Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 Disember 2015

10 SOALAN DARI MILA BLOGGER MY CREATIVITY BERSANAD DARI PUAN SITI MUNIRAH STRORY MORY ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..

Saya tak pernah pun joint tag mengetag ni.. ini pun blogger Mila yg tag saya.. jadi saya pun cuba lah ye.. untuk suka-suka dengan kawan-kawan alam maya kan..
Jom baca apa yg saya jawab ~__^


1) Apa maksud nama anda?
    Norhayati  nama yg diberi oleh arwah abah dan arwah emak.. maksudnya "Cahaya hidupku" semoga saya telah memberi cahaya kegembiraan buat arwah abah dan arwah mak. Secara tak langsung blog saya pun saya sebagai "CAHAYA HIDUPKU"
semoga insan-insan yg tersayang yg bersama-sama dapat saya sinari dengan kasih sayang.

2) Warna kegemaran. Kenapa anda suka warna tersebut?
Warna  kegemaran saya adalah Hijau, Biru dan Ungu.. Putih juga suka.... hahaha pilih jer semua kala luna tu Yati ooiiii. Tahun lepas tema baju raya warna hijau dan tahun sebelumnya ungu lembut.. ingat tahun 2016 nak warna biru lembut pulak :)
 
3) 3 lagu paling feveret
Saya peminat Opick, itu hari Opick ada datang di Masjid Seksyen 7 berkongsi cerita mengenai dirinya.. rupanya dia tergolong dari keluarga kiyai.. tapi dia dimasa muda tidak mengikut jejak kedua org tuanya, dia membuka kumpulan band rock ceritanya.. sayangnya album2 yg diterbitkan tidak laku, kemudian dia beralih kepada Konsep Ketuhanan, ternyata di situ ada rezekinya, Kemudian dia meneruskan legasi keluarganya membuka maahad tahfiz dan anak yatim, disekeliling rumahnya dibina pondok2 utk anak belajar dan menjaga anak yatim, macam teringin jer nak melawat maahad tahpiz Opick ni... hehehe dah melalut.. org minta lagu feberet jer.. ok ok ni lagu yg saya minati.

1) Rapuh
2) Cahaya hati
3) Sentuhlah Aku

4) Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?
Sebenarnya saya teringin sangat pergi ke Plastine untuk solat ke Masjid Al Aqsa.. ingin melihat peninggalan sejarah Islam disitu.. bukanlah percutian sangat.. lagi teruja bila blogger choz zilla kongsi pergi ziarah ke Plastine tu..Semoga impian saya ini akan tercapai.
5) Apa respon anda bila seseorang berkata, "Cantiknya awak hari ini"
Haha memang ada pun yg tegur saya macam tu.. Alhamdulillah ... semuanya kurniaan Allah kepada hambanya.. meminjam sedikit kecantikan Allah yg Maha Agung itu.. Kecantikan itu Kecantikan MU.. Keindahan itu Keindahan MU... itulah doa selesai habis solat dhuha kan..
6) Penang, KL, JB - yang mana pilihan anda?
Sebenarnya tiada pun yg ada diatas tu.. tapi kalau kena buat pilihan saya pilih JB..
7) Macamana cara anda memujuk anak / anak kecil / anak saudara yang  sedang menangis?
Hahaha... saya ni kiranya mak singa.. susah nak pujuk-pujuk budak menangis.. sebab saya tak suka dengar mereka menangis.. Kalau saya pujuk pun.. cari punca sebab apa dia menangis .. kalau dia menangis hendakkan sesuatu.. saya akan berikan jika benda tu tak mudaratkan kepada mereka .. yg penting bagi saya.. mereka diam :)
8) Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur
Selalunya gosok gigi.. sebabnya masa ambil wuduk utk solat isyak tu.. selalunya lepas tu malas nak makan lagi hehehe.. kekadang termakan juga ... pas tu boleh terlupa nak gosok gigi balik.. aduhai..
9) Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?
Alhamdulillah .. semua ada yg tercapai dengan baik.. semoga yg hadir dalam hidup saya semuanya yg baik-baik... dan segala ujian yg datang saya terima dgn redha..
10) Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?

Diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur agar dapat terus beribadah dengan sempurna, memperbaiki amalan dari masa ke semasa.. semoga pengakhiran hidup saya dengan Khusnul Khotimah..



Semoga jawapan yg diberikan oleh saya diatas tu.. si Mila tu terima lah dengan seadanya..

Saya pun copy paste jer lah soalan yg bersanad ye.. :)

1) Apa maksud nama anda?

2) Warna kegemaran. Kenapa anda suka warna tersebut?

3) 3 lagu paling feveret

4) Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?

5) Apa respon anda bila seseorang berkata, "Cantiknya awak hari ini"

6) Penang, KL, JB - yang mana pilihan anda?

7) Macamana cara anda memujuk anak / anak kecil / anak saudara yang  sedang menangis?

8) Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur

9) Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?

10) Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?

Siapalah pulak saya nak tag... ada tak sesiapa yg suka saya tag..
Minta maaf dulu ye jika yg saya tag ni tak suka di tag ye..

1) Kak Saniah - Blog Coretan Hidup http://saniahibrahim4.blogspot.my

2) Suraya - Blog My Little Family - http://syawalsimpsons.blogspot.my

3) Hainom - Blog Hainom Okje - http://hainomokje.blogspot.my

Sudi-sudilah menjawabnya ye kekawan.. 

12 ulasan:

  1. Hahaa...yatie,kena jawap ke? Takde yg istimewa pun pada kakak ni.

    BalasPadam
  2. ok set...sy buat sekarang...nnt akak tgk kat blog saya tau...

    BalasPadam
  3. ooo itu rupenye sebab musabab name blog akak...baru le tahu...

    kak tang no 8 tu same sgt.... tapi lieya gigih tak mkn hahaahah kalo tak rase spoil ajek.....lagi satu wajib lumur losyen satu badan.....

    BalasPadam
  4. jawapan menarik kpd soalan2 yg diberi n dpt mengenali yati dgn lbh dekat lagi.

    BalasPadam
  5. Tak penah kene tag mengetag ni tapi bagos gak sebab cam bepoloh je nak jawab...hahaha...sedap nama dan maksudnye :)

    BalasPadam
  6. Sedikit sebanyak dapatlah tahu yg berkaitan dgn Yati
    Lepas ni ada peluang kakak baca mereka yg Yati tag pulak:)

    BalasPadam
  7. seronok menjawab soalan kan..tak kena tag, segan nak jawab..

    BalasPadam
  8. Tahu serba sedikit ttg diri akak bila kena tag mcm ni kan..hihi

    BalasPadam
  9. lagu Opick Rapuh tu best.. simple tapi mendalam =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)