Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 4 Disember 2015

PENGAT LABU TEPUNG CHA CHA

Salam petang yg ceria ;)

Saya masak pengat labu ni hari ahad yg lalu.. tengok ada sedikit labu utk buat apam labu tu.. tak banyak sangat pun .. tu yg campur dgn tepung cha cha, sagu dan tepung pulut. Untuk minum petang tu.. mujur nabil tak heran sangat dgn pengat ni.. dia suka pengat pisang..


RESEPI PENGAT LABU TEPUNG CHA CHA

Bahannya :
250 grm Labu
1 cawan tepung pulut 
1/2 cawan sagu (direndam)
1 cawan tepung cha cha
250ml santan (santan kotak pun boleh)
1 cawan air
1/2 cawan gula kasar
1/2 cawan gula merah
Daun pandan
Secubit garam

Caranya :-
1. Tepung pulut dibancuh dgn air, sehingga ianya menjadi doh yg boleh digentel seperti gambar diatas. Pastu gentelkan bulat2.
2. Rebus tepung cha cha sehingga lembut. Kemudian toskan letak tepi.
3. Lepas tu masak gula merah dgn 1 cawan air. Bila dah masak tapis dan ketepikan.
4. Kemudian masukan satu cawan air , gula merah yg masak tadi , gula putih , secubit garam dan santan, kacau sebentar.
5. Kemudian masukan tepung pulut yg digentel bulat, sagu dan labu.
6. Apabila labu dah nak agak empok, masukan tepung cha cha yg telah direbus tadi. Masukan simpulan daun pandan. Tunggu sehingga masak.
7. Kemudian rasa manis dan lemaknya. Jika secukup rasa dan bahan semua dah masak bolehlah dihidangkan.


Anak2 saya sebenarnya suka tepung cha cha, tepung pulut dan sagu tu. Labu tu di bagi saya dan abahnya yg makan. Beriye anak beranak makan petang tu sebab dah lama tak makan pengat :D


10 ulasan:

  1. Sedap pengat labu ni. akak macam salah tajuk kat dalam tu. Tertulis pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la PMDR.. dah betulkan ehe ..
      Nak taip cepat lah tu ;)

      Padam
  2. kreatifnya cantik n sedap tu.

    BalasPadam
  3. Makan petang2 sedap nih..

    BalasPadam
  4. Sedapnya lama x mkn pengat labu

    BalasPadam
  5. Seronok kalau masak ada org yg tukang makan kan CH... Anak anak okje dlm rumah ni kurang suka pengat, tp maknya semua suka hihi....

    BalasPadam
  6. ehehe sedapnya.. CT semua bubur suka.. layan =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)