Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 3 Februari 2016

KETAM GORENG TELUR ASIN MUDAH ... emmm dapnyaaa ~__^

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..
Saya mencuba resepi ketam goreng telur masin ni masa hari ahad yg lalu.. takut nak oder kat restoren kata mencecah RM50 seekor ketam goreng telur masin ni .. tengok saiz lagi tu.. seram saya dengar.. jadi marilah kita merajinkan diri untuk memasaknya.. kata tekak nak makan kan .. so kena lah ko rajin yati oiii hehehe..
Jadi ini lah projek saya dengan cef Nabilah hari tu.. kami pergi pasar pagi tu pun bertiga beranak perempuan jer.. Nabil dan en suami pergi sukan bola tampar yg dianjurkan penduduk taman ni.. hanya utk kaum lelaki jer..
Balik pasar terus siang semua benda dan bersihkan.. kemudian cari resepi tengok dalam my resepi paling mudah hehehe.. dah saya kan nak yg mudah dan cepat dimakan.. oleh kerana pertama kali mencuba saya buat setengah bahan jer.. kalau sedap baru ulang lagi..
Jom kita intai resepi yg mudah ini :)

RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN
Bahannya :-
  • 3 ekor ketam (potong dua)
  • 10 biji cili api - dihiris (boleh ikut kepedasan sendiri)
  • 4 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin - direbus
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam secukupnya
  • lada sula
  • minyak utk menggoreng
Caranya :-

  1. Rebus telur masin sampai masak. Asingkan telur kuning dan putih dan hancur-hancurkan (seperti gambar diatas)
  2. Bersih ketam, potong 2 bahagian, goreng dengan tepung jagung yg dicampur garam dan lada sula. Goreng sehingga kuning dan asingkan.
  3. Panaskan kuali masukan butter, tumis bawang putih, merah, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
  4. Masukan telur asin yg telah dihancurkan tadi , memula masuk kuning telur tu kemudian baru masukan yg putih telur,gaul sekejap, masukan susu segar, gula dan lada sulah, perasakan semuanya.
  5. Kacau sebati, tunggu kuah tu sampai sedikit berbuih, masukan ketam goreng tadi, kacau rata bersama ketam.
  6. Siap untuk dihidang.

Hari itu saya buat juga sup ketam utk Nabil, takut dia tak makan yg saya masak tu, rupanya beriya dia makan dengan abahnya. Mereka habis perlawanan bola tampar tu pukul 11.00pagi, sampai rumah dah pukul 12.30 tengahari elok saya dah siap masak semua lauk-pauk. Teruslah hidang lauk pauk tu.. ternyata memang sedap kekawan Ketam goreng telur masin ni. Rasanya boleh mengulang lagi buat resepi ni, tengok semua orang suka :)



25 ulasan:

  1. Kak..yg telur masin dan putih tu campur sekali dlm kuali ke? Nampak pun mcm senang, boleh try juga ni kan.

    BalasPadam
  2. Sedapnya...... kuning telur tu campurkan sekali tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campur sekali kuning telur dan putih telur tu zana.. memang sedap cubalah..

      Padam
  3. ya Allah kak....pagi ni diduga dgn pic ketam akak plak....aduh kak sedapnye....ketam telur asin ni agak pemes kan kak...betul ckp akak kalo nak order kat kedai tu kene intai2 rega....kang sepiring dah kene nak dekat beratus...buat sendiri puas sikit makan....

    BalasPadam
  4. nak cuba lah nanti.. betul tu kalau makan di kedai mahu berpuluh ringgit dah untuk menu ni sahajakan CH :)

    BalasPadam
  5. WAH SEDAP SGT NAMPAKNYA TU NK CUBA JUGALAH NANTI PINJAM RESEPI YATI YA...TQ.

    BalasPadam
  6. Kakak pernah juga buat Yati tapi anak dara kakak kan tak suka telur masin itu yg kakak dgn abang yg makan. Anak kakak suka masak sweet-sour/black-pepper juga.

    BalasPadam
  7. sedapnya kak...saya belum pernah makan lg ketam telur masin. di rumah pun jrg beli ketam sbb susah nak makan..hehe

    BalasPadam
  8. nak try jugak! nampak sedap je ni..

    BalasPadam
  9. ish2 akak... meleleh airmata nengok ketam akak tuh... perkkkh

    BalasPadam
  10. Sedapnye ketam telur masin ni sis tp cikna xreti la plak nk siang ketam ni,huhuu.....^_*

    BalasPadam
  11. Nk mkn ketammmmmmmlh
    Laparrrr hi..asyik msuk rmh org tgok mknan jer..

    BalasPadam
  12. selalu je tengok resepi sana sini...setiap kali tengok setiap kali tu la saya jadi mengelupur terliur...hahaha...nampaknye hujung minggu ni tak bole tidak kene le saya mencari ketam gamaknye...~_~

    BalasPadam
  13. sedapnya...suka makan ketam tapi tang nak buat kulit tu jadi malas nak makan ketam

    BalasPadam
  14. lamanya tak makan ketam!!!
    terima kasih singgah & follow Blog sy...
    saya dah follow #464...
    salam perkenalan

    BalasPadam
  15. sedap sebab dimasak dengan kasih sayang..sedap sebab air tangan isteri dan ibu..sedap sebab memang sedap..dan sedap sangat..terima kasih kak kongsi resipi..

    BalasPadam
  16. tergugat iman sy yang tengah diet ni huhu nasib baik gambar ja..kalau ada depan mata da ngapp haha

    BalasPadam
  17. Hari tu masa kat Umbai, teringin nak order masak telur masin ni, tp yg lain mcm tak nak jer so tak jadilah order. Geram mak tau CH. Depa tu tak tau rasa sedapnya lagi masak ni agaknya.

    Kalau udang buat gini rasanya pun sedap jugakkan...Ada resepi yg tak buh telur putih kalau tak silap mak.

    BalasPadam
  18. Geram tengok ketam tu... tapi, nak try guna udang or sotong lah..

    senang sikit nak makan.. heee

    BalasPadam
  19. Ketam saya suka. Telur masin pun suka. Memang kalau buat ni, saya sorang-sorang ajelah yang mengerjakannya. Rumah saya ni pelik sikit, CH. Badan semua sado-sado tapi bila bab makan, memilih yang amat. Sayalah tukang masak yang paling untung. Dah saya masak, saya yang makan! Hahaha!

    BalasPadam
  20. Terliur LM tgk. Tak pernah buat lg resepi ni. Tq sis.. Nnt nk cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)