JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Mac 2016

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH... emmm dapnya

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Minggu macam nak kongsi apa yg saya masak selama seminggu anak cuti sekolah itu hari.. ini permintaan kedua anak-anak.. masa perjumpaan dengan jiran tetangga itu hari saya masak spaghetti Aglio Olio ni.. saya tinggalkan juga semangkuk utk mereka dirumah.. rupanya tak cukup buat mereka.. saya pun tak merasa bila dirumah.. di perjumpaan tu saya makan apa yg jiran masaklah kan.. disitu pun spaghetti Aglio Olio saya pun habis..

Biasalah saya ni bila cari resepi mesti yg mudah dan bahan-bahan tu ada dirumah.. saya ambil resepi tu disini tapi saya olah sikit mengikut selera kami anak beranak :)



RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
- 500 g Spaghetti
- 1 kg Seafood campuran (sotong,udang, kupang saya guna yg ini)
- 1/2cawan minyak zaitun (olive oil)
- 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
- 5 biji cili kering ~ gunting2 halus
- 3 sudu besar Oregano Flakes
- 1 batang karot merah ~ disagat
- 3 sudu besar parsley flakes
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 peket bebola sayur ~ potong empat

Caranya:-
1. Cucuk spaghetti di bebola sayur (seperti gambar diatas), masukan sedikit minyak zaitun dan garam dalam air rebusan spaghetti, rebus sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus seafood separuh masak dgn sedikit air ajer lebih kurang 1 cawan jer, dan air rebusan jangan dibuang.
3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan cili kering yg gunting halus tu sehingga kekuningan, kemudian masukan air rebusan seafood tadi.
4. Masukan oregano, parsley, lada hitam, karot dan garam.Bila semuanya telah secukup rasa, masuk spaghetti yg direbus dan seafood tadi.Kacau sehingga kata.
5. Siap untuk dihidang.

Melihat kupang yg cantik,segar dan besar di pasar tani stadium shah alam tu yg tergoda nak buat lagi, sebungkus tu RM15.00. Anak-anak pulak suka makanan yg macam ni.. sakan melantak seafood yg segar bugar tu.. sotong apa lagi kesukaan najeeha.. udang tu pulak kegemaran kak Nabilah.. Nabil semua dia belasah.


Kak Ton si mummydearie , marilah CH belanja makan Spaghetti Aglio Olio kesian pulak CH tengok kejadian spaghetti Kak Ton yg dah terputus-putus tu  di entri jjcm-jom-western-and-fiske-steakhouse. kemudian jenuh pulak mencari tempat parking walaupun dah 3 4 kali pusingkan ~__^


Rupanya saya tak cerita lagi perjumpaan Jiran tetangga saya ni kan.. Yang gambar pertama dan bertudung hitam berdiri tengah bercakap tu lah Admin group WA Jiran Tetangga kami.. peramah dan kelakar orangnya..
Sebelum makan2 tu kami kena perkenalkan diri seorang-seorang, nama, kerja dimana, rumah no. berapa, jalan no berapa dan lorong yg mana..
Biasalah mana nak kenal kan, lebih2 lagi yg bekerja macam saya, bila weekdays, balik kerja terus menuju kedapur dan memang tak sempat nak berhai-hai dgn jiran.
Makanan masa hari itu memang tersangat meriah.. semua mereka masak sendiri.. sedap bukan main.. perjumpaan bermula 2.30pm-4.30pm . berkelah sakan kami di tengah padang bawah pokok tu sungguh meriah sangat.. Ada perancangan nak buat group marhaban perempuan dan yasinan serta surah al kahfi setiap Jumaat. Harap2 menjadilah ye :)


24 ulasan:

  1. Sedapnya Kak Yati..
    Memang menyelerakan kalau bubuh segala seafood.

    BalasPadam
  2. Makanan kegemaran kak Zai tp jarang buat sebab hubby tak berapa gemar.Tq yati kongsi resepi.

