JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Disember 2015

MASAK KICAP SOTONG MUNGE ~__^

Salam petang yg ceria kekawan... :)

Balik dari kerja petang tu.. memikir pulak untuk makan malam.. pada hal pagi tu dah kelentang kelentung memasak utk makan tengahari bagi anak2 yg tinggal dirumah tu, sekarang berani sikit nak tinggal mereka tu sebab kakak nabilah dah bercuti.. boleh tengokan adik-adiknya.. bila tinggal dirumah makan jer lah kerja dorang.. jadi kena isi stok yg ada.. dah pesan dengan mereka jgn sesekali cuba memasak.. bahaya.. sebab tu mama dah masak pagi2 utk mereka makan tengahari..
Petang tu sebelum balik kerja dapat mesej dari kakak Nabilah "Mama lauk habis, ada sikit jer sambal, sayur pun sikit ajer, nasi tinggal sikit juga, mama nak suruh kakak masak nasik tak" tertera mesejnya..
Saya reply " kata tak payah masak nasi nanti balik mama masak, cuma keluarkan ikan yg ada dalam petiais tu"
Sampai rumah tengok dikeluarkan ikan sebelah dan sotong, sayur bayam, tanya mereka sotong nak masak sambal ke.. Najeeha request nak sotong masak kicap..


Tadaaa... jadi lah sotong masak kicap saya petang tu.. berseleralah mereka makan adik beradik.. pagi tadi Nabilah bertanya.. Petang ni mama singgah pasar malam tak.. kalau singgah beli kakak Mee Hoon Sup.. ofkos mama pergi.. hari yg ada pasarlah mama nak rehat memasak petang hahhaa ~__^ 
Nanti petang nak mesej budak berdua tu pulak nak makan apa.. dan juga en suami :)

Nak juga resepi masak kicap sotong munge saya yg mudah ini :)
Jom intai

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

Bahannya :-
  • 300grm sotong sederhana besar - dipotong ikut suka kekawan ye.. :)
  • sedikit cili kisar
  • 1 biji Bawang besar - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 4 sudu kicap lemak manis - ikut kicap byk mana suka ye..
  • sedikit air
  • Garam secukup rasa
Caranya :

  1. Tumis bawang hiris dan sedikit cili kisar, sehingga wangi.
  2. Kemudian masukan kicap dan air ikut banyak mana suka, bila dah menddidih masukan sotong dan garam.
  3. Kacau sebentar dan tengok sotong elok masaknya bolehlah diangkat.. tapi sotong ni tak boleh masak lama nanti liat.. agak2 lah ye kekawan.
  4. Siap utk dihidang.


12 ulasan:

  1. Sotong potong bentuk bunga... soyong bunga masak kicap...

    BalasPadam
  2. macam mana nak potong buat bentuk macam tu erk...

    BalasPadam
  3. rajinnya bentuk sotong berbunga-bunga cantik n menyelerakan...

    BalasPadam
  4. kreatif potongan.... bebudak harus suka

    BalasPadam
  5. rajinnya akak mengolah sotong tu jadi bentuk bunga..kalau yan kerat2 lebur je...malas ..huhu

    BalasPadam
  6. rajinnya akk potong bentuk bunge camtu..nmpk lawa sotong masak kicapnya..en suami klu masak sotong suka sekor2.hehe

    BalasPadam
  7. menarik hi done folo, folo me back ;)

    BalasPadam
  8. laju je kaut sotong tu sebab cantik sangat..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)