JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 14 Mac 2016

FITRAH ANAK ITU BERMAIN ... Tapi Kerja Sekolah Sebeban Diberi Cikgu huhuhu ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Sumber google


FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.


2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.


3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.


4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?


Ibubapa yang mulia


5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.


6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.


7.Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.


8. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.


9. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.


10. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?


11. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?


12. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.


13. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".


14.Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.


16.Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.


16.Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka


Semoga bermanfa'at.


Sumber : WhatsApp

p/s Tapi tu lah kekawan kan.. sistem pelajaran kita sekarang ini yg semakin menggila.. anak saya dpt kerja sekolah setiap mata pelajaran ada homework.. kalau sedikit2 tak apa tapi sampai 5 -6 muka surat.. saya yg melihatnya nak menangis.. dicampurkan semua akademik dan agama adalah dalam 90 muka surat .. mau tak menangis mereka kan.. apa makna cuti sekolah buat mereka..

Teringat saya zaman sekolah dulu.. cuti sekolah memang cuti dari buku.. puas bermain kala-kondi, puas bermain ten-teng, puas bermain polis entri one to jaga.. hahaha yg best sekali mandi sungai yahooooo walaupun balik mandi dari mandi sungai kaki lipan bara kena libas dengan mak huuhuhu..

Bergelak tawa, riang ria berborak sakan dengan kawan2, main masak2, main kawin2, main bakar ubi, main congkak walau pun berlubangkan tanah dan biji buah getah.. walaupun mak-abah tak pernah bawa bercuti macam budak sekarang ke pantai mahu pun keluar negara... Namun cuti sekolah dulu-dulu tetap enjoy.. ~__^

15 ulasan:

  1. Kakak pun baca infor WA ini Yati
    Tapi zaman anak kita memang dah susah nak jumpa permainan macam masa kita dulu. Cap-teh (bulu ayam sepak-sepak) dulu tak kira perempuan dan lelaki semua main, sekarang mana ada. Sebab itu dulu kita sihat kan Yati. Memang senyum bila ingat tapi anak kita tak ada peluang semua. Hatta tak ada homework pun mainan mereka tak sama.

    BalasPadam
  2. Tulhkn yati...dasyhat mak bapak la..nk sgt anak2 tu A sederet..knor spnuhnya didik hati dulu, bgi tthu apa tujuan hidup ni..utk apa,semua kerana Allah.kuatkn hati dulu lps tu bru cri dunia..psk diorg dgn perintah Allah wajib ikut..solat utamanya..fhm bcaan dlm solat,bca al Quran n fhm maksudnya..Hormat org tua,hormat org miskin ..jgn sombong..kt sek cikgu selalu terusik hti dgn sikp ibubapa yg tk bleh lgsung anak2 di mrahi atau ditegur...siap bgi amaran kt cikgu ..adoiii lh..

    BalasPadam
  3. Peringatan yang bagus CH, risau pula dengan tak sedar memaksa anak-anak, biar membesar ikut fasa yang betul main dengan bertanggungjawab ke atas kewajipan sebagai anak muslim dan murid kan inshaAllah.

    BalasPadam
  4. nasib bebudak takde keje sekolah cuti ni..main jer la kat umah tu..ape lagi nak buat..
    tuition takat ni memang tak antar lagi..kesian dorang penat kot..cuti sekolah akhir taon lepas jer antar jugak yang tengah gi tuition sebab tak reti lagi membaca..alhamdulillah sekarang dah boleh baca..memang tak antar dah biler sekolah mula..

    kita dulu pon belajar takde seteruk sekarang kan kak..

    BalasPadam
  5. betul kak..dulu takde masalah pun rase nyer tiap kali cuti sekolah anak-anak lepas bebas main yg penting sebelum maghrib kene balik!

    tapi skrg nie..sobs! kerja sekolah melambak tusyen lagi! huwaa..kiter mak pun penattt nak kejar aktivit diaorg..sobs! zaman ni sapa tak pandai tercicir la korg..huwaa..penat nyerrr..

    BalasPadam
  6. demi sebuah 'kejayaan'..anak2 terpaksa korbankan masa bermain segala bagai.

    BalasPadam
  7. Akak memang tak pernah antar ank2'tuition masa sek rendah ,itupun melihat dia keletihan sangat bila balik sekolah ,kdg buat homework pun.boleh tertidur.
    Mujor lah cuti sekolah ni budak Iman tu takde kerja sekolah sebab baru lepas ujian .Abang nya nampak bertimbun gak kerja tapi akak tengok dia relax je ,mlm je dibuatnya.

    BalasPadam
  8. Tu la kan kak, budak2 sekarang banyak kerja sekolahnya. Saya tak bagi pun anak tuisyen lagi walapon anak saya membacanya masih tak lancar, pelan2 kayuh

    BalasPadam
  9. tak tahulah sekarang kan. ikutlah fitrah semulajadi mereka. kalau tadika, tahun 1, tahun 2 memang masa tgh nak main je. lea dulu2 pun dalam parit tempatnya. jangan bebankan sangat mereka...

    BalasPadam
  10. betul sangat tu kak huhuhu.. kesian kdg tgk anak sy baru darjah 2 tp dah mcm² kerja punya bnyk cikgu bg... cuti sekolah ni.. kami bglah jgk peluang kat dia rehat.. ayahnya rajin lah melayankan tengok wayang boboi ... sebagai upah.

    BalasPadam
  11. nampak nya mak nya kena lah mengambil tempt anak tu yatie apa nk buat, akak dulu pun pernah jugak dok buat keja sek anak2 biaq anak2 beemain sikit2

    BalasPadam
  12. Sedih pulak baca.. awalnya seusia 2 tahun.. letih sangat dengan keadaan cuaca yang panas.. kesian dekat bebudak

    BalasPadam
  13. betul tuh kak... sedih kan...
    sbb tu kalau cikgu tadika kata aiyan takmo belajar sgt... dana ckp kt teacher takpe... biar lah jnji dia nk belajar lambat pun takpe... dana nk dia rilex2 je...
    kt umah dana tak ajar dia sgt pun... saja bg dia tgk katun, main lego... melukis2... ckup lah dia pnt belajar kt tadika...

    dulu dana tadika rasanya takde belajar sgt pun lebih main je heheheh...

    skrg nih bdk2 cuti sekolah tp keje sekolah sampai berbelas2 muka surat...sian bdk2

    BalasPadam
  14. betul sgt kak..
    rindu nya zaman kt dulu..blajar bila waktunya..msa di rumah mmg blh enjoy n main puas2 dgn kwn2.skarang msa sgt terbatas..msa dipenuhi xtvt n keje sek..sgt kesian generasi skarang

    BalasPadam
  15. Kita ni nak menuju ke arah negara maju katanya, tu yg kerajaan sedang melatih generasi baru untuk kebal dgn sebarang bentuk stress. Agaknyalah....

    Sebab tulah mmg jauh bezalah sistem pendidikan zaman kita dgn zaman sekarang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)