    BalasPadam
  3. Kakak tak terfikir cucuk spaghetti di fishball bagi selari tak serabai. Lain kali kakak nak cuba sebelum rebus cucuk di fishbal macam ini:)

    BalasPadam
  4. Terliur tengok spaghetti tu..sangat menyelerakan...nak buat pun anak2 tak seberapa suka..huhu..
    bestnya berkumpul sesama jiran tetangga..:)

    BalasPadam
  5. La ni anak2 makchaq yang masak kalau makanan2 macam ni...
    budak2 suka makanan macam ni..
    mak depa nasik lauk kampung ja..western x reti makan..masak pun x berapa nak reti...he he

    BalasPadam
  6. MENARIKNYE .... NANTI NK TRY LA TIRU BUAT GITU ... KLU BUAT SPEGETI BIASA PUN BOLEH CUCUK KAT HOTDOG

    BalasPadam
  7. sedapnyeeee... mekasih atas resipinye. nak buat jugak lah. suka lah tgk potongan sotong tuh. camner buat yer kak?

    BalasPadam
  8. Ooo...cucuk yer kak. Tak pernah terfikir nk buat. Nak try juga lah nnt

    BalasPadam
  9. spageti paling mudah tp sgt berperisa kak lagi2 kalau ada seafood kan

    BalasPadam
  10. Klau ank2 nur suka mkn spageti ni..nmpk menarik pula di cucuk dgn fishball tu..

    Seronoknya ada perjumpaan cam gini..mkn2..borak2

    BalasPadam
  11. Wahh sedapnyaa.. cantik laa cara potong sotong tuh

    BalasPadam
  12. eh bagusla buat perjumpaan mcm tu kak...saya pun mcm akak jugak...jarangggg sangat dapat jumpa dengan jiran...balik keje pulak dah malam...huhu...bila buat gathering mcm ni, boleh kenal dengan erat jiran2 yg lain...

    BalasPadam
  13. wah meriah sungguh..
    kak, tengok spegeti akak saya terus lapor..krakkruk

    BalasPadam
  14. Sdap nmpk..xpernh buat sbb ank suka Bolognese and carbonara

    BalasPadam
  15. Sdap nmpk..xpernh buat sbb ank suka Bolognese and carbonara

    BalasPadam
  16. Sedapnyaaa...dah lama tak makan..lawa lak sotong tu buat macam tu,,kreatif :)

    BalasPadam
  17. tq yati kongsi resepi..cocok spegeti camtu senang nak ambil masa makan..

    BalasPadam
  18. lama dah xbuat aglio olio.. sbb buat skali tu mama kata kering.. so slalu buat carbonara je sbb mama suka..

    BalasPadam
  19. kat rumah kaknoor kalau buat seafood mmg kena buat 2 jenis lah
    sbb big boss tak suka seafood jaga kesihatan lah tu
    Tapi bini dia tak faham masih jugak suka seafood hehe
    Kalau buat spaghetti mesti buat yg ayammmmmmmmm je manjang sabo je lah

    BalasPadam
  20. Salam kak yati... rinduuu nya nak mai sini..hihi
    wahh meriah masakan akak.. smua nampak menyelerakan.. klu sy, semua rasa nak makan tu...haha
    meriah perjumpaan dgn jiran2... :)

    BalasPadam
  21. Weyh....dah mcm perjumpaan mak jugak ni hari tu. Mak bawak puding kastard jer weyh... Gasaklah ko pepagi pun haha....

    Tulah CH....kak Ton lama dah tenggelam tu. Entah bila nak muncul agaknya.
    Dia kalau tengok ko punya Olio Aglio tu CH sure mlm ni terus mencari tu

    BalasPadam
  22. Weyh....dah mcm perjumpaan mak jugak ni hari tu. Mak bawak puding kastard jer weyh... Gasaklah ko pepagi pun haha....

    Tulah CH....kak Ton lama dah tenggelam tu. Entah bila nak muncul agaknya.
    Dia kalau tengok ko punya Olio Aglio tu CH sure mlm ni terus mencari tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)