Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 Disember 2015

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MADRASAH TAHFIZ AL QURAN HIDAYATUL MUTTAQIN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada hari sabtu 19 Disember 2015 Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang di Maahad Tahfiz Al Quran Hidayahtul Mutaqin berlangsung di dewan seksyen 13 Shah Alam. Saya pergi berempat beranak aje.. sebab en suami bekerja, kalau sempat dia datang.. tapi tak sempat pun huhuhu..
Tapi tak apa kerja mencari rezeki utk kami sekeluarga perlu diutamakan..
Maka baru minggu ni kakak Nabilah mula bercuti sehingga 3 Januari 2016.

Ucapan dari Pengasas MTAQ Hidayatul Mutaqin ialah Tuan Haji Abdul Aziz.. pada mula ditubuhka tahun 1987 masa itu dikenali dengan nama Madrasah Nahdatul Islamiyah adalah utk anak-anaknya yg seramai 8 orang iaitu 7 lelaki dan seorang perempuan, dari cerita beliau anak2 tidak pernah bersekolah rendah dan menengah.. semua anak2 diajar oleh ustaz utk hafaz al quran dan pengajian Islam.. sehingga kekawannya menegurnya .. dan tanya kemana hala tuju anak2 hafiz ini.. namun berkat usaha dan keyakinan.. anak2 berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti di Yaman dan beberapa negara lain. Seorang yg sangat lemah lembut dan berkasih sayang, dengan itu beliau menasihati mualim dan mualimah yg mengajar di madrasah supaya mengajar anak2 tahfiz dengan kasih sayang kerana itu lah sunnah nabi dalam mendidik anak2.. 


Ini adalah anak Mudir tersebut tak ingat pula anak yg keberapa.. beliau memberi ceremah ringkas mengenai cintai Al Quran dan bercerita tentang dirinya.. katanya seperti yg diceritakan oleh ayahnya sebentar memang dia tidak pernah menjejaki sekolah biasa dan mengambil peperiksaan persekolahan.. kebanyakan seharian hidupnya hanya menghafaz Al Quran.. apabila dia pergi temuga untuk Imam di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 beliau di minta menunjukan sijil SPM tetapi beliau berkata tiada ambil peperiksaan tersebut.. hanya ada sijil dan Ijazah ini sahaja.. Alhamdulillah .. akhir berjaya dalam temuduga jawatan tersebut.

Ustaz Umar Bin Abdul Aziz merupakan Imam 2 Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam. Mendapat pendidikan pertama dalam bidang hafazan dan syahadah di Madrasah Nahdatul Islamiah Seksyen 3, Shah Alam, Selangor dari tahun 1994 sehingga 1997. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Islamic Studies, Universiti Darul Uloom Zakariyya,South Africa (2000-2006) dan Pengajian talaqqi Fiqh, Tasawuf & bahasa Arab di Darul Mustafa & Ribat Tarim,Hadramaut, Yaman.(2012-2014).Pernah menjadi tenaga pengajar & Penolong Setiausaha Madrasah Hidayatul Muttaqin, Shah Alam sekitar tahun 2008 sehingga 2012. Selain itu, Ustaz Umar adalah pendakwah bebas yang merupakan pemegang tauliah mengajar agama di Selangor. Ustaz Umar juga mengendalikan Slot Usrah Nurani di radio Ikim.



Sebelum ucapan pengasas MTAQHM tadi , dimulakan dengan bacaan Al Quran secara hafazan dari pelajar lilbanin.. tak sempat pulak mengambil gambarnya.. selepas ceramah tu kami dihiburkan dengan qasidah anak-anak tahfiz ini.. 

Selepas itu kami diberi sedikit maklumat bagi anak2 tahfiz untuk melanjutkan pelajaran oleh Pengurus Kolej Yayasan Restu Shah Alam, iaitu Ustaz Azman Bin Abdullah, beliau ada menceritakan sedikit latar belakang sebelum beliau memeluk agama Islam, beliau sebelum ini adalah pendakwah kristian, beliau berkata didalam kitab Injil ada juga menyebut hukum hudud , apabila seseorang itu mencuri hendaklah dipotong tangannya, dari situ beliau terus mengaji Al Quran dan terus memeluk agama Islam lebih 10 tahun yg lalu..
Tambahan beliau MTAQHM dan Kolej Yayasan Restu ada program kerjasama  untuk anak-anak tahfiz melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik peringkat diploma dan ijazah, banyak program pembelajaran yg disediakan seperti Diploma Seni Mushaf, Diploma Perbankan Islam, Diploma Kejuruteraan Automotif , Diploma Asas Perniagaan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islamik dan Sarjana Muda Syariah (Kepujian). Beliau juga ada mengatakan boleh ambil diploma disini dan menyambung peringkat ijazah di Mesir dan Jordan yang mana kolej ada kerjasama pendidikan di universiti disana.

Selepas itu majlis penyampaian hadiah pun bermula, antaranya Hadiah Pelajar Hafizah dan Alimah yg berjaya menghafaz mengikut tahaf yg ditetapkan, Hadiah Khatam Al Quran Dan Penyampaian Sijil Syahadah. Tak banyak gambar yg saya ambil, untuk kak Nabilah belum lagi mencapai tahap , sepatutnya kak nabilah kena hafaz 5 juz tahun pertama tapi hanya mampu menghafaz 2 juz kerana dia perlu mengulang Nazirah dahulu. Tak apa kak, tahun depan kakak cuba lagi ye..  lagi pula yg belajar didalam tu pelbagai peringkat umur, madrasah ini ada juga menerima pelajar dari negara luar, ada dua pelajar dari Filipina.. dalam tahun pertama telah berjaya menghafaz 12 juz dan beliau berazam utk menamatkan hafazannya pada tahun hadapan dan seterus menyambung pelajaran untuk peringkat Diploma, bercita-cita menjadi daie dan membuka madrasah sendiri di negaranya.. semoga usahanya dipermudahkan Allah..

