikan parang. Saya lagi suka ikan parang masak gulai asam pedas, CH. Makan dengan nasi panas-panas, bestnya alahai!

    Meleleh dah air liur! Jenuh nak lap ni tau!

    BalasPadam
  4. SEDAPNYA GULAI IKAN PARANG CAMPUR PEGAGA...BOLEH CUBA NI TKSH KONGSI RESEPI..

    BalasPadam
  5. Saya sukaaa sangat ikan parang. Ralit saya makan sambil pilih duri. Isi dia lemak, sedap. Tengok lauk akak ni, saya dah terjebak pula nk cari ikan parang.

    BalasPadam
  6. Wahhhh.. baru sy tahu pucuk pegaga boleh masuk dalam gulai Kak Yati

    BalasPadam
  7. nampak sedap..
    rumah maka banyak pegaga tapi tak pernah digulaikan,
    biasa buat ulam cicah sambal kelapa saja.
    nanti boleh cuba...cara ni pulak :)

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi makan ikan parang masak dengan pegaga ni, selalu makan asam pedasnya, ikan parang ni masalah sikit sebab tulang halus kan CH.. kena berhati-hati di jalan raya nak makannya hihi :) nampak sedap sangat gulai CH ni .

    BalasPadam
  9. Feeling2 jadi wanita Melayu terakhir la ye... Jangan hang berkembang sambil menumbuk cili tu pulak Yati.. hehhehe...

    BalasPadam
  10. Assalam. Sedapnya tapi saya kurang gemar dengan siparang ni.. hihi

    BalasPadam
  11. Mcm my MIL, suka gulai2 cmpr pucuk ubi kayu la, pucuk ulam raja pun jadi,
    Lauk ringkas camni mmg menyelerakan sebenarnya kan.

    BalasPadam
  12. Aduhh terliur sudah nie..nampak sedap tu ..

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)