JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Julai 2014

BIHUN GORENG DAGING .... emmm dapnyaa..

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Dah sampai penghujung ramadan ni , semakin tak tau nak iftar apa.. tambahan stok dalam petiais memang dah habis .. hanya tinggal daging ajer.. tengok dalam laci ada sebungkus Bihun Faizah.. nampaknya iftar bihun goreng petang ni.. Sedap juga bila sekali sekala iftar bihun ni kekawan..

Bila kak nabilah ke dapur.. mula lah bertanya "mama masak apa buka petang ni" "Kita buka dengan bihun goreng boleh ajer kan" balas saya.. "mama taruh daging ye" tanyanya...
"Ye lah daging jer yg ada" balas saya..
"Best akak suka kalau dengan daging , sedappp" katanya..
Bila bihun digoreng sama daging memang sedap kekawan.. terasa manis daging tu pada bihun goreng tu..

Kekawan nak masak apa iftar petang ni.. :)

RESEPI BIHUN GORENG DAGING

Bahannya :-
  • 1 peket Bihun (direndam)
  • 4 sudu besar cili kering kisar(saya kisar tak letak bawang)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih* (ditumbuk)
  • 250grm daging dipotong kecil(ambil sedikit utk air rebusan daging)
  • Daun sawi
  • Taugeh
  • 2 biji tauhu (digoreng dahulu)
  • daun sup
  • cili merah
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, gaul daging dengan sedikit garam, goreng sehingga masak, angkat ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan cili dan bawang tumbuk sehingga wangi, masuk sayur taugeh dan sawi, serta garam,kacau sebentar.
  3. Kemudian masuk air rebusan daging dan daging goreng tadi, kemudian masukan bihun, kacau mesra sehingga bihun lembut.
  4. Kemudian masukan tauhu yg dipotong kecil kedalam kuali, kacau mesra.
  5. Siap dihidang bersama daun sup dan cili merah potong.

Selamat mencuba ^__^



27 ulasan:

  1. ermmmmmm, dap sangatttttttt..makan ngan cili padi kicap...lg dap sangatttt...;D

    BalasPadam
  2. sedap tu kak..dh hujung2 ni msg2 dah xlalu nk makan.....

    BalasPadam
  3. Bila dah hujung2 ni, yg ringkas2 juga yg sedap. Sy tak tau lagi nak masak apa ptg ni, ada ayam aje dlm esbok..

    BalasPadam
  4. lama tak mkn behoon..nampak enak tu

    BalasPadam
  5. sedapnye bihun goreng,,
    imm kalau g breakfast kat kedai, wajib amek bihun goreng,tambah telur mata n sambal bilis nasi lemak..hihi

    BalasPadam
  6. tula kan..makin tak tahu nak masak menu apa...bihun goreng ni memang sedap..

    BalasPadam
  7. lama tak makan bihun...sepanjang puasa ni tak penah lg makan bihun.

    BalasPadam
  8. nampak sedap je bihun goreng daging tu.

    BalasPadam
  9. duhhh nanges perut saya tengok bihun akak. :)

    BalasPadam
  10. Bunda pun kadang tak makan nasi...hanya goreng bihun atau buat bihun sup jer pun kenyang jugak...

    BalasPadam
  11. tak penah guna daging
    biasa guna ayam, sotong atau udang aje
    tapi nampak sedaplah =)

    BalasPadam
  12. sama la.. nureen pon suka grg bihun tarok daging, sedapppp....
    iftar nasi kot ngan msk lomak...
    plan dlu x sure bhn ada ke x hihiii...
    nak mkn ns sbb pg td x terjaga sahur huhuuu

    BalasPadam
  13. betullah kalau dkt nak raya idea iftar semakin kering jer...hidang sekut raya jer kalo malas2..heheh..
    sy kalo bihun buat dinner, iftr yg ringan sketlah..:)

    BalasPadam
  14. betul, memang sedap kalau letak daging. Tapi, Ros lagi suka udang.. hihihi..

    BalasPadam
  15. waahhh... nampak cam sedap..
    belom pernah cuba lagi. selalunye letak ayam jer~

    BalasPadam
  16. sama plak menu kita smlm kak ;)

    BalasPadam
  17. kak yatie masak semua nampak sedapl ah..dh lama tak makan bihun goreng :-)

    BalasPadam
  18. kami pun berbuka dgn nasii goreng jer kelmarin... mmg dah kering idea...

    BalasPadam
  19. Tak pernah pulak buat bihun daging di rumah. Bihun ni kalau kat rumah memang kurang peminatnya. Tapi bila tengok gambar, sayalah yang lebih-lebih terliur. Dah penghujung Ramadhan ni memang buntu tak tahu nak masak apa lagi ...

    BalasPadam
  20. Tadi kita masak simple jer CH....ikan lidah berlada, sayur, udang goreng kari....itu aje ..
    Pernah buat goreng bihun dgn daging ni mmg sedap....daging batang pinang ke CH?

    BalasPadam
  21. bihun goreng anak anak sy suke mkn

    BalasPadam
  22. bihun goreng anak anak sy suke mkn

    BalasPadam
  23. Sedapnye.....mmg suke bihun goreng daging ni....tq 4 sharing....♥

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)