Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 9 Disember 2015

Bila Teringat ANAK .. tentu nak simpankan..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua..

Bila teringat anak yg tiada untuk menikmati makanan yg dia suka, tentu hati seorang ibu akan tersentuh.. tambahan dia pernah cakap dgn saya sewaktu mengambil Nabilah dari madrasah.. "Mama malam tadi kakak boleh mimpikan , mama masak Yee Mee Sizzling, sampai meleleh air akak" Kata Nabilah.. Kesian saya mendengarnya.. masa balik terus bila barang2 bahannya terus masakan..
Jadi sewaktu hari Khamis minggu sudah sebelum nabil berkhatan , saya pergi ambil repot kad dorang, ambil cuti halfday, jadi semasa dalam perjalanan balik tu boleh najeeha cakap, mama hari ni mama masak Yee Mee Sizzling boleh tak.. Saya pun teringin juga dah lama juga tak menikmatinya..
Jadi masa tengah masak-masak tu teringat pulak kakak Nabilah , tu yg simpan dalam tupperware untuk dia balik hari jumaat nanti..

Pinggan saya ni.. amboi mewahnya :)

Sekarang dah semakin mahal Yee Mee Sizzling Hot Plate tu kat Food Court, kawan kata dah RM7.00, baik kita buat sendiri kak puas hati makan.. Lagi pun nak masak dia punya lah senangkan..

RESEPI YEE MEE SIZZLING MUDAH

Bahannya :-(3-4 orang makan)
  • 1 bungkus Yee Mee (dlm nya ada 6 keping)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan Shitake potong 4
  • 2 keping dada ayam 
  • 3 biji cili kering di potong 1 inci
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 6 tangkai sawi
  • 1 kiub ayam
  • serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak bijan
  • Minyak masak utk menumis
  • Garam secukup rasa
(Saya gandakan bahan diatas utk makan 5 beranak kami ni )





Caranya :-
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukan ayam yg telah dipotong hingga empuk
3. Masukan 2 cawan air
4. Masukan pula sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukan cendawan . Masakan 5 minit.
6. Masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.
7. Titis kan beberapa titis minyak bijan.. jgn banyak sangat.
8. Masukan garam.. rasa masinnya.. jika secukup rasa . ketepikan.
9. Didalam pan lain, saya tak ada Hot Plate jadi guna jer Non Stick Pan tu. Letak Yee Mee dan tuangkan kuah yg telah di masak tadi kedalam sehingga tertutup yee mee.
10. Kemudian letak sayur sawi, kacau sebati, jika suka boleh di pecahkan telur.
11. Bila telur dah tiga suku masak boleh lah diangkat dan dihidangkan.


Petang tu dinner kami anak beranak adalah Yee Mee Sizzling ni..
Puas tengok mereka makan, kenyang kemain .. apa tak satu ketul yee mee tu utk seorang.. pastu letak ayam dan cendewan banyak2.. aduh nikmatnya.. kata Najeeha..
Petang jumaat saya ambil Nabilah tu, saya cakap ada simpan utk dia Yee Mee Sizzling.. nanti akak masak lah.. suka bukan main dia.. sampai rumah terus dia ke peti ais mengeluarkan kuah sizzling tu.. terus dimasaknya.. tak menyabar memakannya oleh Nabilah.. boleh lagi adik 2orang tu .. nak juga..

16 ulasan:

  1. seronok kan kak kalu anak2 berselera mkn... mcm dana kalu time balik kg adik2 mintak nk mkn itu ini kalu bahan ssh nk cari kt kg dr kl dh beli siap2 bahan2nya kt kg tinggal msk je... pastu bila abis licin rasa hepi je...

    suke betul adik badik tu mkn mee sizling yek kak,bila lah dana dpt bt mee sizling nih kak... tgk resepi senang tp tkt buat tak menjadi kang frust lak heheheh... kalu dkt nk oder kt akak jelah hehehhe

    BalasPadam
  2. semuanya nampak sedap :)...sebagai ibu tak pernah sesaat pun ank takde dlm fikiran kita kan akk ...

    BalasPadam
  3. kak...betullllllllllll....

    tu le salah satu sifat nalur keibuan.... lagi2 bab anak mmg takleh laaa...ape anak pesan atau nak seboleh2 nak cuba tunaikan....lagi2 bab makan..... camne sibuk ke payah tetap usahakan kak....bile tgk dieorg mkn tak semena2 touching gituuu...

    BalasPadam
  4. Mudah rupanya mebuatnya.boleh buat sendiri ni sebab saya n suami suka makan Yee Mee Sizzling ni

    BalasPadam
  5. Itulah naluri kita sebagai ibu kan Yati.
    Semakin membesar anak kita semakin kita akan dilanda kerinduan yg panjang bila berjauhan. Mulalah bila melihat apa yg disukai kita akan terkesan. Macam itulah juga mak-ayah kita sebenarnya. Bila dah jadi ibu-bapa tahulah kita sekarang kan..

    Anak-anak kakak pun suka sizzling mee ini.

    BalasPadam
  6. sedapnya..naluri ibukan kak..samalah mama PC..bila call je selalu PC tanya mama masak apa hari ni..bila PC cakap sedap je..tunggu balik kampung mesti mama masakkan..biasanya baba akan standby bei barang..macam tahu2 anaknya nak balikkan..hehehe..

    BalasPadam
  7. wah sedap betul resepinya. Boleh nak cuba masak juga nanti.

    BalasPadam
  8. kesiannya Nabilah, sampai termimpi-mimpi..

    puas hati masak sendiri..boleh bubuh bahan banyak2..

    BalasPadam
  9. yummy...eeeh senang je buat yee mi ni...xpernah taw plak rietta....aitu makan kt food court xkena selera, xsedap....hmm, ptg ni bleh la cuba, sbb semua bahan ada drumah, kecuali yee mee...thanks yea for the share...

    PS : mak rietta pown masa dia shat, semua lauk yang dimasak akan di frozenkan seketul utk rietta blk hjg mggu...miss my healthy mom so much...

    BalasPadam
  10. sedapnya...sebab tu la anak2 teringat masakan emaknya

    BalasPadam
  11. itu lah...ingat dulu2 makan sizzling yee mee nie cuma harga RM4.50 itu pun dah spesel tambah telur.

    BalasPadam
  12. makanan kegemaran anak2 lah yang klu boleh kita nak masakkan kan kak... sedap nampaknya tu...lama tak makan mee sizzling ni...

    BalasPadam
  13. memang puas hati kan masak sendiri..
    Sampai kenyang dan muak hari2 duk hadap dulu..hahaha..sebab kos tak mahal.. hahaha

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)