JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 23 Februari 2016

IKAN MERAH MASAK TAUCHU

Salam petang yg ceria kekawan :)

Masak tauchu masa hari ahad itu hari.. ni mengisi permintaan nabilah dan najeeha.. sibuk dok mengulang .. lama tak makan mama masak tauchu.. en suami tak makan masak tauchu ni.. jadi saya masakan asam pedas ikan merah ni.. suka lah hati anak beranak ni bila masakan dipenuhi..
Saya pun menambah sama juga nasi dipinggan hahaha..
Bila nak balik madrasah tu.. kak nabilah suruh letak juga ikan merah masak tauchu ni sepotong.. emmm sedapnya mama.. pada hal dah makan tengahari tadi tu..
Habis nasi seperiuk anak beranak makan.. selalunya ada jugak berlebih :D


Resepi saya memang cukup mudah dan ringkas jer kekawan.. petang ni boleh lah kekawan balik mencuba kalau terliur tengok tayangan diatas ye hahaahah..


RESEPI IKAN MERAH MASAK TAUCHU 


Bahannya :-
  • 4 keping isi ikan merah sederhana besar 
  • 4 sudu besar tauchu
  • 7 tangkai kacang panjang - potong 1 1/2 inci
  • 1 labu bawang besar kunig
  • 11/2 cawan air
  • 4 biji cili hijau - belah 2
  • Garam
Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian digoreng ikan tersebut hingga masakan, angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak goreng ini, lepas tu goreng bawang besar yg dimayang bulat sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan pula tauchu, kacau sebentar lepas tu masukkan air, kacang panjang, cili hijau dan masukan garam,rasa masinnya sebab tauchu tu pun dah masin.
  4. Selepas tu baru dimasukkan ikan yg digoreng tadi, kacau mesra.
  5. Angkat , siap dihidangkan bersama nasi putih panas....







21 ulasan:

  1. Ikan masak taucu memang sedap yatie....budak2 memang suka sangat ni.
    Suka tengok selera anak2 yatie makan,bila mama nya pandai dan rajin memasak bagai.

    BalasPadam
  2. lama tak buat masak taucu.. sedapnyaaa

    BalasPadam
  3. Kakak dgn abang suka Yati tapi itulah anak kakak kata taucu ni macam kacang basi kata dia. Jadi kalau masak utk kakak berdua ajelah.

    BalasPadam
  4. masak taucu memang sedap. saya dah lama tak masak taucu ni

    BalasPadam
  5. betul cakap zee tak pandai masak taucu kak..mesti termasinnn..
    kalo nak makan beli jer lah..huhuu

    BalasPadam
  6. Bolehlah buat masak taucu ni, CH. Walaupun jarang masak, pening kepala ni bila tiba time nak memasak. Nak ikut anak tekak empat beranak kat rumah tu bukan senang. Saki-baki ikan ada lagi ni, bolehlah try. Semalam dah buat ikan masak asam ala-ala Kakzakie. Dah jadi favorite sekarang ni!

    BalasPadam
  7. dana tak penah msk apa2 ngn taucu kak... senang cite taucu pun tak penah dana beli seumur hidup... tp nengok ikan akk... nk try jgk lah... mana tau edy suke

    BalasPadam
  8. Kat umah kau oklah ada gak yg minat nak makan taucu ni T..umah aku non ado...adalah sekali 2 aku masak...tak berusik..aku sorang jer yg suka mkn...tak kuasa aku nak masak lg...aku goreng meehoon pun letak taucu t...Merungut anak2 aku..padan muka dorang....

    BalasPadam
  9. kiteorang pon suka masak taucu camgini...kalau takde ikan merah guna ikan kembong atau gelama pon sedap kan kak...:)

    BalasPadam
  10. alaaaaaaaaaaaaaa akak ni saje tauuu....lieya dah keluarkan ikan merah 2 kelar gitu nak buat asam rebus letak bendi ngan tomato....tapi tgk masak taucu ni teliur masak taucu plak.....heheehehehe

    leiya pun suke masak taucu ni kak...senang, sayur semua dah ade...makan ngan nasi panas....gaul minyak2 ngan kacang taucu kat nasi panas2 fuhhh sedap.....esok le masak taucu...dgn ikan kembung ke heheheehehe

    BalasPadam
  11. Ok, boleh try ni( wife saya la try masak...hahaha). Selalu ikan merah ni saya makan masak kari /asampedas /sup

    BalasPadam
  12. Selalu guna ikan kembung..

    Kat umah ni nur gan hubby klau masak sure ltk taucu dlm apa jua masakan..tak sudah dok beli taucu saja..

    Baru 3 hr lps masak taucu haaa

    BalasPadam
  13. assalamualaikum yati....sedapnya tengok menu ni...;)

    BalasPadam
  14. Mak sukalah masak tauchu ni tp manusia lain dlm rumah tu kurang suka.Sebab ada kacang katanya....tekak diaorang ni kan macam macam betul tau....

    Untung en Suami dpt bini rajin, masak lagi asam pedas khas utk dia....

    BalasPadam
  15. sedapnya... selalu ikan merah ni buat sup jer..

    BalasPadam
  16. Dah lama teringin nak msk taucu. Kalau kt kg tu mkn je. Kt sini kena msk snd. Hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)