JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 15 Februari 2016

SOTO AYAM by Noxxa yg SEDAP dan CEPAT ~___^


Assalamualaikum kekawan..
Semoa kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :)


Buat soto ayam ni adalah permintaan kak nabilah.. dah lama tak makan.. oleh kerana hari sabtu adalah hari dirumah.. jadi tak adalah keluar mencari sarapan diluar.. selalunya hari sabtu adalah hari kami sekeluarga mengemas rumah dan sebagainya.. seusai solat subuh tu.. saya terus merebus ketupat mini tu di periuk noxxa tu .. sekejap jer masak 25 minit siap..

Buat pegedil ni saya serahkan sepenuhnya pada kak nabilah.. lagi pun senang untuk membuatnya kan.. saya guna resepi yg cukup mudah dibuat. Jom intai hasil kerja kak nabilah ni..

RESIPI PEGEDIL AYAM

- 5 biji kentang direbus
- 1 biji telur
- daun sup dan bawang dicincang halus
- sedikit lada sulah
- garam secukupnya
- sedikit daging ayam yg digoreng sebentar.

Caranya :-
1. Tumbuk daging ayam yg digoreng sederhana lumat, kemudian tumbuk pula kentang yg direbus hingga lumat dan halus.
2. Satukan kentang dan daging ayam yg ditumbuk dalam bekas, kemudian masukan bawang goreng, daun sup dan bayang yg dicincang halus tadi, lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul bahan sehingga sebati.
3. Kemudian buat bulat-bulat sehingga habis.
4. Celup kan pegedil tadi dengan telur yg dipukul tadi dan goreng sehingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan, buat sehingga habis.

Bahagian kuah ni tentulah saya yg kena membuatnya :)
Saya gunakan periuk noxxa sepenuhnya.. 15 minit dah siap masak.. cuma menyediakan bahannya yg ambil masa 15 minit juga..

RESEPI KUAH SOTO AYAM

Bahan kisar :
-3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1inci halia
- 1 batang serai dihiris halus di kisar dan 1 batang serai dititik.

Bahan rempah :
-1/2 sk jintan manis
-1/2 sk jintan putih
- 1 sb lada sulah
- 1/2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum cengkih
- 3 biji pelaga

Bahan lain :
- 1/2 ekor ayam di potong kecil ( saya tak siat2, jadi tu saya potong kecil)
- Air secukupnya
- 1 kiub ayam
- Garam secukup rasa
- 1/2 bungkus bihun - direbus dan toskan
- 10 ketupat mini- direbuskan dan ditoskan.

Caranya:-
1. Tekan MENGGORENG, tekan suis ON/OFF, tuangkan minyak zaitun,tumiskan bahan kisar dan bahan rempah(saya guna yg serbuk ajer) sehingga terbit minyak.
2. Kemudian masuka air secukupnya, tunggu sehingga mendidih , baru masukan ayam dan kiub ayam. Tukar kepada TEKANAN (High Pressure) selama 15 minit. Alih tombol kepada Pressure. Tunggu sehingga berbunyi bif. 
3. Kemudian masukan garam dan rasa secukupnya. Alihkan kepada WARM dan masukan serai yg dititik tadi.
4. Siap utk dihidangkan.



Sambal cili padi ni pun saya yang buat sementara menunggu kuah soto tu masakan. 

RESEPI SAMBAL CILI PADI
Bahannya :
- 10 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- secubit garam
- 5 sudu besar kicap manis
- 1biji limau kasturi

Caranya :
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi sehingga layur.
2.Kemudian tumbuk bahan goreng sehingga lumat. Kemudian panaskan sedikit air dan masukan bahan tumbuk dan kicap manis. Mendidihkan sekejap kemudian perahkan limau kasturi.
3. Siap sambal kicap cili padi


Pukul 8.30am siaplah soto ayam kami untuk sarapan pagi itu.. En suami siap mengemas didepan dan membasuh kereta, nabil dan najeeha siap membasuh kasut sekolah dan menyidai baju. Maka menikmatilah kami soto ayam dengan seleranya..
Dan nak tahu.. tengahari pun kami makan ni juga.. petang baru saya masak untuk makan malam hahahha.. :D
Demikianlah entri saya pagi ini .. siapa nak cubalah bolehlah :)


21 ulasan:

  1. wow soto ayam..dari sarapan bawak ke lunch..memang sedap hirup kuah panas2..kena ngan bergedil air tangan anak dara pulak..emm bestnya.hehe

    BalasPadam
  2. Kalau utk berbuka hari ini pun sedap ni Yati
    Kakak rasa macam nak buatlah..:)

    BalasPadam
  3. sedapnya soto. lama dah tak buat. memang kena buat ni..

    BalasPadam
  4. teringin nak sambar sebijik periuk ni tapi mngenangkan sy ni jenis yg tak msk sungguh2 pun rasa mcm perlu ke... err... perlu ke sy beli Kak Yati????

    BalasPadam
  5. bestnye piuk noxxa ni...jimat kan masa betol...kene kumpul duit tabung la gamaknye ni...rajin nye akak ni lengkap dengan bergedil...makan soto camni memang terangkat sedapnye...makan panas2 mesti berpoloh2 :)

    BalasPadam
  6. sarapan pagi yg lengkap n kenyang lama hingga thari ni.

    BalasPadam
  7. sedapnya sotoooo
    ingat nak buat jugak weekend ni tapi ada jemputan kenduri pulak
    tangguh lagi la jawabnya

    BalasPadam
  8. sedapnya...PC suka hirup kuahnya kak...isi sikit je..kuah lebih..sedapnya..pecah peluh..kalau demam ke..nilah nak bagi kebah cepat..sup atau soto...Allahu..

    BalasPadam
  9. lahai sedapnya kak.... layan soto takde pegedil ngn sambal kicap mmg lengkap lak rasanya

    BalasPadam
  10. kalo sue teringin nak makan soto...mmg minta en asbeen yang buatkan...suke kalo en asbeen buatkan

    BalasPadam
  11. lama tak makan soto..hehehe..tetiba je kan..ramai yang suka masak pakai periuk noxxa ni.ni yang rasa nak beli je ni

    BalasPadam
  12. bergedil tu makan mcm tu ja pun sedapppp...

    BalasPadam
  13. da lama tak masak huhu nampak sedap walaupun simple :)

    BalasPadam
  14. salams, ya allah terliur sangat melihat menu sedap:):)

    BalasPadam
  15. sedapnya...suka mkn soto kalo ada begedil

    BalasPadam
  16. Ayomaaaa....ni faveret ai tau CH .....i loike sesangat. Best gak buat sup sup ni kan...Nak buat esok ar. Malasnya nak kena beli barang dulu tu....

    Bergedil tu mmg senang nak buat tp, kalau kita pinjam chef Nabilah boleh tak? Hihi....
    Baguslah Nabilah ni, rajin masak...

    BalasPadam
  17. nampak sedap la kak .... soto adalah menu kegemaran s aya ....

    BalasPadam
  18. Soto ayam buat sarapan pagi! Kalau saya ni tak tahulah pukul berapa boleh siap. Semua kena buat sendiri. Menyelerakan CH tengok gambar. Balik ni nak buat begedil lah!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)