Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 18 Disember 2015

PERUMPAAN YG MENYENTUH HATI... kekadang sebagai manusia ini kita sering alpa..




Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing.
Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api.

Mereka akn makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )".

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yg dibakar atas api.

Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH🌹

9 ulasan:

  1. betul tu kak..setuju dengan kata-kata tu, terima kasih atas ingatan

    BalasPadam
  2. Manusia sering alpa. Semoga ditetapkan iman kita semua..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas peringatan bersama ini.
    muhasabah diri jap.. huhuhu

    BalasPadam
  4. terima kasih atas ingatan ini..sentap ..thumbs up

    BalasPadam
  5. terima kasih di atas perkongsian.. kadang terambil negatif nasihat orang..

    BalasPadam
  6. Ingatan yg baik.. Tq kak yati

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)