Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 14 Disember 2015

KESIAN PULAK... Meh lah Nabilah.. Mama Buatkan..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua..


Pada ahad minggu sudah.. saya menghantar Nabilah balik ke madrasah.. dalam kereta masa nak sampai tu Nabilah minta RM11.00 .. saya kata tanya "bayar  apa ?.". "kakak ada pesan dengan kawan kakak sambal goreng tempe kacang ikan bilis mak cik dia buat.. kan akak cakap dgn mama masa mama telefon itu hari" jawab Nabilah.. Aduhai terlupa pulak saya ada kata boleh beli.

Selepas tu masa saya jemput hari Jumaat baru ni.. dia pulangkan semula duit tu.. "kenapa ?"saya tanya.. "mak cik dia tak buat sebab ada hal di kampung, so mak cik dia kena balik kampung"jawab Nabilah..
Kesian pulak mendengar cerita dia tu..


Jadi hari ahad tu, masa pergi pasar tu saya belikan tempe satu ikat, kacang dan ikan bilis dah ada kat rumah tu.. Jadi balik dari pasar tu.. mulalah saya bersilat kat dapur , nak masak makan tengahari sekali tu.. Semasa saya masak sambal goreng tempe ni , Nabilah pun tanya" banyaknya mama masak sambal goreng tempe ni" Saya jawab"boleh kakak bawa balik madrasah nanti".. bersorak gembira dia mendengarnya.. Masa saya masukkan dalam balang tu.. Nabilah menegur.. "Cantik balang ni, kakak suka" . Masa tu saya dapat hadiah kuih raya kat ofis rasanya..


Diatas tu untuk rumah pulak.. habis sekali hadap makan tengahari tu.. masa tu Nabil tak makan di meja makan.. saya suapkan dia di sofa tu.. jadi dia tak nampak lah.. Nabil pun suka sambal goreng ni.. makan ratah macam tu pun sedap kan..
Resepi saya ni cukup mudah.. ikut selera kami sekeluarga..
Jom lah intai resepi ni jika teringin :D

RESEPI SAMBAL GORENG TEMPE KACANG IKAN BILIS

Bahannya :-
  • 200 grm Ikan bilis 
  • Semangkuk kecil cili kering yg telah dikisar.
  • 200 grm Kacang tanah
  • Seikat Tempe (dalam ikatan tu ada 5 tempe yg dibungkus dgn daun pisang tu, terpulanglah kekawan nak guna yg mana ye)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk bersama bawang besar tadi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang serai - kerat 3 pastu tumbuk kasar..
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan dan ketepikan.
  2. Goreng pula tempe sehingga garing, toskan dan ketepikan.
  3. Goreng pula kacang tanah sehingga kekuningan, toskan dan ketepikan.
  4. Kemudian tumis pulak cili bersama bahan tumbuk, serai, garam, gula ,sehingga naik bau wangi.
  5. Selepas tu baru dimasukkan bahan goreng kita tu tadi. Kacau sehingga mesra cili dengan bahan goreng tu dan goreng sambalnya sehingga kekeringan.
  6. Angkat, siap utk dihidangkan.


24 ulasan:

  1. BARU TAHU GINI CARANYA BUAT SAMBAL GORENG TEMPE..TQ PERKONGSIANNYA.

    BalasPadam
  2. Kalau keluarga kakak ni dah macam tradisi tau Yati
    Kami kalau kenduri salah satu resepinya inilah dia.
    Kalau masuk balang dihadap memang sekejap ajelah licin:)

    BalasPadam
  3. sesuai lah utk mkn ngn nasi putih... kot2 bosan ngn lauk kt madrasah tuh... blh mkn ngn smabal tempe nih... nsb emaknya rajin msk hehehhe

    BalasPadam
  4. tulah kah...dah agak kak yatie mesti buatkan untuk kak nabilah punye

    BalasPadam
  5. Kesukaan anak2 kakak ni yatie..kalau dorang balik U ,makanan camni lah suroh maknya buat

    BalasPadam
  6. wow nostalgia ni sambal tempe ni..dulu masa dok uni..roomate sy delalu mak dia bekalkan sambal tempe ni..org johor katakan

    BalasPadam
  7. sedapnya... meratah gitu jer pun sedapkan... tapi sekarang ni sangat allergic to kekacang& seafood, kena lupakan lah sambal ni!

    BalasPadam
  8. sambal tempe goreng ikan bilis nie, kalau saya makan dengan nasi kosong cam gitu pun dah berselera

    BalasPadam
  9. sedapnya kak...
    Tapi nak membuat tu, mcm bercinta pulak... hahaha...

    BalasPadam
  10. sedapnye..makan ngan bubur nasi pun sedap nie..

    BalasPadam
  11. baru tau.. isi serai rupanya yer

    BalasPadam
  12. sedap ni..selalukalau buat jadi cemilan tengok movie

    BalasPadam
  13. Sedap sedap. Mil selalu buatkan. Tp klw sy buat versi x de tenpe dan kcg

    BalasPadam
  14. Assalam. Lama tak blog walking. Sambal goreng tempe memangla sedap..

    BalasPadam
  15. Assalam. Lama tak blog walking. Sambal goreng tempe memangla sedap..

    BalasPadam
  16. ermm menggodanya CH, sedap ni kan :)

    BalasPadam
  17. ky pun suka buat sambal ni..mkn dgn bubur nasi..

    BalasPadam
  18. Sambal tempe camni makan cengitu rata2 je pon dah sedap

    BalasPadam
  19. Kita kalau buat sambal ni suka buh gula CH. Ada rasa manis manis sikit gitu.
    Mmg sedap ni, makan gitu jer tak payah lawan nasi.

    Anak anak kita kuranglah benda benda gini, mereka kurang suka kacang

    BalasPadam
  20. Jarang dah saya makan kalau dulu menggila juga. Makan macam tu pun sedap, tak banyak nak bernasi bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh! Typo memanjang! Itulah kalau gila blogwalking asyiklah silap!

      banyak = payah (Jauhnya... ~_^)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)