Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 Julai 2014

GORENG BAYAM + TAUHU ... emmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Ini lauk sahur pagi tadi kekawan.. tapi ambil gambar dah lama ada dalam folder.. en suami saya ni kalau sahur suka makan yg panas-panas.. nasi pun saya masak pagi.. lauk ikan saya goreng malam, pagi baru saya berladakan.. baru berselera nak makan..

Sayur-sayur nak masak dalam minggu ni dah siap saya siangkan.. simpan dalam plastik letak dalam box peti ais belah bawah tu.. jadi pagi tak ada lah terkejar-kejarkan.. 
Saya selalu bangun pukul 4pagi .. buat qiamulail dulu.. 4.30pagi baru start masak tapi nasi saya dah masak awal bangun tido tu.. lepas tu goreng telur dan sayur yg last sekali..

Kekawan bangun masak pukul berapa ye :)
Jom intai resepi saya mudah ini ..

GORENG BAYAM BERTAUHU

Bahannya :-
  • 1 ikat bayam ~ bersihkan
  • 2 keping tauhu ~ potong dadu
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 labu bawang putih dihiris
  • Segenggam ikan bilis ~ ditumbuk sederhana
  • Garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, lepas tu goreng tauhu dahulu kemudian angkat. Ketepikan.
  2. Lepastu goreng ikan bilis , apabila ikan bilis dah nampak sedikit garing, masukan bawang dihiris tadi.
  3. Masukkan sedikit air , rasa garamnya, lepas tu masukan sayur bayam, apabila sayur bayam dah masak.. masukan pula tauhu yg digoreng tadi. Kacau sebentar.
  4. Siap utk dihidang


13 ulasan:

  1. saya nie jenis tau makan sayur khailan ikan masin jer. tapi bila musim cam gini, nampak berselera yang amat jer. hahahaha, ngalahkan budak paras lutut jer saya nie kan?

    BalasPadam
  2. salam ramadhan,
    menu simple dan berkhasiat...yg penting senang nak sediakan dan sedaaaap!

    BalasPadam
  3. Kami ni jenis tak makan nasi waktu bersahur jadi senang sikitlah kerja tukang masak ni. Rajinnya kak masak-masak lauk pepagi buta. Kalau saya nak sesegera mungkinlah bersahur, lepas boleh buat perkara lain pulak.

    BalasPadam
  4. Sedapnya

    Meriahnya menu sahur ye, rumah saya simple2 je

    BalasPadam
  5. bila dah siapkan awal-awal, semua jadi mudah kan :)

    BalasPadam
  6. En CEO aku tak kisah pulak lauk perangat T..tp mesti nak diperangatkan...kalau sejuk aku tak panaskan...masam muka dia...hahaha...aku pagi2 selalu buat lauk tambahan sempoi2 jer T..goreng ikan bilis ker..goreng telur ker...Sayur pagi2 mmg tak laku kat umah aku...

    BalasPadam
  7. saya suka tauhu..hehe..
    saya bangun kul4 pagi..masak terus..

    BalasPadam
  8. biasa kalau bayam saya masak air jek.. sedap hirup kua panas2.. kalau tak pon masak lemak..

    BalasPadam
  9. Acik pun suka sangat goreng bayam ni..tapi..tak pernah campur tauhu..bayam saja ngan ikan bilis sikit

    BalasPadam
  10. biasa jugak msk mcm tu...meratah lagi sedap..:)

    BalasPadam
  11. idah biasa siap masak dari malam... so pagi tu tinggal perangat jerr... :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)