JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 25 Julai 2014

TQ buat GEE dan JARI MANIS :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulilah sudah 27 hari kita berpuasa .. insyaAllah lagi 2 hari lagi kita berhari raya.. sayu pula rasa dihati bila Ramadan akan berlalu.. Semoga amalan dan doa kita diredhai dan diterima Allah s.w.t. .. Agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan..


Pada hari selasa tu saya terima kiriman dari pada blogger GEE yang berada di Kuantan Pahang, hari tu saya ada komen di blog Gee.. mana nak cari rempah opor tu.. tengok sedap je Opor Ayam Pahang Style yg Gee buat.. Gee jawap komen di blog saya, rempah opor tu ada di Kuantan ajer.. kalau Yati nak boleh Gee poskan.. Saya pun berbalas whatsapp dengan Gee.. tak sangka Gee belikan sampai tiga rempah opor tu.. boleh lah buat untuk hari raya ni kan..

Terharu saya.. ada kad raya pulak buat saya.. saya whatsapp Gee, berapa harga rempah opor ni.. tapi Gee kata dia belanja dan salam persahabatan.. berganda lagi terharu saya.. terima kasih bebanyak tak terhingga Yati ucapkan buat Gee.. semoga ukhuwah di maya ni akan berkekalan.. 

Semalam pula saya dapat kad raya dari Jari Manis Travel , Cantik kad raya dari JM.. macam tau jer akak ni suka bunga warna purple.. dah lah tahun ni tema baju raya warna purple ehe :)

Lagi terharu bila buka kad raya tu ada sampul duit raya, beserta duit raya.. sob sob .. untuk anak kak yati tiga orang tu ye.. tulis JM yg cantik manis di kad itu.. JM kata dia dalam bulan Ramadan ni dia suka tengok blog saya cari resepi.. eemm dapnya :)
Resepi yg tak seberapa tu JM.. semoga dapat membantu JM utk mencari idea memasak ye..

Ambil gambar budak tiga ni dalam kereta, gembira sungguh mereka bertiga dapat duit raya pertama dari JM.. mereka bertiga siap kata.. bila mama tulis kat blog tu, kata kami bertiga ucapkan terima kasih bebanyak pada kak JM tu ye.. :)
Terima kasih juga dari akak JM.. sungguh terharu akak dengan ukhuwah ini.. semoga kekal untuk selamanya :)
Jadi tahun ini saya dapat 2 kad raya dari blogger.. nampaknya kena balas kad raya lepas raya boleh ke :D

14 ulasan:

  1. ketupat rendang kueh bahulu,
    enak dimakan bersama keluarga,
    wahai teman wahai saudaraku,
    mari bermaafan dihari raya.

    #kosongkosong kalau ada yang terasa hati dengan komen ana ya..

    BalasPadam
  2. ahakss...Jm lagi terharu bila baca entri ni...anak-anak kat Yatie pun so sweet heee...JM perasan bilangan anak kak yatie bila tgk di header blog tu...sama-sama utk mereka bertiga semoga menjadi anak soleh dan solehah ye

    Ohh...akak yatie suka warna purple..ishh..kebetula pulak eh..hee..Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin akak..muaahhh heee

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Kak Yatie..Maaf zahir batin...

    Wahhh mood raya dah sampai tuuu..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Rezeki.

    Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat akak & family.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah murah rezki akak
    moga berganda ganda rezki kawan2 akak tu jugak :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah , rezeki ramadhan ... selamat menyambut hari raya mohon maaf seandainya ada komen - komen saya yg mengguris rasa ... semoga berbahagia bersama keluarga di syawal yg mulia .

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kak rezeki persahabatan di alam maya..cheq da jgk nk ucapkan selamat hari raya untuk akak sekeluarga...

    BalasPadam
  8. Itu la indahnya persahabatan alam maya... walau tak kenal, tapi rasa dekat di hati...
    Bertuah akak dapat dua kad raya...
    Amboi, seronok tgk mereka posing dgn duit raya masing2

    BalasPadam
  9. Alam maya yang mampu merapatkan hubungan sesama kita. ;)
    selamat hari raya Aidilfitri buat kak Nur Hayati sekeluarga..
    Moga gembira dan sihat di hari raya.. ;)

    BalasPadam
  10. selamat hari raya buat kak yati sekeluarga =)
    best kan dapat kad raya dari orang yang hanya dikenali di alam maya =)

    BalasPadam
  11. wah bestnya siap ada rempah lagi kan yatie

    BalasPadam
  12. raya ni masak opor lah ye yati. akk pun dpt kad dari JM..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)