JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 Julai 2014

BISKUT SEMPIRIT SUSU ... emmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah dah 23 hari kita berpuasa.. semoga kita diberikan kesihatan yg baik utk terus merebut malam seribu bulan ini...


Hari sabtu baru ini merajinkan diri utk membuat biskut.. oleh kerana biskut sempirit susu ini tengah popular jadi saya mencubanya kerana kakak 2 orang tu asyik tanya bila kita nak buat kuih raya ni mama..
Tak tau lah kenapa tahun ini saya tak ada semangat nak buat kuih.. lemau jer hehehe :)

Bila siap dibakar, Nabil lah orang pertama merasanya.. Nabil bila sabtu ahad memang tak nak berpuasa.. cukuplah puasa masa sekolah ye mama.. ye la Nabil baru belajar puasa...
Bila dimasukan kemulut biskut ni.. terus menjerit .. sedapppp nya mama.. sudah first round membakarnya tu... dihadapkan oleh nabil seorang huhuhu.. Bersabar jer lah kakak 2 orang ni tengok..


Bila buat bersama kakak 2 orang ni, maka terciptalah biskut sempirit susu ni dengan warna kegemaran masing-masing, Nabilah suka warna biru, Najeeha sudah semestinya suka warna purple.. Nabil hahhaha dia suka warna pink.. jadi mama ikut kan ajer.. asalkan mereka happy buat biskut ni.. Bila biskut ni siap , kakak nabilah paling sibuk ambil gambar.. "tak sabar rasanya nak tunggu berbuka mama, cantik kuih ni" katanya..

Bahan resepi yg sungguh ringkas, hanya tiga jer bahannya.. tak rajin juga mama ni tak tau lah kan.. konon nak buat kuih sarang semut pada hari ahad tu tapi dek kepenatan berjalan shopping last day.. sudah tak menjadi lah projek tu.. nampaknya satu jer lah biskut saya raya ni hahhaa :D

Saya ambil resepi dari blog AnnaQawina.. akak mohon copy paste di blog kecik akak ye Ana.. Selamat mencuba pula kekawan :)



Resepi Biskut Semperit Susu
Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by AnnaQawina

Bahan:
  • 125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
  • 125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak -resepi asal 250g
  • 230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.



28 ulasan:

  1. Kuih samprit kakak yg macam tikar tu Yati. Kalau ni kakak panggil biskut dahlia...
    Cantiklah warna-warni yg dipilih:)

    BalasPadam
  2. buat jugak.. tp rasa mais sgt plk..
    leps dah siap adun perasan..x de acuan semperit.. jadilah olahan sekut lain..hi..
    tp rangup sungguh

    BalasPadam
  3. cantik pulak mix colour macam ni kak... saya semalam buat yang biasa2 tu je

    BalasPadam
  4. Cantiknya biskut samprit.... macam-macan colour ada.

    BalasPadam
  5. mcm2 warna ada..cantik..kalau saya yg buat satu kaler ja hehe...

    BalasPadam
  6. meriahnya warna biskut tu..tumpang salin resepi,CH..tq

    BalasPadam
  7. Memang tengah hot kan kuih ni.. sy pun ingat malam ni baru nak cuba buat :D

    BalasPadam
  8. wahh rajinnyer mak buat kuih tuu., ehHHee

    BalasPadam
  9. terliur dibuatnya
    mudah pula tu ye, nak buat belum ada oven lagi
    cuci mata ajelah jawab nyer...hehe

    BalasPadam
  10. ya ampun kak..cantik kaler dier warna warni gitu..gigih jugak akak buat..

    BalasPadam
  11. rajinnya akak buat kuih raya..saya x berkesempatan lagi nak buat..ada anak kecik ni, x dan nak buat..huhuhu..

    BalasPadam
  12. meriahnya...Nabil pulak yg suka pink...

    BalasPadam
  13. comel nyer samperit. kaler2 lagi. liney singgah follow. jemput follow blog sy yer. tq.

    BalasPadam
  14. http://lineyghazali.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. kelmarin pn Naurah buat jugak...he3x..baru draf nk buat n3 ttg biskut nie...ambil resepi kt FB. mmg sedap..lemak berkrim.

    BalasPadam
  16. cantik betul biskut tu..macam bunga nak buat kerongsang tudung pulak..leh camtu..

    BalasPadam
  17. eee....cantiknyaaa..suka suka suka

    BalasPadam
  18. Sedapnya. Dah beli bahan tapi x buat2 lagi.

    BalasPadam
  19. alahai canteknya mcm3 kaler! :)

    BalasPadam
  20. comel and cantik2 kuih semprit akak..mcm nak makan pun sayang...hehe

    BalasPadam
  21. cantek nya kuih ...warna warni .ni kalau budak2 datang beraya mesti suka ...

    BalasPadam
  22. wahhhh teruja lak saya tgk warna-warni kuih semperit susu ni... mesti laku masa raya...

    BalasPadam
  23. cantik pulak semperti kaler2 nie... budak2 mesti suker kan... :D

    BalasPadam
  24. antara biskut yg noe nak buat...tp x buat lg la... :)

    BalasPadam
  25. Cantiknya berwarna-warni. Si Nabil pilih warna pink? Aduhai, jejaka idaman... Hehehe. Saya tak buat kuih raya sendiri. Semua pun tunjuk je tapi tak ni tak beli biskut raya. Beli yang jenis goreng-goreng je. Biskut raya memanjang je tak habis tahun-tahun sudah!

    BalasPadam
  26. Tulah ... sungguh meriah warnanya CH hehe. .
    Sedap yeh CH? Mcm teringin pulak nak buat...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)