Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 5 Julai 2014

:: I'TIKAF ... AMALAN RASULLULLAH S.A..W. yang SEMAKIN dilupakan..

Assalamualaikum kekawan..

Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa kekawan.. selamat berhujung minggu..



Amalan Rasulullah s.a.w
I’tikaf merupakan di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadhan yang sangat dititikberatkan dan  sekaligus dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w  sendiri senantiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari dan tidak pernah meninggalkannya semenjak berhijrah ke Madinah hingga ke akhir hayatnya.
Amalan i‘tikaf  kemudiannya di sambung oleh isteri-isterinya ummahatul mukminin .
Dari ‘Aishah r.a. katanya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. i’tikaf pada tiap tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
“Rasulullah saw. pernah melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan bulan Ramadan.
Ketika mana waktu dua puluh malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang kedua puluh satu, maka beliau kembali ke rumahnya dan sahabat yang beri’tikaf bersama beliau juga kembali ke rumah mereka.
Kemudian beliau bangun malam pada malam ia kembali dari i’tikaf dan berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka untuk melaksanakan kehendak Allah lalu bersabda: Sungguh dahulu aku i’tikaf pada sepuluh malam ini (sepuluh malam pertengahan) kemudian nampak olehku (melalui mimpi) untuk i’tikaf pada sepuluh malam akhir.
Barang siapa yang pernah i’tikaf bersamaku, maka hendaklah ia tidur di tempat i’tikafnya. Sesungguhnya aku telah melihat (Lailatul Qadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya), maka cari dan nantikanlah malam itu di sepuluh malam akhir yang ganjil.
Aku pernah bermimpi bahwa aku sujud di air dan lumpur.
Abu Said Al-Khudri berkata: Pada malam kedua puluh satu, kami diturunkan hujan, sehingga air mengalir dari atap masjid ke tempat solat Rasulullah saw., lalu aku memperhatikan beliau. Beliau sudah selesai dari solat Subuh dan pada wajah beliau basah dengan lumpur dan air” (HR Muslim [Bahasa Arab saja]: 1993)
Rasulullah s.a.w pada mulanya telah beri’tikaf pada 10 hari Ramadhan  pertama ,  kemudian 10 hari  pertengahan dalam mencari Lailatul Qadar.
Setelah jelas kepadanya (melalui mimpinya) yang Lailatul Qadar berlaku pada 10 hari terakhir, maka Rasulullah s.a.w  beri’tikaf pula pada 10 hari akhir Ramadhan .
2013-07-28 18.39.04Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah s.a.w wafat , Rasulullah s.a.w  telah melakukan i‘tikaf  selama 20 hari iaitu 10 hari pertengahan dan 10 hari akhir Ramadhan. Pada tahun itu Malaikat Jibril a.s  telah membacakan Al Quran sebanyak 2 kali kepada Rasulullah s.a.w.
Kepentingan I’tikaf
Al-Zuhri (Rahimahullah) telah berkata:
“Tersangat anih umat Islam! Mereka tidak lagi melakukan i’tikaf , walaupun jelas bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan amalan ini semenjak hijrahnya ke Madinah hingga ke ahir hayatnya”
Sheikh Wahbah az-Zuhaili merumuskan bahawa yang menjadi tujuani’tikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.
Mengikut ijma’ para ulama  bahawa i’tikaf khususnya 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah yang disyariatkan dan disunnahkan.

p/s Alhamdullillah ABC saya datang awal.. insyaAllah dapatlah saya bersama merebut i`tikaf 10 malam terakhir tu.. Saya rindu untuk merebutnya lagi.. nikmat sungguh cinta Ilahi... Ya Allah makbulkan permohonan hamba Mu ini.. Amin ya Rabb

13 ulasan:

  1. perkongsian yang bermanfaat..

    BalasPadam
  2. terimakasih yatie, mudah2an ramai yg mendapat manafaat di atas perkongsian ini

    BalasPadam
  3. Betul Yati. Jadi sekurang-kurangnya N3 ini membantu memberi peringatan buat semua kita di bulan yg mulia ini. Senang hati kalau dah lepas ABC. Kakak belum lagi ni...

    BalasPadam
  4. boleh bawa keluarga bersama, menguji ketahanan masing-masing, terima kasih atas peringatan ini Nur.

    BalasPadam
  5. terima kasih atas peringatan....

    BalasPadam
  6. terima kasih atas peringatan nih kak

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, terima kasih utk peringatan ni.. :D

    BalasPadam
  8. 10 mlm terakhir org kite sibuk nk buat kuih raya.... ;-)

    BalasPadam
  9. pasti saya tak akan dpt sepuluh mlm terakhir ... redha .

    BalasPadam
  10. sy sejak dah tua ni baru nak buat...itupun byk kelemahan lagi.. abc sy pun awal bulan bulelah buat ramadhan tahun ni insyaAllah...

    BalasPadam
  11. Terima kasih dengan perkongsian ilmu kali ni. Biasanya kalau 10 malam terakhir ni, tengah sibuk menguruskan hal-hal duniawi - nak cari kuih-muih, persiapan raya dan sebagainya ...

    BalasPadam
  12. saya masih lagi dalam proses memperbaiki diri
    apapun terima kasih ye kak

    BalasPadam
  13. Tq sharing info ni CH.... so tk jadilah ambik pil yeh CH hehe ....selamattttt

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)