Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 12 Julai 2014

Tarbiyah Ramadhan :: BULAN MUSTAJAB DOA


Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah 14 hari kita berpuasa.. maka malam ni dah 15 kali kita solat tarawih.. semoga Allah memberi kesihatan yg baik untuk kita terus beribadah kan kekawan.. Hari ni balik kampung en suami hingga ahad.. berbuka dan bersahur disana.. budak tiga orang ni tak sabar nak balik..
Kekawan pun tentu ada yg balik kg juga kan ;)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
TINTA TARBAWI:

TARBIYAH RAMADHAN : BULAN MUSTAJAB DOA.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.” (HR. Al Bazaar. Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid 10: 14) mengatakan bahwa perowinya tsiqah -dipercayai-. Lihat Jaami’ul Ahadits, 9: 224)

Huraian :

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi, semoga rahmat Allah sentiasa buat kita semua. Semoga dengan barakah dan rahmat Allah di bulan ramadhan ini doa dan hajat kita dikabulkan..

Ayat al-quran dan hadis di atas jelas menunjukkan keutamaan doa di bulan yang mulia. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya ada menyatakan masalah ini ( ayat tentang doa yang diterima Allah –pen ) disebutkan di tengah-tengah ayat penyebutan hukum puasa. Ini menunjukkan akan anjuran memperbanyak doa ketika bulan itu sempurna, bahkan diperintahkan memperbanyak doa tersebut di setiap kali berbuka puasa. (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 2: 66).

Bagi setiap orang yang berpuasa dengan ikhlas dan tabah di bulan yang mulia ini terdapat peluang makbul doa pada 4 keadaan :

1) Maqbul doa sepanjang waktu berpuasa sebagaimana jelas dalam hadis di atas dan hadis :

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi.” (HR. Ahmad 2: 305. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih dengan berbagai jalan dan penguatnya)

2) Maqbul doa di waktu sahur. Sebagaimana Hadis :

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ



“Rabb kita tabaroka wa ta’ala ( menurut tafsiran ahli sunnah wal jamaah : malaikat rahmat diturunkan ke langit dunia oleh Allah ) turun ke langit dunia ketika tinggal sepertiga malam terakhir. Lantas Dia berkata, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758). Imam Nawawi berkata, “Pada waktu itu adalah waktu tersebarnya rahmat, banyak permintaan yang diberi dan dikabulkan, dan juga nikmat semakin sempurna kala itu.” (Syarh Shahih Muslim, 6: 36).

3) Waktu berbuka . Sebagaimana hadis :

لاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16: 396 )

Menurut ulama maqbul doa pada saat itu kerana orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7: 194)

Adab-adab berdoa :

Waktu-waktu mustajab itu hendaklah kita rebut. Tetapi rebutlah dengan ilmu, iaitu kita mengetahui adab kita ketika berdoa. Doa adalah ibadah dan setiap ibadah ada pedoman dari syariat. Berikut adab-adab dalam berdoa :

ADAB DALAM BERDOA:

1) Mengangkat tangan ketika berdoa :

عَنْ سَلْمَانَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ رَبَّكُمْ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ أَنْ يَرْفَعَ إِلَيْهِ يَدَيْهِ فَيَرُدَّهُمَا صِفْرًا أَوْ قَالَ خَائِبَتَيْنِ (رواه ابن ماج)

“Dari Salman dari Nabi saw beliau bersabda: Sesungguhnya Tuhanmu adalah "sangat malu" lagi Maha Pemurah, Dia merasa malu kepada hamba-Nya yang menengadahkan kedua tangannya kepada-Nya, kemudian ditolak-Nya sama sekali atau sia-sia." (HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

2) Dimulakan hamdalah dan selawat :

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ. ( رواه الترمذى(

“Apabila salah seorang di antaramu berdoa, hendaklah ia memulai dengan mengagungkan dan memuji Allah, kemudian bershalawat untuk Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, setelah itu berdoa dengan doa yang dikehendaki.” (HR. at-Tirmidzi).

3) Tazallul iaitu merendah diri dan tidak menjerit-jerit, tetapi dengan suara yang tenang. Firman Allah :

اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَ خُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".( QS. al-A'raf (7): 55)

4) penutup doa dengan hamdalah. Firman Allah :

... وَءَاخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

“... dan penutup doa mereka adalah “al-hamdulillahi Rabbil-‘aalamiin”.( Yunus (10): 10)

MADAH HAMBA YANG FAQIR LAGI HINA :

Dalam segugus doa

Ya Rabbi ,

Syukurku atas nikmat dari-Mu

Taufik, hidayah, iman , islam dan nikmat hayatku

Habis kata-kataku belum cukup untuk menzahir syukur kepada-MU

Dalam segugus doa

Ya Rabbi ,

inginku dekatkan hati ini pada-Mu

menyebut asmak dan keagungan-Mu

Berteleku , bersujud menangis di hadapan-Mu

terungkai hikmah yang Kau beri dalam hidupku

Cuba menyingkap makna hidup dalam taqdir-Mu

Dalam segugus doa

Ya Rabbi ,

Aku sedari kealpaan diri

Sering berharap pada yang tak punya sesuatu

Mengeluh , mengadu pada yang tak mampu

Angkuh dan sombong tidak meminta pada Yang Maha Mampu

Dalam segugus doa

Ya Rabbi ,

Mengimbau salah semalam yang terus disesali

Lantas kupanjatkan doa beriringan tangis

Airmata mengalir tak henti-henti

Maratap salah disusuli taubat kepada-Mu

Meyakini hanyalah Engkau Pengampun dosaku

PESAN :

Doakan taufik, hidayah dan ‘afiah…

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم....أخوكم : محمد حذري بن هاشم بن يونس بن حسن البنداني

8 ulasan:

  1. bdk2 mesti tk sbr nk blk kampung..sy kampung dkt je kt gombak

    BalasPadam
  2. Memang ni lah yang saya nantikan tentang Ramadhan. Lagipun mudah nak bangun malam tahajud sebab alang2 bangun sahur kan... moga dapat istiqamah di bulan lain amiiin

    BalasPadam
  3. antara hendak dengan tak hendak jer peluang yang datang depan mata nie....

    BalasPadam
  4. bestny dapat berbuka kat kampung

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat berbuka di kampung. Budak-budak sentiasa tak sabar kalau nak balik kampung. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ni sekali lagi.

    BalasPadam
  6. Seronoklah atok tu .......dpt berbuka ngan cucus hehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)