Selepas itu Anugerah sijil syahadah yg mana telah telah tamat menghafaz 30 juzuk Al Quran keseluruhan, tahun ini bagi pelajar libanat seramai 5 pelajar telah syahadah.. apabila mereka telah syahadah akan dipakaikan selendang berwarna biru tu serta hadiah iringan yg lain.

Tiga kembar ini telah syahadah bersama-sama , Alhamdulillah, mengalir air mata ibunya diatas pentas tu (telindung pula ibunya tu, saya ambil gambar pun di tempat duduk sahaja, segan pulak nak beriye-iye kedepan) Dalam pada anak-anak dan ibu lain gembira dengan kecemerlangan anak meraih PT3 , anak2 nya berjaya menghafaz 30 juzuk, bapanya tidak hadir kerana bekerja, ucapan terima kasih diberi oleh anak lelakinya yg juga pelajar madrasah juga. Semoga mereka terus cemerlang dunia dan akhirat.


Dua orang lagi pelajar syahadah, apabila bapanya mengucapkan terima kasih, bapanya menceritakan kesemua anak-anak dihantar belajar di madrasah ini, dua anak lelakinya telah syahadah di sini pada tahun 2006 dan 2009 tak silap saya, sekarang sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan. Alhamdulillah beliau cukup berterima kasih kepada pengasas madrasah ini.

Kak Nabilah cukup teruja untuk bergambar dengan kakak2 kembar ni, sebabnya dia satu asrama dengan kakak2 kembar ni dan dia kata kakak2 ni selalu bantu dia, semalam dia minta saya belikan hadiah utk kakak ni sebagai tanda kenangan, sebab selepas ini kakak2 kembar ni akan menyambung pengajian Alimah dan tidak bersama dia lagi..

Sebelum balik sempat lagi dia bergambar dengan kawan-kawannya, saya bila mereka ramai-ramai macam ni, memang tak kenal lah mana satu kakak Nabilah.. bila dekat baru boleh kenal, selalunya nabil yg cepat kenal mana kakaknya :)

Pada masa ucapan pengasas atau mudir madrasah ni ada meminta pihak ibubapa memberitahu jika ada ibubapa yg hendak menghantar anaknya ke madrasah ini boleh lah hubungi beliau, ini kerana satu madrasah yg dibina oleh seorang penderma dgn kos pembinaan madrasah itu hampir 1 juta di Hulu Langat yg lengkap semua prasarananya, jadi pelajar baru amat dialu-alukan. Oleh itu bolehlah menghubungi Mudir Hj Abdul Aziz Bin Haji Ramli - 0196414893 dan Mudirah Hajah Siti Zaleha Bt Abdul Malek - 0176774548 atau melayari web madrasah untuk mengetahui syarat-syaratnya http://madrasahhidayatulmuttaqin.blogspot.my


Dahulu ada keluar surat khabar kisah doktor al hafiz ni kan..


"Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana. Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.

 Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz. Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).
 Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka. Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit. "

14 ulasan:

  1. Subhanallah... ada getar di dada kakak membaca entri Yati ini.
    Kakak membayangkan Nabilah akan mendapat selendang biru itu satu hari kelak Yati. Alangkah bahagianya Yati dan suami punya anak yg begini. Terharu kakak..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah madrasah yang banyak melahirkan anak yang soleh/solehah.Tahniah juga untuk kak nabilah yang telah berjaya menghafal.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah madrasah yang banyak melahirkan anak yang soleh/solehah.Tahniah juga untuk kak nabilah yang telah berjaya menghafal.

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..seronoknye kalao anak kite yg berjaya hafal 30 juzuk tu kan kak...terang nye hati mereka... alhamdulillah.... seronok dpt pergi majlis2 agama mcm ni kan kak.... moga terus istiqomah dlm melahirkan generasi2 bijak pandai agama....

    BalasPadam
  5. subhanallah.... sejuk perut ibu mengandung... seronok kakak nabilah tuh dpt jumpa ngn idola nya... akak pun nnti dpt jdk tgk nabilah di sarungkan selendand biru...

    BalasPadam
  6. Bagusnya kan jika kita dpt lahirkan tenaga profesional yg hafaz Quran, menjadi doktor al-hafiz, pakar bedah al-hafiz, jurutera al-hafiz, peguam al-hafiz, saintis al-hafiz. Tidaklah Malaysia menjadi seperti sekarang di mana ramai yg hilang arah bila agama dijadikan cuma hiasan luaran..

    BalasPadam
  7. subhanallah.... sejuk perut ibu mengandung...

    BalasPadam
  8. Ya Allah...menitis pula airmata baca entri kak yati ni,teringin juga nak hantar anak2 menghantar anak2 untuk menghafaz al-quran nanti.

    moga urusan kakak nabilah dipermudahkan

    BalasPadam
  9. bercita-cita jugak nak masukkan anak di madrasah bila dia bersekolah nanti..boleh jadi macam kakak nabila...

    BalasPadam
  10. terasa kerdil sangat2..malu pun ada....Allahuakhbar...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah
    Terharu
    Sejuk baca
    In shaa Allah adik nabillah boleh..
    Ibu bapa hebat,anak juga hebat in shaa Allah

    BalasPadam
  13. Oke x pengurusan, penginapan dan persekitaran di maahad tahfiz hidayatul muttaqin tu? Tq

    BalasPadam
  14. Oke x pengurusan, penginapan dan persekitaran di maahad tahfiz hidayatul muttaqin tu? Tq

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)