JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Oktober 2015

RENUNGAN :: INI BUKAN RUMAH KITA

Salam di petang Jumaat..
Sekadar perkongsian.. untuk diri sendiri juga.. diambil dari wasap group.. dikongsi disini pula




* S I N I  B U K A N
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali kerumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita
 adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabatyang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA

10 ulasan:

  1. Bait2 puisi yang indah untuk kita renungkan dan memberi keinsafan pada kita yang menumpang di bumi Allah ini

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua dapat pulang kerumah kita

    BalasPadam
  3. Tersentuh hati baca perkongsian ini. Harap sampai ke rumah kita nanti. Takut juga tidak menjadi kepada tetamu di rumah sendiri. Macam mana yang kita baw sekiranya bekalan yang di bawa buka ikut apa yang Allah hendak. Di terima kah kita??

    BalasPadam
  4. Sama-sama kita saling ingat-mengingatkan kerana lahirnya kita pun dari ibu-bapa yg sama. Tegur-menegur kena terima dgn hati terbuka agar bila tiba masanya kita sama-sama dapat menikmati utk tinggal di rumah yg sama..

    BalasPadam
  5. Ye btul tu..
    Hidup sementara jer,kita ibarat pelintas jln..

    BalasPadam
  6. Kita menumpang aja...
    Tapi sedih, ada yg beria ia buat bangunan kekal,di tanah yg ditumpangi ini.

    BalasPadam
  7. Masyaallah......kekadang diri ini teralpa yg kita ni hanya bermusafir di muka bumi ini. Terlupa untuk beramal buat bekalan ke sana. Terlupa dengan Ya Rabb yg setia menunggu hambanya disana ..... terlupa untuk merindu dan merintih kepadanya....
    Malunya.....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)