JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 25 Februari 2016

JANGAN PANIC... ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Selalunya saya lah yg paling panik bila metek minyak dah sampai penanda E tu.. dalam hati berdebar2 semoga cepat lah cari stesen minyak.. bila baca yg ini .. baru lega *__*
Jangan panic jika indicator fuel anda menyala di julat E.
Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.
2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.
3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.
*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Sumber : Facebook

18 ulasan:

  1. Bila baca n3 yatie ni ,akak teringat masa balik dri daftr ank kat U ,masa balik ingat kan minyak cukup lah hingga ke R&R berdekatan,sekali tu terlajak,nak tiba kan R&R seterusnya lampu dah warning lap lip....aduhai serammm juga akak takut terhenti kat tepi jalan....rasa lebih 30 km jugalah situasi tu.Bila tiba setesen minyak dorang kata tak perlu risau boleh jalan lagi lebih 10 km.
    Semua tu jdi pengajaran pd kami juga tambah dgn info yatie lagi lah banyak diketahui.

    BalasPadam
  2. slalu pompuan yg panik kn bila nmpk minyak dh E tu tp kalo ckp kt suami mesti die ckp..oh bole blk kelantan lg...saje je kn...slalu kalo jd camni mmg off aircord n drive slow sementara nk smp ke petrol pam

    BalasPadam
  3. selalunya 3 takuk pon zee dah tak senang duduk..tak pernah lagi kes sampai E..
    kalo E pon kak tengok jugak lampu..kalo tak nyala tu selamat lagi kan?

    BalasPadam
  4. lega dengar penjelasan pasal minyak ditakuk E...
    sebab akak fesen minyak keta suami yg selalu isikan...hehee

    BalasPadam
  5. sy tak pernah panic..hehehe.. sebab byk kali kena mcm ni..rileks je..kdg2 esok2 br isi sebab kes malas nk isi..siap dah klip2 dash2 tu dah...hehehehe

    BalasPadam
  6. Salam Puan,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Puan boleh review laman web kami.
    Puan boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com
    +6011-15359165

    BalasPadam
  7. selalunya perempuan cpt panik kan kak... lelaki dh e pun rilex lg...
    kalu kete dana bila dh tinggal 2 bar je dh risau... tkt tak dan sampai umah tp sbb pnh tinggal 2bar... siap boleh pg blaik keje n pg keje semula... jd blh agak lah...
    edy selagi tak berkelip dia kata ok lg... heheh tp selalu bila dh 2 bar tu msti nk isi minyak jgk

    BalasPadam
  8. pernah mengalaminya...... kena kat Keruak Terengganu memang kat situ tak ada petrol pam punyalah suspen dan siap berdoa agar sempat sampai kat petrol pam yang terdekat. Paling dekat pun kat Permaisuri....... bila dah isi minyak siap cakap dengan en. suami, lepas ni jangan tinggalkan setakuk, isi cepat-cepat........

    BalasPadam
  9. Dulu tak panic sangat bila minyak kurang mungkin sebab ada fon call parents ka minta tolong tapi sekarang dah takut dengan anak-anak.seram sejuk macam kak SI :)

    BalasPadam
  10. Saya tahu fakta tu, dan sebab tahu lah kadangkala saya teruskan bawak anggaran dah dekat 30km baru terkial kial nak cari stesen minyak! hahahaha

    BalasPadam
  11. kaknoor pun sama sngt panic kalau dah merah tempt E tu, selama dok memandu pennah sekali je yatie, lepas tu pak aji kaknoor mmg dok bubuh full ja minyak sbb takut bini dia panic walaupun sebenarnya ok lgi pun kannn

    BalasPadam
  12. pantang dekat E cepat2 isi.. ye lah reserved pun kalau dah gerak jauhkan makin kurang juga jadinya hihi... seram aihh kereta habis minyak tengah jalan ni kan CH :)

    BalasPadam
  13. Saya suka meter minyak kereta saya sentiasa di aras F. Begitu juga bateri telefon bimbit mesti sentiasa penuh. Hihihi...

    BalasPadam
  14. Sy blm tahap panik. Tp kalau dh 3 ari tu akan panik jgk. Sbb pernah bwk kete x topup myk wlaupn dh blinking lbh drpd 3 ari. Akibatnya tersadai kat sekolah tggu husben dtg bwk petrol. Adoiii... Nsb baik kat sekolah dh.

    BalasPadam
  15. Info yg bagus. Setakat pusing2 area kg sendiri bolehla relek lagi bila tahap E. Jln jauh kenalah letak F..

    BalasPadam
  16. Selalu jugak biarkan minyak sampai E hihi....sebab tau mmg akan ada rezab cuma tak tak bape km je, tulah yg berani tu.

    Bukan apa, yg jadi malasnya bila jalan pergi balik sekolah tak lalu petro station....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)