Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 15 Disember 2015

GORENG KACANG BUNCIS DENGAN KICAP

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua..

Balik kerja petang tu... buka peti ais.. persoalannya nak masak apa.. lauk dah tahu nak masak apa.. cuma sayurnya apa nak dimasak.. tengok hanya tinggal kacang buncis ajer.. apa pulak yg sedap nak dimasak kacang buncis yg tiada regunya karot dan kobis bunga jika hendak membuat sayur campur.. maka jadilah Goreng Kacang Buncis Kicap..

Sudah lama saya tak masak kacang buncis ni sebab en suami kurang suka.. saya dan anak2 saja yg suka.. jadi biarlah en suami makan asam pedas ikan parang dengan bendi tu..
Rasanya pertama kali saya masak kicap ni.. sehingga najeeha komen.. sedap lah mama masak macam ni krap kruk makan sayur ni.. hahaha sayur masak macam tu pun ko kata sedap wahai anak ku.. Dulu-dulu arwah mak selalu masak Gulai dengan udang kacang buncis ni.. rindu pulak masakkan arwah mak :(

RESEPI GORENG KACANG BUNCIS KICAP

Bahannya :-
  • 1 ikat kacang buncis (saya selalu beli yg diikat sayur tu RM5 utk 3 ikat kat pasar tu.. kekawan agak-agaklah ye)
  • 1 biji bawang merah kecil - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • segengam ikan bilis
  • sedikit garam
Caranya :-
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat toskan, ketepikan.
  2. Lepas tu tumis bahan hiring sehingga wangi, kemudian masukan kicap dan sedikit air. Gaulkan.
  3. Kemudian masukan kacang buncis, goreng sehingga lembut lepas tu masukkan garam dan ikan bilis goreng tadi (saya suka masuk ikan bilis kemudian, nanti ikan bilis sentiasa rangup). Gaul mesra serta perasa garamnya. Jika secukup rasa boleh lah diangkat.
  4. Siap untuk dihidangkan.




20 ulasan:

  1. dana kalu syr buncis nih suke goreng kejap je biar rangup2 lg hehehhe

    BalasPadam
  2. makan dgn nasi panas ni pun dah cukup..

    BalasPadam
  3. MKN PANAS2 MMG SEDAP SAYUR KACANG MSK GINI..

    BalasPadam
  4. Sedapnya, saya suka lauk macam ni.
    Bagus anak CH, makan sayur ya.

    BalasPadam
  5. salah satu sayur yg wajib lieya beli kak tiap2 minggu.... sebab tahan lama ...nak siang pun senang eheheheeheh...betul laa suke buat mcm akak jugak.... goreng kicap bubuh suhun sikit...berebut budak2 ni makan....

    BalasPadam
  6. Kakak sesekali ada juga masak taruk kicap kat sayur buncis ni yatie...anak2 yang besar semua suka.Abang tu sama lah cam suami yatie,kurang sikit seleranya.

    BalasPadam
  7. SEDAP NI YATI KAK SUKA SGT..

    BalasPadam
  8. bila sebut gulai udang kacang buncis ni baru perasan dah lama tak makan masakan tu. Sebab alergik malas nak makan seafood sangat. tak larat menggaru katanya hahaha

    BalasPadam
  9. manis kacang buncis dari kacang panjang kan...suka masakan ni..makan dengan bubur

    BalasPadam
  10. sg suka juga goreng buncis kicap camni..pecahkan telur sekali sedao wo.hehehe..

    pasal Aiman dekat seminggu juga baru corong tu tercabut..ni pun ada sikit lg masih melekat.semalam sy minta dia gunting keluarkan corong tu ada sikit lg tinggal tali hitam tu masih melekat kt kulit..macam2 hal lambat la nak sembuh.hehe..

    BalasPadam
  11. feveret falsyaaaaa..sedapnyeee..lama x makannnn..

    BalasPadam
  12. Kacang buncis makanan faveret saya tak kisahlah digoreng atau dibuat kari dengan ikan...

    BalasPadam
  13. Memang sedap la mana....lagi la banyak ikan bilis tu...bertambah syok...

    BalasPadam
  14. Sedap ni tapi kalau gulai dengan udang lagi urmmmm.

    BalasPadam
  15. Makan lauk ni gaul dgn nasik pon dah sedap time panas2...tak dapat lauk lain pon takpe...kikiki

    BalasPadam
  16. Kita baru beli kacang buncis semalam CH....selalu kita masak mmg masak goreng cenggini buh telur tp tak pernah letak kicap.

    BalasPadam
  17. Gulai udang dengan kacang buncis, CH... macam saya tak pernah jumpa aje. Kesian betullah kat diri sendiri!

    Saya tak berapa suka kacang buncis. Kalau masak pun dah tentu untuk suami. Saya ni kalau goreng sayur, memang takda main rasa punya sebab saya tak makan! Nasiblah apa rasanya yang penting HD makan sampai habis! Kalau tak habis, saya merajuk!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)